20111124

NTT edited

Nisa' Training Team


This is my Passion.
My Life.
Our Business.
Our Team.
It's just everything about self improvement.
We are your Coach of Self Improvement (CSI).

Looking forward to meeting you, soon!


20111026

NTT

Alhamdulillah.

Tanggal 21/10/2011, Jumaat yang lalu kami berjaya mendaftarkan sebuah syarikat yang akan menjadi tunjang kepada semua aktiviti dan program feminism kami! NTT Training & Consultancy, nama yang dipilih. Akronimnya, Nisa' Training Team. Yang mana semua trainer adalah wanita, pengurusan juga wanita, audiens utama juga adalah wanita. Dari wanita untuk wanita.


NTT menggandingkan 3 trainer utama, CikPuan Nura Muna Abdul Halim, Puan Nurul Suhadah Shuib, dan saya sendiri, CikPuan Nur Mastura Mansor. 3N. :)

Apa pula kisahnya dengan MAP Training?

Haa...saya sudahpun menyerahkan surat perletakan jawatan dengan MAP Training berkuatkuasa selama 3 bulan notis. Hari terakhir saya di MAP Training adalah pada 21/12/2011. Ketika itu, khidmat saya dengan MAP Training adalah selama 1 tahun 5 bulan genap.

Kemudian apa pula?

Fokus kepada kuliah Master saya dengan mengekalkan pointer atas 3.75! Agar layak untuk sambung PhD kelak. Ayah mahu saya menjadi pensyarah. Sementara masa masih ada, biarlah beliau melihat saya menjadi pensyarah. Masa saya dengan ibu dan ayah semakin hari bukan semakin panjang. Ajal ditangan Allah. :)

Secara sambilan, tetap memenuhi jemputan dan menggerakkan NTT sesuai dengan pendekatan yang kami rancang untuk ummah. Dunia training adalah minat saya. Mana mungkin saya tinggalkan begitu sahaja. Kerana saya yakin, tidak semua wanita Allah berikan kelebihan seperti saya dan rakan yang lain. Kenapa tidak, lakukan sesuatu untuk wanita lain yang tiada kelebihan itu tetapi memiliki keunikan mereka tersendiri yang berbeda. Dan, perbezaan itu melengkapi satu sama lain. Kesatuan kita adalah melalui perbezaan yang unik!

Maklumat lanjut berkenaan NTT?

Sedang dalam proses menyiapkan profil korporat NTT. Akan dihebahkan dalam masa terdekat. InsyaAllah. :)


Expect the Unexpected!

20110803

Tiada 2!

"Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini, apa kata kalau awak mulakan sapaan maaf kepada dia?", seru saya.

"Huurrrmmm...entahlah. Nak ke dia maafkan saya? Nanti kalau kena herdik caci maki..fuuhh, panas beb!", jangka sahabat saya. (nama dirahsiakan...hehe)

"Kalau dia nak herdik caci maki sekali pun, itu semua dengan izin Allah. Kalau dah terjadi baru dikatakan taqdir. Ni tak, belum apa-apa dah bersangka macam-macam, negatif pula tu! Yang mengawal hati dan perasaan insan ni siapa?", saya cuba membuka kata.

"Allah.", jawabnya ringkas, tanda mahu mendengar seterusnya bebelan saya! Bagus!

"Dah tahu Allah yang memegang hati manusia, kenapa tidak awak minta sahaja pada Allah agar dilembutkan hati dia, dipermudahkan lisan untuk berkata, dilapangkan dada atas yang berlaku. Jangan terlalu cepat meletakkan hukuman pada perkara yang tidak ketahuan. Allah sentiasa mendengar apa yang kita minta, sekalipun sekadar baru terdetik dibenak. Allah itu kan Maha Segala!" - cerita tamat - ^^,

Itu satu contoh peristiwa. Ada banyak lagi, pasti. Cuma dikala ini, itu yang terlintas difikiran saya. Baik, apa yang mahu saya sampaikan adalah berkenaan nilai kebergantungan dan pengharapan insan.

Seringkali lidah kita menuturkan, 'cukuplah Allah bagiku'. Namun, hakikatnya pelaksanaan terhadap apa yang dikata itu jauh sekali kita lakukan. Apabila diuji...lain yang jadi. Kan Allah dah berfirman dalam QalamNya,
Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud: Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami beriman," dan mereka tidka diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan berdusta.

Berkata-kata itu mudah. Ingat, setiap kata yang dituturkan berada dalam pengetahuan Allah dan kiraan pahala atau sebaliknya sudah bermula sebaik diungkap kerana adanya Malaikat di kiri dan kanan yang sangat komited dengan tugas! Selagi tidak terucap dibibir, selagi itu ia tiada dalam catatan Malaikat. Kerana apa yang ada di hati adalah urusan kita dengan Allah.

Astaghfirullah al aziim.

Jika yang terungkap dibibir adalah kata-kata yang meletakkan pengharapan dan kebergantungan kepada manusia atau yang lain selian Allah...mari kita semak semula hati kita. Jika benar Allah adalah pencukup buat kita, mengapa kita masih mengharap dan berharap kepada makhluk? Dalam semua hal, jodoh, kerja, pelajaran, keluarga, kesihatan, kewangan, dan lain-lain. Manusia hanya asbab! Allah jualah yang berkehendakkannya. Hanya jika Allah izinkan, maka jadilah ia.

video

Kalau Allah kata, "JADI", jadilah. Kalau Allah kata, "MATI", matilah. Usah diragui Usah curigai. Usah serabut. Kan Allah itu yang empunya hati dan jiwa seluruh makhluk? Minta dan serulah hanya pada yang empunya, Allah. Soal Allah nak perkenan atau tidak, itu urusanNya. Kita ni HAMBA sahaja, hanya layak meminta dan yakin dengan kuasa dan ketentuan Allah.

Jangan banyak songeh! ^^,

p/s: lagu Sedetik Lebih ini adalah terjemahan rasa saya terhadap Allah.


Expect the Unexpected!

20110719

Perginya: Menyemarak bara juangku

Zaman Sekolah dan Kolej, merupakan zaman buta politik buat saya. Tiada sekelumit rasa pun mahu ambil tahu. Namun, apabila akhbar melaporkan pelbagai cerita dan kisah sepanjang Pilihanraya Umum 2004, saya baca juga. Sekadar baca. Seingat saya diketika itu, ada satu senarai calon yang menang dalam sisipan akhbar. Saya baca satu per satu nama yang menang dan dari parti mana. Mata saya terpaku lama apabila membaca nama 'Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali (PAS) - Parlimen Bukit Gantang'. Hati kecil saya berkata, "perempuan?! Wah..mesti bukan calang-calang insan ini.". Sejak itu, saya mula sedikit demi sedikit mengagumi dan mengikuti perkembangan politik beliau. Kagum. Itu sahaja dapat saya katakan.

Pilihanraya Umum menerjah lagi. Pada tahun 2008, waktu ini saya sudah melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dan menyandang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Isu politik sudah mula saya ambil tahu dan mesti tahu. Melihatkan kepada senarai yang bertanding, mata saya ligat mencari nama 'Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali'. Ada! Kali ini mencabar lawannya di Parlimen Titiwangsa. Saya sangat tertarik dan kagum melihat setiap gambar penamaan calon yang menampilkan beliau. Entah kenapa. Seperti ada suatu aura yang memanggil-manggil untuk saya terus mengenali beliau. Kagum dengan semangat dan gelombang 'wanita' yang dibawanya.

Saya amat teruja mahu menantikan keputusannya. Seperti dijangka dan diduga, Srikandi pejuang Islam era baru ini bisa mengalahkan lawannya. Allahuakbar! Kali ini, saya benar-benar menanamkan niat dan azam mahu bersua muka dengan wanita hebat ini. Perkembangan beliau selalu saya update dari jauh. Jauh disudut hati, saya sungguh terdorong untuk menurut jejak beliau. Suatu hari, mungkin.

Dan, dengan izinNya. Pada pertengahan tahun 2010, saya sempat bersua muka, berjabat tangan dengan beliau di Melaka. Dalam ucapan beliau, ada satu ayat yang saya pegang hingga kini. "Jangan me'muslimat'kan Nisa'.", bunyinya agak pelik sedikit. Hanya yang tahu bisa mengerti akan makna tersirat beliau. Itulah juga, antara titik tolak saya mula menjadi penggerak Nisa'.

Kini, semangat itu terus meresap dan membahang dalam diri ini. Agenda Nisa' yang saya sendiri rangka dengan bantuan Mantan Pengarah Nisa' Malaysia, Dr. Rosni Adam untuk menubuhkan satu pasukan 'training' di bawah Nisa' NGO pasti saya laksanakan. Sebagai manusia biasa, adakala semangat saya jatuh. Namun, diketika itu juga bara perjuangan Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali akan menyemarak semula semangat saya!

Dua minggu lalu, mendapat perkhabaran tentang keadaan beliau yang tenat. Hanya doa tiada henti mampu saya kirimkan. Dan, hanya mengetahui berita pemergian beliau pada jam 12.55am 18 Julai 2011. Hati terus dirundung hiba kerana baru berhajat mahu beriring dengan sahabat Nisa' untuk menziarah beliau di hospital. Apakan daya...Kuasa Allah itu adalah MAHA segala. Sugul perjalanan pulang saya ke Bandar Tun Razak dari tempat perguruan. Jarang sekali hati ini berhiba durja. Ternyata, beliau adalah seorang yang memberi impak dalam hidup saya!

Belangsungkawa Allahyarhamah YB Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Pergi mu dijemput pemilik segenap alam
Diriku juga tidak terkecuali
Cuma kini adalah masamu
Namun, semangatmu tetap berbenak
Membahang dan membakar
Dijiwa-jiwa kami yang tegar
Untuk melihat Islam kembali dijulang
Moga rohmu tenang di sana
Berehatlah duhai Bonda...

Al-Fatihah.


Expect the Unexpected!

20110623

Jiwaku ditanganNya

Sekadar kiasan.

Hati
Segumpal darah tersemat di dada insan
Menghimpun seinfiniti gerak rasa perasaan
Penciptaannya terlalu sukar dimengertikan
Diilhamkan kebaikan dan kejahatan
Agar insan menilai dan memilih untuk diturutkan
Antara yang Haq dan Batil dalam perlakuan
Segalanya bermula dari hati

Hati
Rasa kasih
Rasa sayang
Rasa cinta
Segalanya bermula dari hati
Samada ia lahir secara fitrah
Ataupun dipupuk akan rasa fitrah

Siapapun kamu
Yang meminta hatiku
Ketuklah dengan sapaan restu izin dariNya
Mohonlah padaNya
Rayulah padaNya
Mintalah padaNya
Nescaya ruang itu sentiasa ada untukmu
Hanya jika Dia izinkan
Kerana,

'Demi Allah yang jiwaku ditanganNya!'

Expect the Unexpected!

20110603

11 Bulan.



"Dr, nanti Dr balik KL, saya nak balik sekali dengan kereta Dr, boleh?", tanya saya.

"Tumpang kereta saya tu maksudnya kena pandu sampai KL la! Boleh saya rehat dalam kereta sepanjang perjalanan dari JB ke KL.", respon YM Dr. Hj. Tengku Asmadi berseloroh.

"Menarik! Saya memang suka memandu. Baek! Saya jadi driver Dr.", pintas saya meyakinkan beliau.

Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke 11 saya bekerja bersama Motivator terkemuka Malaysia, YM Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, lebih spesifik, berkerjaya sebagai Trainer atau Professional Learning Facilitator di MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. Saya seronok, gembira, bahagia dan tenteram dengan kerjaya saya sekarang. Sebenarnya, tidaklah menganggap ia sebagai kerjaya pun. Lebih suka menganggap, ini kerja dakwah saya. Ye la, tak dinafikan duit itu tetap diperlukan. Bak kata Senator Negara, Dato' A. Samad Said, "Saya bukan mengharapkan wang, tetapi tanpa wang bagaimana mahu meneruskan kehidupan?". Saya selesa dan bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

Pernah saya ceritakan pada rakan-rakan sekuliah Master Corporate Communication UPM saya tentang, saya selalu drive boss saya time out-station. Mereka terkejut, "Kau drive Bos kau Mas? Bos kau tu lelaki ke perempuan?". "Lorhh, lelakilah. Kalau out-station, saya seorang je perempuan!", kata saya. "Gituuu, dahsyatnye perempuan ni!", usik mereka. Saya sengeh. Pelik sangatkah seorang perempuan memandu kereta Bosnya? Mungkin ya pada mereka. Dan, tidak pada saya. =)

Setiap minggu, beri motivasi dan dimotivasikan! Saya tak pernah anggap, modul MAP itu sekadar modul yang mesti disampaikan. Pada saya, selaku penyampai, mesti lakukan dahulu apa yang kita sampaikan. Saya buat! Alhamdulillah, untuk semester 1, saya peroleh 3.75 pointer. Saya guna apa yang saya belajar dan sampaikan dalam MAP! Tak tipu punyaaaa...

Allah tangguh kejayaan saya. Sepanjang saya belajar di Kolej Matrikulasi Perak dan Universiti Sains Malaysia, tidak pernah sekali pun saya peroleh pointer atas 3.5. Paling tinggi pun 3.14 tu je la sekali, semester 1 di KMPk. Dan paling rendah saya pernah dapat 2.00! 2-Flat, semester 6 di USM. Saya tak pernah kisah dan malu pun. Sebab, pada saya dapat keputusan peperiksaan ni bukanlah macam jumpa Malaikat Maut! Maknanya, selagi masih hidup, masih ada peluang dan ruang. Yang penting jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah. =)

Ada ramai juga yang bertanya, mana dapat semangat macam ni? Macam ni la, saya ni memang dari dulu suka bercakap, dan sekarang kerja saya memang bercakap, cakap, cakap, cakap. Jadi, setiap hari, setiap detik saya berdoa pada Allah yang 1, "Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini asbab orang berubah.", saya dapat tips ini daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, Motivator terkemuka Negara.

Bersama Dato' Fadzilah Kamsah di TAMRIN Grand Opening 2011.

Walaupun sentiasa bermotivasi dalam memberi motivasi, adakala, saya emosi. Saya manusia normallah! Dan itulah masanya, saya tidak akan bercakap dengan individu tertentu. Bimbang, tidak mampu kawal emosi, nanti jadi perang mulut. Dah dapat 'dosa kering'. Jadi, bila saya diam dan malas nak bercakap, ada 2 maksud. Pertama, saya memang tengah emo, tahan marah dan yang kedua, saya sedang menahan sakit (tak kirala sakit kepala ke perut ke kaki ke dll).

Saya cuma nak beritahu, SAYA MANUSIA NORMAL! Saya bukan Malaikat. ^^,


Expect the Unexpected!

20110415

My Puzzles of 'him'


There are a lots of puzzles in our life. Either we manage to solve it or not.
Or even, either we noticed about that or not at all.
For me, in many puzzles, there is one which is quit important and a big issues for my life.
In our journey of busy life, sometimes we will meet something and actually it was appeared all the time, the unexpected thing.
Because, life is not promises and Allah won't easily give the servants the light burden.
As Allah say in Quran (Al-Ankaboot, 29:2-4);
"Do men think that they will be left alone on saying "We believe" and that they will not be tested? We did test those before them, and Allah will certainly know those who are true from those who are false. Do those who practise evil think that they will get the better of us? Evil is their judgment!"

There are a lots of mysteries that Allah didn't tell us.
One of it, of course our future partner till Jannah. InsyaAllah.
And, that puzzles for me is a most important and prestigious at this moment.
Either I am, meet the right person or not. Only Allah knows that.
And, as a servant to HIM. I just only can ask HIM to give me a strength and make the puzzle easier to be answered.

At this moment the blog is updated, I just pray the best for my life, my religious, and end of my life in a better way.
Of course, whatever happen in future is Allah wills.
But, I still have a choice. Because, life is full of choices.
So, I choose to make a first step.
"soal dapat atau tidak itu soal nombor 2 yang penting, buat yang TERBAIK"! [itu kata-kata saya dalam setiap kursus MAP, dan kini kata-kata itu cukup tegar di hati dan minda saya!]

Pray for me. As you read this post.

Your time and du'a is most appreciated. May Allah give you the best for your life.

Expect the Unexpected!

20110126

ku SEMPURNA ada kamu!

Sudah lama tidak menulis perihal peribadi. Bukan sebab tiada masa, cuma tiada kudrat mahu menaip...sudah berkali cubaan untuk update blog ini, namun hasilnya hampa. Dan, hari ini saya nekad! [sedikit tergugat dengan lambakan kerja..huhu...bertabahlah!]

Baik,

Bermulanya tahun 2011 ini, jadual hidup saya sudah pastinya sangat berlainan. Sangat berbeza. Seawal hari di tahun baru, rasa gentar wujud dalam diri. Namun, semangat untuk meneruskan apa yang dicita dan diimpikan itu terlalu tegar lantas menundukkan segala keresahan!

Tanggal 26 Disember 2010, sesi pendaftaran sebagai pelajar Post-graduate di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah. Walaupun dalam kelam-kabut mencuri masa, kerana terlalu padat jadual kerja saya. Seawal jam 8 pagi, sudah bergerak ke Bangi, untuk mengambil laporan medical check-up, ambil gambar berukuran passport, pengesahan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti dan akhirnya ke Graduate Study Office. Sempat juga berjumpa dengan Penasihat Akademik, Dr. Mohd Nizam Osman di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Urusan tamat pada jam 1 tengahari. ^^,

Penghujung tahun 2010, masa & hari saya habiskan dengan Program TAMRIN STS (seperti post sebelum ini). Tamat sahaja program, terus bergegas pulang ke teratak bonda. Sambut tahun baru bersama keluarga. =)

Dan, hari yang mendebarkan saya pun tiba. 3 Januari 2011, bermulalah kuliah Master Corporate Communication (MCC) saya di UPM. Sebanyak 3 paper (9 unit) yang saya daftar untuk semester pertama saya ini. Bermakna, kuliah saya adalah sebanyak 3 hari dalam seminggu. Isnin (Interpersonal Comm.), Selasa (Comm. Theory) dan Rabu (Comm. Research Method). Bermula dari jam 6 petang hingga 9 malam.

Minggu pertama, saya masih mampu ukirkan senyuman dengan jadual harian saya yang sungguh padat. Hectic! Jadualnya begini;
Isnin, Selasa & Rabu : 8.30 am - 5.00 pm, Kerja...6.00 pm - 9.00 pm, Kuliah
Khamis : Out-Station
Jumaat, Sabtu & Ahad : Program MAP
Isnin : Pulang dari out-station...dan kuliah, 6.00 pm - 9.00 pm
dan, begitulah saban hari, saban minggu.


Kadang-kadang, ada pula SMS masuk dalam handphone saya..."malam ini, meeting ---- jam 9". Sejurus tamat kuliah, agenda lain pula menanti untuk diberi perhatian. Begitulah dagangnya hidup sebagai hamba-Nya. Ujian itu tidakkan pernah terhenti. Tanda Dia mahu saya terus istiqamah di jalanNya. Tanda sayang-Nya buat saya! Terima kasih Ya Rabb. ^^,

Sepanjang 2011 ini, ada amanah besar yang mesti saya laksanakan. Master Sifu saya, YM Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, mengamanahkan saya untuk menyiapkan modul dan melaksanakan program berkaitan dunia KORPORAT. Itulah matlamat saya! Inilah impian saya! Setiap yang saya fikirkan adalah untuk pembinaan modul KORPORAT. Setiap lagu yang saya dengar, setiap butir bicara yang orang lain katakan, setiap perlakuan manusia...segalanya dalam pemerhatian dan pengamatan saya untuk pembangunan modul KORPORAT saya.

Alhamdulillah, ada secebis ilham datang menyenggah minda. Tajuk program KORPORAT yang dirancang, 'Spread UP! the AURA - The Inspiring Impressed'. Kerangkanya sudah 40% siap. InsyaAllah, menjelang 11/02/2011, saya menjangkakan modul program KORPORAT ini dapat dibentangkan kepada Master Sifu saya!

Tahap kesibukan saya diketika ini, boleh dikatakan seperti 'tak cukup tanah dah nak jejak'! =P

Apapun, saya sangat bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Belum berpuas hati, tetapi, bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Pastinya, si dia sentiasa di sisi menemani saya ke mana sahaja saya pergi. Dialah juga yang mengerti akan jiwa saya! Tahun ini, bakal menyambut ulangtahun ke-3 kami! Terima kasih PHT. You are my HERO! You make me 'SEMPURNA'. ^^,


Expect the Unexpected!

20110102

Akademi IKAN!


Bila sebut sahaja, IKAN. Apakah gambaran yang wujud diminda kita?
  • Ikan yang ada di lautan
  • Ikan yang ditangkap oleh nelayan
  • Ikan yang dibeli oleh pengguna di pasar atau supermarket
  • Ikan yang berenang di dalam akuarium
Inilah antara gambaran IKAN yang ada dalam minda kita. Hakikatnya, saya juga begitu. Sehinggalah satu ketika, saya menghadiri satu program yang menghimpunkan insan-insan HEBAT dalam dunia Perunding Latihan & Perunding Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, pada tanggal 29 Disember 2010.

The Professional Learning Facilitator's Toolbox;
Program berprestij daripada Tuan Mohd Rizal Hassan, berkongsi tips, rahsia, skill dalam modul penyampaian yang beliau gunakan dalam Program Take Charge! beliau yang begitu popular ketika ini. Terlalu banyak WOW! yang saya dapat dalam program 3 hari ini. Boleh dikatakan, setiap kali menukar slide, setiap kali itulah hati saya menjerit, "WOW!". Dan antaranya, ikan-ikan yang di'ikon'kan sebagai penghargaan kita kepada insan lain. Daripada sekecil-kecil perkara, hinggalah kepada sebesar-besar perkara yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, berikan penghargaan! Berikan ikan. Hukum alam, bila kita memberi, pasti akan menerima. What goes around will comec around.

Hari pertama;
Mempersiapkan minda, badan dan semangat, mencakupi aspek-aspek PENYAMPAI (The Presenter). Dimulakan dengan perbahasan Train vs Learn hinggalah kepada pertukaran title, TRAINER - LEARNING FACILITATOR. "Gedegang..." bunyi air tin dari mesin air F&N jatuh selepas dimasukkan syiling! Begitulah otak saya dikejutkan. Betul-betul, SENTAP!
Baik, dalam otak dah pasakkan, saya bukan trainer, saya adalah profesional learning facilitator! Dan tibalah pula tubuh badan ini dipersiapkan. Ada 5 aktiviti, 1-Still & Silent, 2-Still, Silent & Intention, 3-Still & Tell a Story. Kental, sejak Jun 2008 saya dah tak pernah buat 'kawad statik'! Hinggalah 29 Disember 2010, 2 tahun setengah, walaupun cuma berdiri statik selama 3 minit untuk aktiviti 1, tetap teringat kenangan berkawad di USM dulu. Dan, bukan senang bagi orang 'visual' seperti saya ini untuk bercakap tanpa gaya tangan! Aktiviti 3 mendidik tangan saya untuk 'tidak berkata'. Arrgghhhh.....itulah kata hati saya. =)
Ok, minda dah diprogram, badan juga sudah disarafkan, kini semangat pula mahu di'roh'kan. Aktiviti 4-Still, Gesture, Tell a Story 5-Still, Gesture, Tell a Story + Disturbance, dan 6-Still, Gesture, Tell a Story + Best Audiens. Aktiviti 5, sampai mati saya pasti ingat! Bayangkan, kita bercakap dengan penuh semangat di depan, tetapi audiens kita buat bising, tak dengar pun apa yang kita sampaikan! Stressed! Serabut sangat masa ni, rasa nak lari pecut 100m je. Itulah realitinya, bila di dalam program, pasti kita akan berdepan dengan audiens seperti itu. Bagaimana nak hadapinya? Yang pasti, jangan tangani dengan emosi. =)
"Nah, ikan!"

Hari Kedua;
Pembikinan modul dan mempersembahkan modul. Hari yang penuh emosi buat saya. Selama 5 bulan kerja dalam bidang Training & Consultant ni, barulah saya benar-benar tahu dan nampak bagaimana caranya mencipta modul! Dan inilah perkara yang saya nak sangat tahu selama ini. Alhamdulillah, saya dah tahu trick dalam penciptaan modul, bagaimana audiens kita suka dengan presentation kita, bukan sebab kita hebat, tetapi, modul kita yang penuh dengan 1001 rahsia NLP! MANTOP! Yes...yess...yesss!!!!! Otak dah mula loading tajuk-tajuk untuk MODUL KORPORAT yang akan dibentang depan BigBoss. Banyak. Perlu dikemaskinikan lagi agar benar-benar relevan. Di akhir sesi, saya menangis. Terharu, sebab banyak sangat yang tak tahu dan semakin tak tahu dan pasti mahu ambil tahu! Pulang dengan otak FULL LOADED! =)
"Nah, ikan."

Hari Ketiga;
Business to marketing dan penjenamaan brand. Lebih kepada penciptaan, pengekalan dan penghebahan brand. Tak pernah terfikir pun, mesti ada brand. Dan akhirnya, saya temui satu brand untuk objek, dan sedang meneliti satu brand untuk seruan yang akan dipasak dalam modul korporat kelak. Terlalu banyak tips-tips dan perkongsian daripada mereka yang HEBAT ini. Kagum dengan setiap daripada mereka. Speechless.
"Nah, ikan."

Bila pulang ke rumah, menyiang ikan, terus teringatkan semua perkara yang terjadi dan berlaku dalam program ini. Teringatkan gelak tawa semua rakan-rakan. You all make me smile! ^^,


"Life will never be the same, Time to CHANGE!"

Expect the Unexpected!