20101201

End of the year 2010...with;

Tatkala diri semakin dihimpit masa.
Bila jasad sudah semakin kehabisan kudrat.
Ketika jiwa dibelenggu seribu satu rasa resah pasrah.

Dia hantarkan sejuta rasa untuk dirasa.
Dia hamparkan jalanan berduri ranjau untuk dilalui.
Dia persembahkan dugaan tak terduga untuk menghimpit masa.

Lemah.
Longlai.
Lesu.

Kayuhan langkah kaki ini terasakan semakin memberat.
Hayunannya memerlukan kudrat yang bukan biasa.
Terasakan diri semakin tidak mampu untuk meneruskan langkahan.
Jiwa tidak pernah mengizinkan langkahan ini dihenti.
Semangat yang semakin berbaki kembali dicari untuk diisi.
Tangki semangat itu sedang berusaha dipenuhi.
Perjalanan menuju destinasi hakiki itu entahkan jauh atau dekat.
Jaraknya tidak pernah diberitakan mahupun dikhabarkan.
Hanya jalanan yang terbentang ini yang dihamparkan.
Apa sahaja yang sedang didepani inilah laluannya.
Tiada jalan pintas.
Tiada lampu isyarat.
Tiada perangkap laju.
Tiada saman perlu dijelaskan.
Hanya perlu teruskan melangkah menyelusuri ranjau berduri.
Beralaskan 'kasut' yang Dia bekalkan khusus untukku.
Hanya sesuai untuk kaki ini.
Hanya selesa pada kaki ini.
Hanya milik kaki ini.
Selagi denyut nadi pejuang ini terasa.
Selagi helaan nafas mujahidah ini masih berbahang.
Selagi deria ke-7 srikandi ini masih berinteraksi normal.
Tetap akan diteruskan segala apa yang telah dimulakan.
Tetap akan diselesaikan apa yang sedang diusahakan.
Tetap akan digagahi jua.


Masanya sudah tiba.
Detiknya kini menjengah.
Saatnya kian terasa...

BERUZLAH!


~kesibukan ini mengajar aku erti mengEsakan Allah;
~kesakitan ini mendidik aku erti cintakan Allah;
~kepayahan ini mentarbiyyah aku erti hanya Allah di hati.


p/s: Buatmu, sahabat sejati...terima kasih atas segalanya. Ku syukuri hadirmu dalam hayatku. Teruskan perjuanganmu di medan sana. Hanya doa mampu ku titipkan, buatmu....selamanya.


Expect the Unexpected!