20090929

Info about FB..lets find out

Agak menyentap jiwa...informasi yang diterima daripada seorang sahabat. Sy ni jenis yg selagi sy tak jumpa sendiri fakta yg betul selagi tu sy takkan sewenang2nye menyatakannya. Lepas je dapat emel tu, terus sy click pada butang 'About', 'Developers', 'Advertising', dll...yg jelasnye, link2 FB ni adalah link2 yg sy sendiri tahu dan pasti keterlibatannya dgn Rejim Zionis Yahudi ni. Apa pun, selamat mencari kebenaran, dan tinggalkan bila kebenaran telah ditemui...semoga dirahmati.

[Riwayat Ibn Majah] "Allah menggugurkan hukum daripada umatKu jika dia:

  • TERSALAH (tidak tahu)
  • TERLUPA
  • DIPAKSA"


Kalau gambaq kurang jelas tu, try2 la save picture as ke then besaqkan...or, pakai la kanta pembesar ye ngeh3.
http://saifulislam.com/?p=6714 - rujukan tambahan...
Expect the Unexpected!

20090927

Walimatul Urus

Tahniah buat sahabat2 yang akan memulakan status baru dan melengkapkan separuh agama mereka...moga kalian menjadi isteri yang solehah dan sentiasa dihargai, disayangi, dikasihi, dihormati, diraikan oleh sang suami. Jika tiada aral, insyaAllah...akan tibalah PHT3262 di perkarangan majlis perkahwinan anda. =)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Selamat Pengantin Baru!!!

  • Kak Nur Syakirah Ahmad, kakak ku yang masih menuntut di UK & pasangan
  • Shikin, sahabat Sireh Pulang ke Gagang Pertama 2005 KMPk & pasangan
  • Kak Wan Sharifah, kakak ku yang tinggal serumah di USM dahulu banyak cerita yang dikongsikan & pasangan
  • Kak Erny Julia, kakak ku yang mengajar di KMPk & pasangan

20090924

Ceritera Syawal 1430H

Salam Lebaran...sedikit ceritera sambutan lebaran di kampung halaman, Pedas, Negeri Sembilan. Serbu menyerbu, kacau mengacau, riuh rendah, semua ade la...
  • Hari Raya pertama, beraya rumah saudara terdekat (Mak Ude + Acik Aleng + Ateh Ipah) dan diserbu pada sebelah malamnya oleh mereka semua pula.
  • Raya kedua, mengacau dodol beramai2, 5 beradik sebelah ibu berkumpul di rumah Mak Ude (rumah arwah Wan Robiah Jakin). Pak Lang Aman sekeluarga + keluargaku + keluarga kakak iparku + Mak Ude sekeluarga (merangkap tuan rumah) + Mak Induk sekeluarga + Busu anak beranak = 45 orang, ala2 kenduri juga la ramainye. Ayam kampung pun sampai 7 ekor kene sembelih, masak gulai lemak cili api...fuhhh.
  • Raya ketiga, beraya di Kuala Pilah (keluarga angkat ayah) dan ke Melaka (rumah Busu) diserbu oleh kami 3 keluarga dari Pedas.
  • Raya keempat, serbu rumah Pak Lang Aman pulak di Beranang (4 keluarga).
  • Raya kelima, Ulangtahun kelahiran ayah yang ke-55...cubaan pertama memasak nasi dagang, alhamdulillah ade gak rupe nasi dagangnye. Terima kasih kepada Mak Cik Jah, resepi dari dapur, kampung Rantau Panjang, Kelantan. Tahun ni tak balik Kelantan la...kite jumpa tahun depan yeee.

Scene 1: ruang tamu utama (indoor)

Scene 2: disebalik tirai bilik solat (indoor gak)

Scene 3: berlatar belakangkan bidai hasil tangan ayah dan anak2 bujangnye (outdoor)

Gambar 4 beradik perempuan penyambung keturunan suku Paya Kumbuh yang diwarisi melalui perut ibu. Dari Kanan: Ibuku, Mak Ude, Mak Induk, Busu





Malam raya pertama yang diserbu oleh 'orang boghang', cubaan ke-3 membuat pizza sendiri.


Aktiviti mengupas kelapa, mesin dan meramas kelapa (60 biji niii). Venue: Rumah Boghang
Muhammad Naufal, cucu Mak Ude...semua orang dia buli.


Proses2 mengacau dodol pun bermula...semua orang bau asap.
Along & Pak Su...Allahuuuu

Mak Ude & Pak Ude (Tokey besaq nii)

Mak Induk & Pak Induk (Ipoh Maliii)

Proses mengisi dodol dalam bekas (140 bekas tau!!!)


Tiada kata yang mampu terucap...hanya nafas lega yang amat panjang sahaja mampu diberikan...kepenatan


Additional things: ayam kampung masak lomak cili api untuk makan tengahari...fuuhhh


Sekian je la...perkongsian kepada yang sudi je ye
Expect the Unexpected!

20090915

E.I.D.F.I.T.R

Salam kemenangan menjelang Aidil Fitri yang bakal dirai...moga kita beroleh kebaikan atas apa yg kita lakukan. Mohon maaf kepada semua yang pernah hadir dalam hidup sy,

  • Kawan2 dan Cikgu2 SK Pedas [Pra-sekolah, 1M, 2M, 3M, 4M, 5M, 6M]
  • Kawan2 dan Cikgu2 SMK Dato' Sedia Raja [1A, 2A, 3A, 4Sc, 5Sc]
  • Kawan2 dan Pensyarah2 KMPk
  • Kawan2 dan Pensyarah2 PP Sains Kimia
  • Kawan2 dan semua warga USM
  • MT & warga Alumni KMPk
  • Kor SUKSIS USM 05/08
  • PMIUSM 05/09
  • MPPUSM 07/08
  • Eco-Desa: Saujana
  • Adik2 Permata Hati (yg dah bertebaran)
  • Sahabat2 sefikrah
  • Dan, semua yang mengenali tak kira apa yang mengenalkan kita...
Maaf Zahir & Batin

Semoga Raya yang disambut diraikan mengikut kemampuan masing2, jangan berlebih2an dan jangan bersedih2an.

20090910

Hargai utk Dihargai

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


karena wanita ingin di mengerti
lewat tutur lembut dan laku agung
karena wanita ingin di mengerti
manjakan dia dengan kasih sayang


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya


~ Seruan buat kaum adam...tolong fahami dan mengerti, bahawa hati dan jiwa wanita itu amat mudah terusik walaupun sekadar sepatah kata. Samada yang baik mahupun sebaliknya. Waspadalah bila berkata...pabila berbicara dengan wanita, bayangkan perasaan ibu anda, kakak, adik perempuan atau mungkin isteri anda (iaitu, insan2 'hawa' yang disayangi). Begitulah jua perasaan wanita terbabit. Dia juga punya harga diri dan maruah yang MESTI dipertahankan. Sebagai pemimpin kepada kaum hawa, tidak sewajarnya si adam terus2an melontarkan butir bicara yang kelak meruntun hati dan jiwa seorang wanita (iaitu, bakal isteri seseorang dan ibu kepada anak2nya). Kini bukanlah zaman Jahiliyah seperti mula2 kedatangan Islam...Rasulullah SAW tidak pernah mengasari apatah lagi menyakitkan hati kaum hawa. Jadi, ajaran siapakah wanita, diperlakukan seperti yang tidak selayaknya???


~ Bukanlah maksudnya, wanita perlu diagungkan...malah jauh sekali wanita itu perlu diturutkan segala katanya. Hanya secebis rasa HORMAT akan fitrah kejadian dan penciptaan wanita itu sendiri. Kerana setiap anak Adam datangnya dari rahim seorang wanita. Sejahil mana sekalipun wanita itu, ianya adalah urusan dia dan amanahnya terhadap Tuhannya. (Anak perempuan adalah amanah Allah kepada ayahnya; dan isteri/ibu adalah amanah Allah kepada suaminya). Jadi, siapa kita untuk memperlakukan yang tidak baik terhadap wanita? Tepuk dada tanyalah iman.


~ Sebagai seorang wanita, jagalah diri kerana dalam dunia akhir zaman yang penuh dugaan ini, pelbagai fitnah menanti kita. Sedarilah, hati kita terlalu rapuh untuk menepis segala godaan. Hanya sekelumit IMAN yang menentukan sejauh mana kita mampu bertahan. Kaum majoriti akhir zaman, hawa, benar bahawasanya lelaki adalah pemimpin kita untuk lebih kuat dan tabah meniti ranjau hidup. Namun, dewasa ini segalanya menjadi songsang. Fahamilah, lelaki yang bergelar suami adalah tempat jatuhnya wala' (kepatuhan) mutlak seorang isteri setelah berkahwin.
*** Maka, berhati2lah memberi hati. Kelak, takut2 akan mengguris hati. Tika itu, hanya airmata membasahi pipi. Bermuram durja meniti hari. Sehingga tiba masa dijemput mati. Moga tabah dan sabarmu dianugerah isteri mithali. Janji Allah itu 100% pasti!!!
*** Telah tercatat seungkap nama di Luh Mahfuz untukmu, cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau thabat di jalan yg diredhai, insyaAllah si dia turut di jalan yang sama. Lupakan segala gundah, teguhkan diri pada cinta hakiki, nescaya cinta si dia yang soleh turut kau miliki. Jadilah yang solehah untuk mendapat yang soleh.


Expect the Unexpected!

Q.I.A.M


Ku tujukan untuk mu, wahai insan yang tersia-sia malamnya...


Wahai orang-orang yang
terpejam matanya,
Izinkan kami, manusia-manusia malam menuliskan sebuah surat cinta kepadamu. Seperti halnya cinta kami pada waktu malam-malam yang kami rajut di sepertiga terakhir. Atau seperti cinta kami pada keagungan dan rahasianya yang penuh pesona. Kami tahu dirimu bersusah payah lepas tengah hari berharap intan dan mutiara dunia. Namun kami tak perlu bersusah payah, sebab malam-malam kami berhiaskan intan dan mutiara dari syurga.


Wahai orang-orang yang terlelap,
Sungguh nikmat malam-malammu. Gelapnya yang pekat membuat matamu tak mampu melihat tenaga cahaya yang tersembunyi di baliknya. Sunyi senyapnya membuat dirimu hanyut tak menghiraukan seruan cinta. Dinginnya yang merasuk semakin membuat dirimu terlena, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya. Aduhai nikmatnya.


Wahai orang-orang yang terlena,
Ketahuilah, kami tidak seperti dirimu!! Yang setiap malam terpejam matanya, yang terlelap pulas tak terkira. Atau yang terlena oleh suasananya yang begitu menggoda. Kami tidak seperti dirimu!! Kami adalah para perindu kamar di syurga. Tak pernahkah kau dengar Sang Insan Kamil, Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya di syurga itu ada kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, menyebarkan salam serta mendirikan solat pada saat manusia terlelap dalam tidur malam." Sudahkah kau dengar tadi ? Ya, sebuah kamar yang menakjubkan untuk kami dan orang-orang yang mendirikan sholat pada saat manusia-manusia yang lain tertutup mata dan hatinya.



Wahai orang-orang yang keluarganya hampa cinta,
Kau pasti pernah mendengar namaku disebut. Aku Abu Hurairah, Periwayat Hadis. Kerinduanku akan sepertiga malam adalah hal yang tak terperi. Penghujung malam adalah kenikmatanku terbesar. Tapi tahukah kau? Kenikmatan itu tidak serta merta kukecap sendiri. Kubagi malam-malamku yang penuh syahdu itu menjadi tiga. Satu untukku, satu untuk istriku tercinta dan satu lagi untuk pelayan yang aku kasihi. Jika salah satu dari kami selesai mendirikan solat, maka kami bersegera membangunkan yang lain untuk menikmati bahagiannya. Subhanallah, tak tergerakkah dirimu? Pedulikah kau pada keluargamu? Adakah kebaikan yang kau inginkan dari mereka? Sekadar untuk membangunkan orang-orang yang paling dekat denganmu, keluargamu?


Lain lagi dengan aku, Nuruddin Mahmud Zanki.
Sejarah mencatatku sebagai Sang Penakluk kesombongan pasukan salib. Suatu kali seorang ulama tersohor Ibnu Katsir mengomentari diriku, katanya, "Nuruddin itu bercinta dgn solat malam, banyak berpuasa dan berjihad dengan akidah yang benar." Kemenangan demi kemenangan aku raih bersama pasukanku. Bahkan pasukan musuh itu terlibat dalam sebuah perbincangan seru. Kata mereka, "Nuruddin Mahmud Zanki menang bukan karena pasukannya yang banyak. Tetapi lebih karena dia mempunyai rahasia bersama Tuhan". Aku tersenyum, mereka memang benar. Kemenangan yang kuraih adalah karena do'a dan sholat-sholat malamku yang penuh kekhusyu'an.


Tahukah kau dengan orang yang selalu setia mendampingiku?
Dialah Istriku tercinta, Khotun binti Atabik. Dia adalah istri solehah di mataku, terlebih di mata Allah. Malam-malam kami adalah malam penuh kemesraan dalam bingkai Tuhan. Gemerisik dedaunan dan desahan angin seakan menjadi pernak-pernik kami saat mendung di mata kami jatuh berderai dalam sujud kami yang panjang. Kuceritakan padamu suatu hari ada kejadian yang membuat belahan jiwaku itu tampak murung. Kutanyakan padanya apa gerangan yang membuatnya resah. Ya Allah, ternyata dia tertidur, tidak bangun pada malam itu, sehingga kehilangan kesempatan untuk beribadah. Astaghfirullah, aku menyesal telah membuat dia kecewa. Segera setelah peristiwa itu kubayar saja penyesalanku dengan mengangkat seorang pegawai khusus untuknya. Pegawai itu kuperintahkan untuk menabuh gendang agar kami terbangun di sepertiga malamnya.


Wahai orang-orang yang terbuai,
Kau pasti mengenalku dalam kisah pembebasan Al Aqsa, rumah Allah yang diberkati. Akulah pengukir tinta emas itu, seorang Panglima Perang, Salahuddin Al-Ayyubi. Orang-orang yang hidup di zamanku mengenalku tak lebih dari seorang Panglima yang selalu menjaga sholat berjama'ah. Kesenanganku adalah mendengarkan bacaan Alqur'an yang indah dan syahdu. Malam-malamku adalah saat yang paling kutunggu. Saat-saat dimana aku bercengkerama dengan Tuhanku. Sedangkan siang hariku adalah perjuangan-perjuangan nyata, pengejawantahan cintaku pada-Nya.


Wahai orang-orang yang masih saja terlena,
Pernahkah kau mendengar kisah penaklukan Konstantinopel? Akulah orang dibalik penaklukan itu, Sultan Muhammad Al Fatih. Aku sangat lihai dalam memimpin bala tentaraku. Namun tahukah kau bahwa sehari sebelum penaklukan itu, aku telah memerintahkan kepada pasukanku untuk berpuasa pada siang harinya. Dan saat malam tiba, kami laksanakan sholat malam dan munajat penuh harap akan pertolongan- Nya. Jika Allah memberikan kematian kepada kami pada siang hari disaat kami berjuang, maka kesyahidan itulah harapan kami terbesar. Biarlah siang hari kami berada di hujung kematian, namun sebelum itu, di hujung malamnya Allah temukan kami berada dalam kehidupan. Kehidupan dengan menghidupi malam kami.


Wahai orang-orang yang gelap mata dan hatinya,
Pernahkah kau dengar kisah Penduduk Basrah yang kekeringan? Mereka sangat merindukan air yang keluar dari celah-celah awan. Sebab terik matahari terasa sangat menyengat, padang pasir pun semakin kering dan tandus. Suatu hari mereka sepakat untuk mengadakan Solat Istisqo yang langsung dipimpin oleh seorang ulama di masa itu. Ada wajah-wajah besar yang turut serta di sana, Malik bin Dinar, Atho' As-Sulami, Tsabit Al-Bunani. Solat dimulai, dua rakaat pun selesai. Harapan terbesar mereka adalah hujan-hujan yang penuh berkah. Namun waktu terus beranjak siang, matahari kian meninggi, tak ada tanda-tanda hujan akan turun. Mendung tak datang, langit membisu, tetap cerah dan biru. Dalam hati mereka bertanya-tanya, adakah dosa-dosa yang kami lakukan sehingga air hujan itu tertahan di langit? Padahal kami semua adalah orang-orang terbaik di negeri ini? Solat demi sholat Istisqo didirikan, namun hujan tak kunjung datang.

Hingga suatu malam, Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani terjaga di sebuah masjid. Saat malam itulah, aku, Maimun, seorang pelayan, berwajah kuyu, berkulit hitam dan berpakaian usang, datang ke masjid itu. Langkahku menuju mihrab, kuniatkan untuk sholat Istisqo sendirian, dua orang terpandang itu mengamati gerak geriku. Setelah solat, dengan penuh kekhusyu'an kutengadahkan tanganku ke langit, seraya berdo'a :
"Tuhanku, betapa banyak hamba-hamba- Mu yang berkali-kali datang kepada-Mu memohon sesuatu yang sebenarnya tidak mengurangi sedikitpun kekuasaan-Mu. Apakah ini karena apa yang ada pada-Mu sudah habis ? Ataukah perbendaharaan kekuasaan-Mu telah hilang ? Tuhanku, aku bersumpah atas nama-Mu dengan kecintaan-Mu kepadaku agar Engkau berkenan memberi kami hujan secepatnya."

Lalu apa gerangan yang terjadi?
Angin langsung datang bergemuruh dengan cepat, mendung tebal di atas langit. Langit seakan runtuh mendengar do'a seorang pelayan ini. Do'aku dikabulkan oleh Tuhan, hujan turun dengan derasnya, membasahi bumi yang tandus yang sudah lama merindukannya. Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani pun terheran-heran dan kau pasti juga heran bukan?

Aku, seorang budak miskin harta, yang hitam pekat, mungkin lebih pekat dari malam-malam yang kulalui. Hanya manusia biasa, tapi aku menjadi sangat luar biasa karena doaku yang makbul dan malam-malam yang kupenuhi dengan tangisan dan taqarrub pada-Nya.


Wahai orang-orang yang masih saja terpejam,
Penghujung malam adalah detik-detik termahal bagiku, Imam Nawawi. Suatu hari muridku menanyakan kepadaku, bagaimana aku bisa menciptakan berbagai karya yang banyak? Bila aku beristirehat, bagaimana aku mengatur tidurku? Lalu kujelaskan padanya, "Jika aku mengantuk, maka aku hentikan sholatku dan aku bersandar pada buku-bukuku sejenak. Selang beberapa waktu jika telah segar kembali, aku lanjutkan ibadahku."

Aku tahu kau pasti berpikir bahwa hal ini sangat sulit dijangkau oleh akal sehatmu. Tapi lihatlah, aku telah melakukannya, dan sekarang kau bisa menikmati karya-karyaku.


Wahai orang-orang yang tergoda,
Begitu kuatkah setan mengikat tengkuk lehermu saat kau tertidur pulas? Ya, sangat kuat, tiga ikatan di tengkuk lehermu!! Dia lalu menepuk setiap ikatan itu sambil berkata, "Hai manusia, Engkau masih punya malam panjang, karena itu tidurlah!!".


Sedarlah, sedarlah, jangan kau dengarkan dia, itu tipu muslihatnya!
Setan itu berbohong kepadamu. Maka bangunlah, bangkitlah, kerahkan kekuatanmu untuk menangkal godaannya. Sebutlah nama Allah, maka akan lepas ikatan yang pertama. Kemudian, berwudhulah, maka akan lepas ikatan yang kedua. Dan yang terakhir, solatlah, solat seperti kami, maka akan lepaslah semua ikatan-ikatan itu.


Wahai orang-orang yang masih terlelap,
Masihkah kau menikmati malam-malammu dengan kepulasan? Masihkah? Adakah tergerak hatimu untuk bangkit, bersegera, mendekat kepada-Nya, bercengkerama dengan-Nya, memohon keampunan-Nya, meski hanya 2 rakaat? Tidakkah kau tahu, bahwa Allah turun ke langit bumi pada 1/3 malam yang pertama telah berlalu. Tidakkah kau tahu, bahwa Dia berkata, "Akulah Raja, Akulah Raja, siapa yang memohon kepada-Ku akan Kukabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku akan Kuberi, dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku akan Ku ampuni." Dia terus berkata demikian, hingga fajar merekah.


Wahai orang-orang yang terpujuk rayu dunia,
Bagi kami, manusia-manusia malam, dunia ini sungguh tak ada ertinya. Malamlah yang memberi kami kehidupan sesungguhnya. Sebab malam bagi kami adalah malam-malam yang penuh cinta, sarat makna. Masihkah kau terlelap? Apakah kau menginginkan kehidupan sesungguhnya? Maka ikutilah jejak kami, manusia-manusia malam. Kelak kau akan temukan cahaya di sana, di waktu sepertiga malam. Namun jika kau masih ingin terlelap, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya, maka surat cinta kami ini sungguh tak bererti apa-apa bagimu. Semoga Allah mempertemukan kita di sana, di syurga-Nya, mendapati dirimu dan diri kami dalam kamar-kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar.



Telah diketahui akan mukjizat solat malam atau qiamulail ini, namun...kita terus-terusan diuji untuk bangkit melawan perasaan malas dan tidak sedarkan diri. Benar, bukan calang-calang orang yang diberikan anugerah 'alarm mata' tatkala waktu sudah di sepertiga malam. Jangan hanya mengejar lailatulqadr di Bulan mulia Ramadhan ini. Istiqamahkan amalan...biar sedikit asalkan berterusan dan tingkatkan setahap demi setahap. Sucikan hati, bulatkan pengharapan hanya padaNya...insyaAllah, ada bantuan menanti hambaNya yang benar-benar mengharapkan cinta dan kasih Ilahi.


Tidurlah, dengan tidur yang menuju Allah!



Expect the Unexpected!

20090909

Capability

It seem like somebody must get hurt...when i recall my memory at USM here, its make me feel frustrated! For the first time ever, i'd been in the group which said to be an islamic group. 4 years...F.O.U.R!!! and the price that i get is 'mastura tak faham _ _ _ _ _ _'. What? do you think that you are good enough? who are you to labeled anyone just because you are not comfortable or maybe you had a miss communication with. Come on la, this life is all about the journey and learning. Nobodies knows the future...and I quite familiar with those people who was very out spoken at the campus, but then...disappear without any single word outside there. Allah knows the best for us. Hanya Allah berhak menghukum hambaNya.

Islam, is not about the ibadah itself ONLY. As a Khalif at this world, we represent Allah to help people to obey the only religion, Islam. So, as a representative we have alots of relation to take care of. This not about 'redha manusia'. This is about 'da'wah fardhiyyah'. Lets do a graph, y-axis is our relation with Allah, and the x-axis is relation with humans.

From the graph above, a simple formula to be a successfull khalif and of course servant. Be moderate, 'ummatan wasotan'...besederhana. If we just put the priority towards our group principles only, then you will be just like a 'katak di bawah kaca'. You see the outside weather, but you doesnt want to move out from that glass. Just like u will die if you do that. huh, apakah??? So that, I propose for those who think that our thinking is just at the same track, just do anything you want to do as long as you are not away from the holy Quran and the Sunnah SAW. And as a good muslim, any perceptions about other muslims must come with the fact and truth. Find out first, then when its proven...say it out as loud as you can!!! Everything happen with a reason.

My capability is not anyone bussinesses. And I warned, dont ever try to challenge me up...otherwise, you will regret most. This is not 'dendam kesumat', I just say it clearly so that to whom it may concern will be more carefull when they throw out their speech. Make the missmatch less than. I dont care whatever they will judge me. Most important, at least I DO SOMETHING!!!

katakan saja apa yang dikau ingin perkatakan...sekali ku diam, tak bermakna aku merelakan. tidak bererti kau telah menang. bukan maksudnya aku tak mengerti. malah, tidak sekali2 aku bisa dipermainkan! jangan lupa, aku juga sepertimu punyai akal & hati...jika diturut hati, pasti memakan diri...diturutkan akal, mungkin kau akan terdiam!

lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang,

tapi, di dalam hati yang terpendam persoalan.

perlukan aku khabarkan yang ku alami?

apakah akan terjawab semua?

perlukah aku bukakan keaibanmu?

semuanya terletak dalam hati kecilku!

Segala kebenaran dan penjelasanku,

mempunyai pelbagai tafsiran tersembunyi...

ku mohon padaMU Tuhan,

berikanlah kekuatan untukku menghadapi semua ini.

Tuhan, ku terus berserah berikanku hidayah...

agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah...

The diversity of thinking must be appreciated! Do not ask for others .C.A.P.A.B.I.L.I.T.Y.

Expect the Unexpected

20090902

Bakal Isteri dan Ibu...


"Perlu banyak meraikan."
Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.
"Meraikan bagaimana?"
"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."
"Maksudnya?"
"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai berilah hadiah."


"Kenapa Tok Wan?"
"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhuk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."
"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"
"Wah, kau bertanya macamlah Tok Wan ni seorang Profesor!"
Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!"
Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.
"Bayangkan bakal isteri? Isteri saya?" usik saya.
"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah 'end in mind' yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan barat itu.


Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa yang kau inginkan daripada seorang isteri?"
"Ketaatan," balas saya cepat.
"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"
"Malu."
"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"
"Cantik..."
"Wah, tak lupa ya...latih supaya dia menjaga kecantikan tingkahlaku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"
Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.
"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.
"Tok Wan laju sangat..."
"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah. Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."
"Ini payah sikit Tok Wan, sekarang ni perempuan dah luas gelanggangnya!"
"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia?"


"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."
"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"
"Kasih sayangnya."
"Didiklah anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab tu anak perempuan digalakkan bermain anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"
"Sabar."
"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."


"Mana lebih payah didik anak perempuan atau didik anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.
"Soalan tu tak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah ini terlalu relatif dan subjektif sifatnya."
"Beza tak?" pintas saya penuh akur.
"Tentulah sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tetapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya juga."
"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."
"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."
"Tapi tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."
"Terpulang pada 'gembala'nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."


"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"
"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"
"Lagi Tok Wan?"
"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"
"Lagi Tok Wan?"
"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"


~ Petikan daripada karangan Ust Pahrol, Nota Hati seorang Ayah. Sedang sy asyik membaca buku tersebut, sampai kepada Nota 22 ini...terus sy sebak, lantas titisan jernih memngalir laju membasahi pipi. Terus teringatkan wajah ibu dan ayah yang tersemat di hati. Bagai putaran slide gambar, satu per satu kenangan dan memori lalu menerjah akal. Semakin hebat deraian airmata ini jatuh...ada sesuatu yang amat mengusik hati dan perasaan. Sesuatu...yang mengajar sy erti MENGHARGAI bukan dihargai.


~ Satu keunikan, bila sy sedari...hari ibu dilahirkan adalah Jumaat, 09/10/53...begitu juga ayah, Jumaat 24/09/54...sy, Jumaat 1 Muharam...adik beradik yang lain, semuanya berlainan hari. Hanya kami 3 beranak mempunyai satu persamaan yg tak pernah sy tahu selama hampir 23 tahun ini. Benar, hati sy terlalu sensitif...airmata tumpah lagi!!!


TERIMA KASIH IBU & AYAH

Expect the Unexpected!

20090901

Mendidik Anak


Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;
  1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

  2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
  3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

  4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

  5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

  6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

  7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
  8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

  9. Kurang melahirkan kasih sayang.

  10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

  11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

  12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

  13. Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
  14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

  15. Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

  16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

  17. Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

  18. Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

  19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

  20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

  21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

  22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
  23. Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

  24. Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

  25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

  26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

  27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

  28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

  29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

  30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

  31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

  32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

  33. Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

  34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

  35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

  36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
  37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

  38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

  39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

  40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI dan mengeratkan hubungan dengan ibu bapanya:

  • Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.
  • Bapa DILARANG bertengkar/ menengking/ mengherdik Ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.
  • Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.
  • Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak.