"Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini, apa kata kalau awak mulakan sapaan maaf kepada dia?", seru saya.
"Huurrrmmm...entahlah. Nak ke dia maafkan saya? Nanti kalau kena herdik caci maki..fuuhh, panas beb!", jangka sahabat saya. (nama dirahsiakan...hehe)
"Kalau dia nak herdik caci maki sekali pun, itu semua dengan izin Allah. Kalau dah terjadi baru dikatakan taqdir. Ni tak, belum apa-apa dah bersangka macam-macam, negatif pula tu! Yang mengawal hati dan perasaan insan ni siapa?", saya cuba membuka kata.
"Allah.", jawabnya ringkas, tanda mahu mendengar seterusnya bebelan saya! Bagus!
"Dah tahu Allah yang memegang hati manusia, kenapa tidak awak minta sahaja pada Allah agar dilembutkan hati dia, dipermudahkan lisan untuk berkata, dilapangkan dada atas yang berlaku. Jangan terlalu cepat meletakkan hukuman pada perkara yang tidak ketahuan. Allah sentiasa mendengar apa yang kita minta, sekalipun sekadar baru terdetik dibenak. Allah itu kan Maha Segala!" - cerita tamat - ^^,
Itu satu contoh peristiwa. Ada banyak lagi, pasti. Cuma dikala ini, itu yang terlintas difikiran saya. Baik, apa yang mahu saya sampaikan adalah berkenaan nilai kebergantungan dan pengharapan insan.
Seringkali lidah kita menuturkan, 'cukuplah Allah bagiku'. Namun, hakikatnya pelaksanaan terhadap apa yang dikata itu jauh sekali kita lakukan. Apabila diuji...lain yang jadi. Kan Allah dah berfirman dalam QalamNya,
Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud: Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami beriman," dan mereka tidka diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan berdusta.
Berkata-kata itu mudah. Ingat, setiap kata yang dituturkan berada dalam pengetahuan Allah dan kiraan pahala atau sebaliknya sudah bermula sebaik diungkap kerana adanya Malaikat di kiri dan kanan yang sangat komited dengan tugas! Selagi tidak terucap dibibir, selagi itu ia tiada dalam catatan Malaikat. Kerana apa yang ada di hati adalah urusan kita dengan Allah.
Astaghfirullah al aziim.
Jika yang terungkap dibibir adalah kata-kata yang meletakkan pengharapan dan kebergantungan kepada manusia atau yang lain selian Allah...mari kita semak semula hati kita. Jika benar Allah adalah pencukup buat kita, mengapa kita masih mengharap dan berharap kepada makhluk? Dalam semua hal, jodoh, kerja, pelajaran, keluarga, kesihatan, kewangan, dan lain-lain. Manusia hanya asbab! Allah jualah yang berkehendakkannya. Hanya jika Allah izinkan, maka jadilah ia.
Kalau Allah kata, "JADI", jadilah. Kalau Allah kata, "MATI", matilah. Usah diragui Usah curigai. Usah serabut. Kan Allah itu yang empunya hati dan jiwa seluruh makhluk? Minta dan serulah hanya pada yang empunya, Allah. Soal Allah nak perkenan atau tidak, itu urusanNya. Kita ni HAMBA sahaja, hanya layak meminta dan yakin dengan kuasa dan ketentuan Allah.
Jangan banyak songeh! ^^,
p/s: lagu Sedetik Lebih ini adalah terjemahan rasa saya terhadap Allah.
Expect the Unexpected!