20111026

NTT

Alhamdulillah.

Tanggal 21/10/2011, Jumaat yang lalu kami berjaya mendaftarkan sebuah syarikat yang akan menjadi tunjang kepada semua aktiviti dan program feminism kami! NTT Training & Consultancy, nama yang dipilih. Akronimnya, Nisa' Training Team. Yang mana semua trainer adalah wanita, pengurusan juga wanita, audiens utama juga adalah wanita. Dari wanita untuk wanita.


NTT menggandingkan 3 trainer utama, CikPuan Nura Muna Abdul Halim, Puan Nurul Suhadah Shuib, dan saya sendiri, CikPuan Nur Mastura Mansor. 3N. :)

Apa pula kisahnya dengan MAP Training?

Haa...saya sudahpun menyerahkan surat perletakan jawatan dengan MAP Training berkuatkuasa selama 3 bulan notis. Hari terakhir saya di MAP Training adalah pada 21/12/2011. Ketika itu, khidmat saya dengan MAP Training adalah selama 1 tahun 5 bulan genap.

Kemudian apa pula?

Fokus kepada kuliah Master saya dengan mengekalkan pointer atas 3.75! Agar layak untuk sambung PhD kelak. Ayah mahu saya menjadi pensyarah. Sementara masa masih ada, biarlah beliau melihat saya menjadi pensyarah. Masa saya dengan ibu dan ayah semakin hari bukan semakin panjang. Ajal ditangan Allah. :)

Secara sambilan, tetap memenuhi jemputan dan menggerakkan NTT sesuai dengan pendekatan yang kami rancang untuk ummah. Dunia training adalah minat saya. Mana mungkin saya tinggalkan begitu sahaja. Kerana saya yakin, tidak semua wanita Allah berikan kelebihan seperti saya dan rakan yang lain. Kenapa tidak, lakukan sesuatu untuk wanita lain yang tiada kelebihan itu tetapi memiliki keunikan mereka tersendiri yang berbeda. Dan, perbezaan itu melengkapi satu sama lain. Kesatuan kita adalah melalui perbezaan yang unik!

Maklumat lanjut berkenaan NTT?

Sedang dalam proses menyiapkan profil korporat NTT. Akan dihebahkan dalam masa terdekat. InsyaAllah. :)


Expect the Unexpected!