20100613

Andaiku Pergi...

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

20100609

Updated

Seminggu 2 ni fikiran sy amat bercelaru dek kelimpahan agenda2 dakwah & siasah yg tersembur keluar dari nadi saraf minda yg semestinya tidak pernah terhenti dari berfikir. Nah, jalanan yg teramat panjang dan beranjau itu sudah terbentang luas, hanya menantikan kayuhan langkah derap mujahidah yg dulunya deras menghayun dan menyusun rentak. Ya, sy harus kembali bersemangat dan berjiwa kental! Biarpun 'sendirian'...namun, Allah tetap ada di sisi.

'Bukan mudah bernafas dalam jiwa sy'...acapkali ayat itu terpacul lancar dari mulut ini tatkala rakan2 sekerja bertanya akan ketidakceriaan sy saban hari. Benar, mereka tidakkan pernah tahu dan faham akan apa yg telah, sedang dan akan dilalui oleh diri ini. Mereka sekadar mengenali diri ini kurang dari 10%...dan sy sendiri tidak pernah berharapkan mereka faham.

Fokus sy kembali diselaraskan. Keputusan untuk menyambung Master di UPM kemungkinan besarnya ditangguh ke hujung tahun iaitu, kemasukan semester 2 sidang akademik 2010/2011 akibat dek kegawatan ekonomi yg agak dahsyat...ish3. Kalau dah Master pun ditangguh, plan lain pun tertangguh juga la ;p Jodoh, Allah dah pilihkan...

Kerjaya, teramat minat & suka dengan bidang 'perunding motivasi'. Jujur sy katakan, jika ada tawaran menjadi tenaga penggerak untuk mana2 Consultancy diketika ini, notis 1 bulan pasti mendarat di atas meja Senior Manager! Tidaklah maksudnya sy tidak suka kerjaya sekarang, cuma, sy lebih cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang itu secara serius. Moga2, fokus sy untuk Master akan seiring dgn apa yg sy lakukan. Rezeki, Allah yg bagi...

Status semasa, sedang menyiapkan draft 1 chapter 1 untuk satu kupasan isu 'wanita'. Jika diberi kekuatan dan kelapangan hati serta kecerdasan minda, satu produk penulisan sulung sy akan berjaya disiapkan...ringkasannya, mengetengahkan paras pemikiran seorang wanita dalam mendepani cabaran & arus pemodenan sejagat, kecenderungan tindak-tanduk insan bernama wanita pada situasi2 spontan, keunikan 'aura wanita' dalam mempengaruhi manusia sekitarnya, mungkin juga akan diselitkan sedikit mengenai kesihatan wanita, perkiatannya dengan masa hadapan & keturunan umat Muhammad SAW. Doakan sy berjaya! ;)

------------------------------------end of tale story-------------------------------------------

Terasa terpanggil untuk berkongsi satu input yg menarik, disebalik wudhu'. [teringat sebuah buku 'Hadiah buat muslimah' tulisan ustazah Norbahyah]

  1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”.

Penjelasannya:

  1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
  2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
  3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
  4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
  5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
  6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
  7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
  8. Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah

Apakah hikmah berwudhuk?
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?” Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ”

Hatim berkata, “Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

  • Bertaubat
  • Menyesali dosa yang telah dilakukan
  • Tidak tergila-gilakan dunia
  • Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
  • Tinggalkan sifat berbangga
  • Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  • Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.

Wallahu'alam...


Expect the Unexpected!