"Perlu banyak meraikan."
Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.
Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.
"Meraikan bagaimana?"
"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."
"Maksudnya?"
"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai berilah hadiah."
"Kenapa Tok Wan?"
"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhuk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."
"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"
"Wah, kau bertanya macamlah Tok Wan ni seorang Profesor!"
Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!"
Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.
"Bayangkan bakal isteri? Isteri saya?" usik saya.
"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah 'end in mind' yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan barat itu.
Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa yang kau inginkan daripada seorang isteri?"
"Ketaatan," balas saya cepat.
"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"
"Malu."
"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"
"Cantik..."
"Wah, tak lupa ya...latih supaya dia menjaga kecantikan tingkahlaku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"
Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.
"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.
"Tok Wan laju sangat..."
"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah. Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."
"Ini payah sikit Tok Wan, sekarang ni perempuan dah luas gelanggangnya!"
"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia?"
"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."
"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"
"Kasih sayangnya."
"Didiklah anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab tu anak perempuan digalakkan bermain anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"
"Sabar."
"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."
"Mana lebih payah didik anak perempuan atau didik anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.
"Soalan tu tak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah ini terlalu relatif dan subjektif sifatnya."
"Beza tak?" pintas saya penuh akur.
"Tentulah sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tetapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya juga."
"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."
"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."
"Tapi tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."
"Terpulang pada 'gembala'nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."
"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"
"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"
"Lagi Tok Wan?"
"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"
"Lagi Tok Wan?"
"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"
"Lagi Tok Wan?"
"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"
~ Petikan daripada karangan Ust Pahrol, Nota Hati seorang Ayah. Sedang sy asyik membaca buku tersebut, sampai kepada Nota 22 ini...terus sy sebak, lantas titisan jernih memngalir laju membasahi pipi. Terus teringatkan wajah ibu dan ayah yang tersemat di hati. Bagai putaran slide gambar, satu per satu kenangan dan memori lalu menerjah akal. Semakin hebat deraian airmata ini jatuh...ada sesuatu yang amat mengusik hati dan perasaan. Sesuatu...yang mengajar sy erti MENGHARGAI bukan dihargai.
~ Satu keunikan, bila sy sedari...hari ibu dilahirkan adalah Jumaat, 09/10/53...begitu juga ayah, Jumaat 24/09/54...sy, Jumaat 1 Muharam...adik beradik yang lain, semuanya berlainan hari. Hanya kami 3 beranak mempunyai satu persamaan yg tak pernah sy tahu selama hampir 23 tahun ini. Benar, hati sy terlalu sensitif...airmata tumpah lagi!!!
TERIMA KASIH IBU & AYAH
Expect the Unexpected!
betul! ana suka. mmg, terlalu besar pengorbanan mak dan ayah. n kita bakal2 ibu, kena set kan minda, supaya nnt boleh menghampiri kesempurnaan dlm memainkan peranan sbg penyubur kasih sayang dlm kluarga, pendamping yg taat, sabar dan cantik di mata Allah, suami dan mak abah.bestlah buku nih.
ReplyDeleteapa lagi, alia...mesti dapatkan!!! hehe...tak sabar nk p mkn nasi minyak enti...ngeh3
ReplyDelete