20110126

ku SEMPURNA ada kamu!

Sudah lama tidak menulis perihal peribadi. Bukan sebab tiada masa, cuma tiada kudrat mahu menaip...sudah berkali cubaan untuk update blog ini, namun hasilnya hampa. Dan, hari ini saya nekad! [sedikit tergugat dengan lambakan kerja..huhu...bertabahlah!]

Baik,

Bermulanya tahun 2011 ini, jadual hidup saya sudah pastinya sangat berlainan. Sangat berbeza. Seawal hari di tahun baru, rasa gentar wujud dalam diri. Namun, semangat untuk meneruskan apa yang dicita dan diimpikan itu terlalu tegar lantas menundukkan segala keresahan!

Tanggal 26 Disember 2010, sesi pendaftaran sebagai pelajar Post-graduate di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah. Walaupun dalam kelam-kabut mencuri masa, kerana terlalu padat jadual kerja saya. Seawal jam 8 pagi, sudah bergerak ke Bangi, untuk mengambil laporan medical check-up, ambil gambar berukuran passport, pengesahan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti dan akhirnya ke Graduate Study Office. Sempat juga berjumpa dengan Penasihat Akademik, Dr. Mohd Nizam Osman di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Urusan tamat pada jam 1 tengahari. ^^,

Penghujung tahun 2010, masa & hari saya habiskan dengan Program TAMRIN STS (seperti post sebelum ini). Tamat sahaja program, terus bergegas pulang ke teratak bonda. Sambut tahun baru bersama keluarga. =)

Dan, hari yang mendebarkan saya pun tiba. 3 Januari 2011, bermulalah kuliah Master Corporate Communication (MCC) saya di UPM. Sebanyak 3 paper (9 unit) yang saya daftar untuk semester pertama saya ini. Bermakna, kuliah saya adalah sebanyak 3 hari dalam seminggu. Isnin (Interpersonal Comm.), Selasa (Comm. Theory) dan Rabu (Comm. Research Method). Bermula dari jam 6 petang hingga 9 malam.

Minggu pertama, saya masih mampu ukirkan senyuman dengan jadual harian saya yang sungguh padat. Hectic! Jadualnya begini;
Isnin, Selasa & Rabu : 8.30 am - 5.00 pm, Kerja...6.00 pm - 9.00 pm, Kuliah
Khamis : Out-Station
Jumaat, Sabtu & Ahad : Program MAP
Isnin : Pulang dari out-station...dan kuliah, 6.00 pm - 9.00 pm
dan, begitulah saban hari, saban minggu.


Kadang-kadang, ada pula SMS masuk dalam handphone saya..."malam ini, meeting ---- jam 9". Sejurus tamat kuliah, agenda lain pula menanti untuk diberi perhatian. Begitulah dagangnya hidup sebagai hamba-Nya. Ujian itu tidakkan pernah terhenti. Tanda Dia mahu saya terus istiqamah di jalanNya. Tanda sayang-Nya buat saya! Terima kasih Ya Rabb. ^^,

Sepanjang 2011 ini, ada amanah besar yang mesti saya laksanakan. Master Sifu saya, YM Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, mengamanahkan saya untuk menyiapkan modul dan melaksanakan program berkaitan dunia KORPORAT. Itulah matlamat saya! Inilah impian saya! Setiap yang saya fikirkan adalah untuk pembinaan modul KORPORAT. Setiap lagu yang saya dengar, setiap butir bicara yang orang lain katakan, setiap perlakuan manusia...segalanya dalam pemerhatian dan pengamatan saya untuk pembangunan modul KORPORAT saya.

Alhamdulillah, ada secebis ilham datang menyenggah minda. Tajuk program KORPORAT yang dirancang, 'Spread UP! the AURA - The Inspiring Impressed'. Kerangkanya sudah 40% siap. InsyaAllah, menjelang 11/02/2011, saya menjangkakan modul program KORPORAT ini dapat dibentangkan kepada Master Sifu saya!

Tahap kesibukan saya diketika ini, boleh dikatakan seperti 'tak cukup tanah dah nak jejak'! =P

Apapun, saya sangat bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Belum berpuas hati, tetapi, bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Pastinya, si dia sentiasa di sisi menemani saya ke mana sahaja saya pergi. Dialah juga yang mengerti akan jiwa saya! Tahun ini, bakal menyambut ulangtahun ke-3 kami! Terima kasih PHT. You are my HERO! You make me 'SEMPURNA'. ^^,


Expect the Unexpected!

No comments:

Post a Comment