20110623

Jiwaku ditanganNya

Sekadar kiasan.

Hati
Segumpal darah tersemat di dada insan
Menghimpun seinfiniti gerak rasa perasaan
Penciptaannya terlalu sukar dimengertikan
Diilhamkan kebaikan dan kejahatan
Agar insan menilai dan memilih untuk diturutkan
Antara yang Haq dan Batil dalam perlakuan
Segalanya bermula dari hati

Hati
Rasa kasih
Rasa sayang
Rasa cinta
Segalanya bermula dari hati
Samada ia lahir secara fitrah
Ataupun dipupuk akan rasa fitrah

Siapapun kamu
Yang meminta hatiku
Ketuklah dengan sapaan restu izin dariNya
Mohonlah padaNya
Rayulah padaNya
Mintalah padaNya
Nescaya ruang itu sentiasa ada untukmu
Hanya jika Dia izinkan
Kerana,

'Demi Allah yang jiwaku ditanganNya!'

Expect the Unexpected!

20110603

11 Bulan.



"Dr, nanti Dr balik KL, saya nak balik sekali dengan kereta Dr, boleh?", tanya saya.

"Tumpang kereta saya tu maksudnya kena pandu sampai KL la! Boleh saya rehat dalam kereta sepanjang perjalanan dari JB ke KL.", respon YM Dr. Hj. Tengku Asmadi berseloroh.

"Menarik! Saya memang suka memandu. Baek! Saya jadi driver Dr.", pintas saya meyakinkan beliau.

Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke 11 saya bekerja bersama Motivator terkemuka Malaysia, YM Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, lebih spesifik, berkerjaya sebagai Trainer atau Professional Learning Facilitator di MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. Saya seronok, gembira, bahagia dan tenteram dengan kerjaya saya sekarang. Sebenarnya, tidaklah menganggap ia sebagai kerjaya pun. Lebih suka menganggap, ini kerja dakwah saya. Ye la, tak dinafikan duit itu tetap diperlukan. Bak kata Senator Negara, Dato' A. Samad Said, "Saya bukan mengharapkan wang, tetapi tanpa wang bagaimana mahu meneruskan kehidupan?". Saya selesa dan bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

Pernah saya ceritakan pada rakan-rakan sekuliah Master Corporate Communication UPM saya tentang, saya selalu drive boss saya time out-station. Mereka terkejut, "Kau drive Bos kau Mas? Bos kau tu lelaki ke perempuan?". "Lorhh, lelakilah. Kalau out-station, saya seorang je perempuan!", kata saya. "Gituuu, dahsyatnye perempuan ni!", usik mereka. Saya sengeh. Pelik sangatkah seorang perempuan memandu kereta Bosnya? Mungkin ya pada mereka. Dan, tidak pada saya. =)

Setiap minggu, beri motivasi dan dimotivasikan! Saya tak pernah anggap, modul MAP itu sekadar modul yang mesti disampaikan. Pada saya, selaku penyampai, mesti lakukan dahulu apa yang kita sampaikan. Saya buat! Alhamdulillah, untuk semester 1, saya peroleh 3.75 pointer. Saya guna apa yang saya belajar dan sampaikan dalam MAP! Tak tipu punyaaaa...

Allah tangguh kejayaan saya. Sepanjang saya belajar di Kolej Matrikulasi Perak dan Universiti Sains Malaysia, tidak pernah sekali pun saya peroleh pointer atas 3.5. Paling tinggi pun 3.14 tu je la sekali, semester 1 di KMPk. Dan paling rendah saya pernah dapat 2.00! 2-Flat, semester 6 di USM. Saya tak pernah kisah dan malu pun. Sebab, pada saya dapat keputusan peperiksaan ni bukanlah macam jumpa Malaikat Maut! Maknanya, selagi masih hidup, masih ada peluang dan ruang. Yang penting jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah. =)

Ada ramai juga yang bertanya, mana dapat semangat macam ni? Macam ni la, saya ni memang dari dulu suka bercakap, dan sekarang kerja saya memang bercakap, cakap, cakap, cakap. Jadi, setiap hari, setiap detik saya berdoa pada Allah yang 1, "Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini asbab orang berubah.", saya dapat tips ini daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, Motivator terkemuka Negara.

Bersama Dato' Fadzilah Kamsah di TAMRIN Grand Opening 2011.

Walaupun sentiasa bermotivasi dalam memberi motivasi, adakala, saya emosi. Saya manusia normallah! Dan itulah masanya, saya tidak akan bercakap dengan individu tertentu. Bimbang, tidak mampu kawal emosi, nanti jadi perang mulut. Dah dapat 'dosa kering'. Jadi, bila saya diam dan malas nak bercakap, ada 2 maksud. Pertama, saya memang tengah emo, tahan marah dan yang kedua, saya sedang menahan sakit (tak kirala sakit kepala ke perut ke kaki ke dll).

Saya cuma nak beritahu, SAYA MANUSIA NORMAL! Saya bukan Malaikat. ^^,


Expect the Unexpected!