- Setiap orang pastinya mempunyai sahabat, kawan mahupun rakan. Setiap perkataan : SAHABAT, TEMAN, KAWAN, RAKAN...mempunyai kebedaannya sendiri mengikut pengkategorian oleh diri sendiri. Bagi sy, SAHABAT adalah sgt sukar ditemui dan bukan mudah untuk sy menjadikan seseorang itu sahabat. TEMAN hnya berbeza sedikit dengan sahabat, akan wujud bila dia menonjolkan keikhlasannya dalam persahabatan dan sy akan menghargai kehadirannya. KAWAN adalah sesiapa sahaja yang mahu berhubungan samada atas dasar kerja mahupun sebaliknya. RAKAN pula, lebih kepada perhubungan melalui dasar kerja dan rasmi.
- Sahabat, sukar dicari...sukar dimengerti...payah difahami...pengertian sebenar SAHABAT. cukupkah sekadar menjadi tempat berkongsi cerita semata? adakah perlu menghargainya melebihi segalanya? seorang sahabat, ukhuwahnya dihati...bila berjauhan dirindui, bila bersama menyenangkan hati, bila berkonflik 'kembali' kepada Ilahi, bila berkahwin suami didahului, bila berseorangan pasti ada menemani...hidup bahagia selagi tahu dan faham hak2, tanggungjawab dan tuntutan seorang SAHABAT dan ISTERI. Suami bukan pengganti sahabat sejati, kerana maqam suami itu lebih tinggi dari seorang sahabat sejati. Bezakan...
Selamat Berukhwah...moga dia yang dipercayai tidak mendatangkan lelah, kelak kita yang senantiasa gundah, bertemu dan berpisah kerana Allah, nikmat bersahabat adalah anugerah, persiapkan diri medepani mehnah, sentiasa terdorong menyebar dakwah, teguhkan diri demi matlamat hakiki sebagai khalifah.
Expect the Unexpected!
akk tak rindu ke? hehe..
ReplyDeletewindu jugak sih buk =)
ReplyDelete