20090817

Ceritera Graduasi


14 Ogos 2009 - Jam ditangan menunjukkan 8.05 mlm...deringan lagu rabbani 'Ibu Mithali' menyentap fokus pemanduanku, ibu call. "Kami dah sampai USM, ada dekat gate padang ni". "owh...awainya, ok takpa2 ibuayah p masjid dulu rehat2 n solat sat lg kaklang sampai sana. Along otw lg 45 minit sampai, tunggu along sekali la ye". Bermulalah suatu amanah untuk menguruskan keluarga tercinta di P.Pinang...lebih kurang jam 9 mlm semua dah sampai kecuali angah, demam tak larat nk datang awal dr UUM ke USM, sedih sangat tp agenda tetap diteruskan...makan malam yang ditempah khas menanti kami sekeluarga. PHT3262 + NBU2535 + JLD1500, menuju ke Bangkok tempat makan di Bayan Lepas antara tempat pilihanku. Sesudah makan, masanya untuk check-in di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas...along impress sbb die tak sangka menginap di hotel yang islamik pulak tu. 3 bilik untuk kami.

15 Ogos 2009 - Bersiap2 dengan jubah + hood + mortal board, sedari Kompleks TH lg...jam 7.45 pagi terus menaiki PHT3262 bersama ibu dan ayah menuju ke USM. Debaran semakin kencang...kekalutan ditepis dengan kata2 memuji Ilahi. 8.30 pagi, melangkah masuk ke Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) yang tersergam indah dengan pentas konvokesyen yang amat menarik lanskapnya. Bertambah kuat pulak debaran ni macam nk luruh jantung. Sidang ke-7 Upacara Konvokesyen ke-40 USM menyaksikan graduan SM Sains (kepujian) dan SM Pendidikan (kepujian) menerima ijazah masing2. Dimulakan dengan perarakan masuk tetamu kehormat dengan iringan muzik tradisional...entah kenapa, hati disentap rasa sebak yang menyebabkan airmata berlinangan tapi tidak diizinkan untuk tumpah! Mana mungkin tangisan disaat ini...don't cry mas! Melihatkan Naib Canselor, ayahanda Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak sendiri yang menyampaikan ijazah, hatiku sebak lagi! Mungkin kerana lebih mengenali Naib Canselor berbanding Pro-Canselor yang sepatutnya menyampaikan ijazah. Majlis dimulakan dgn SM Sains (kepujian)...makin hebat kencangnya degupan jantung ketika itu...sebab, akan bertentang mata dengan ayahanda Tan Sri NC dan ayahanda Tn Hj Azman, Pendaftar USM di atas pentas penerimaan. Tepat jam 9.30 pagi, skroll sudah berada digenggaman...lega + puas!!! Tiada tangisan...yang terukir hanyalah senyuman kegembiraan.


Namun, pabila pegawai masjid Al-Malik Khalid membacakan doa...inilah kemuncak perasaanku diketika itu. Airmata jatuh berlinangan...dan itulah tandanya hatiku benar2 tenang. Sejurus selesai majlis, terus menuju ke Arenar Shop bertemu ibuayah dan keluarga. Maka bermulalah sesi kamera akan habis bateri...huhuhu. Alhamdulillah, angah tiba jua di USM. Bermula di perkarangan DTSP, tapak konvo, PP Sains Kimia, Rumah Tetamu dan restoran Tomyam Pak Husin tempat makan tengahari kami.


Ibu & Ayah (Hjh Normah & Hj Mansor)


Along (Akmal Hariz) & Kaklong (Siti Syazana)


Angah (Anwar Hisyam)

Azri Hilmi


Amin Zuhaili (kanan) & Ahmad Zulhusni (kiri)


Lepas lunch, check-out kompleks TH, singgah di rumah sepupu di Farlim. Sempat pula la merempit sorang2 naik motor sepupu ke Bazaar Chowrasta untuk dapatkan bekalan belacan Pulau Aman kegemaran ayah dan kiriman Mak Ude untuk cateringnye. Lebih kurang jam 5.20 petang tunjuk jalan ke jambatan dan berpisah di jalanraya je...sedih la plak time tu. NBU2535 + JLD1500 meneruskan perjalanan ke Ipoh. Azri stay sebab bas ke Kuantan dari Butterworth jam 9.30 mlm tu. Alhamdulillah, semua dah selamat sampai ke destinasi masing2. N9, Tapah dan Kuantan. Lega...sebab amanah menguruskan keluarga telah selamat dilaksanakan dengan jayanya dan paling penting sangat puas hati...semua perbelanjaan penginapan dan makan minum ditanggung dengan gaji pertamaku! Syukur ke hadrat Ilahi...~ rezeki Allah yg bagi.

Expect the Unexpected

4 comments:

  1. salam...
    tahniah ya kak mas....semoga kejayaan kak mas hari ini menjadi pembakar semangat kejayaan akan dtg...Kejayaan yg kak mas dpt hari ni tidak akan dtg tnpa usaha dan kesabranmu yg kuat..Moga terus berusaha untuk islam dan untuk mendapat keredaanNYA...
    Ingatlah sesungguhnya Allah menyukai org yg berusaha keranaNya...Lastly mga kita menjadi insan cemerlang dunia dan akhiratttt...i/ALLAH...

    DARIPADA: SITI MARSITAH BINTI JAMIL a.k.a masyi fizik perub...

    ReplyDelete
  2. terima kasih ya masyi...jatuh bangun tu lumrah kehidupan...mcmana2 pun hidup mesti diteruskan (bak kata moon)...hehehe ALL THE BEST!!!

    ReplyDelete