20090827

Hakikat Perkahwinan



1. ketika ingin menikah
janganlah mencari isteri tetapi carilah ibu untuk anak-anak kita
janganlah mencari seorang suami tetapi carilah ayah yang baik untuk anak-anak kita

2. ketika melamar
anda bukannya sedang meminta kepada wali si gadis tetapi meminta daripada Allah melalui wali si gadis

3. ketika akad nikah
anda berdua bukan sahaja menikah di hadapan orang ramai tetapi menikah di hadapan Allah

4. ketika resepsi pernikahan
anda patut menghitung semua tetamu yang hadir yang mendoakan kebahagiaan anda kerana anda harus berfikir untuk menjemput mereka dan meminta maaf kerana mengecewakan mereka dengan perceraian yang anda pilih

5. sejak malam pertama
bersyukur dan bersabarlah kerana anda berdua adalah sepasang anak adam dan bukannya sepasang malaikat

6. hidup selama berkeluarga
sedarilah bahawa jalan yang anda pilih ini tidak bertabur bunga yang indah belaka tetapi penuh onak dan cabaran yang memerlukan kesabaran

7. ketika mula goyah
jangan saling melepaskan tangan justeru makin kuat berpegangan

8. ketika belum dikurniai cahaya mata
gunakan kesempatan untuk berdua menyelami rasa bahagia 100%

9. ketika sinar bahagia muncul kerana kelahiran anak-anak
berikan masing-masing 100% cinta anda :
~ isteri/suami -100%
~ anak-anak - 100%

10. bila tahap ekonomi masih belum stabil
yakinlah rezeki Allah berkadar terus dengan tahap kesetiaan dan ketaatan suami isteri


11. ketika ekonomi kian pulih
jangan lupa jasa isteri/suami kita yang mendampingi ketika zaman derita dan susah


12. ketika mendidik anak-anak
anak-anak mudah menerima didikan andai kita jujur dengan mereka
tidak ada anak-anak yang tidak ingin bekerjasama dengan ibubapa tetapi boleh jadi sekiranya mereka merasakan bahawa ibubapa tidak ingin mendengar dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak.


13. bila banyak tekanan yang menghimpit dirimu
janganlah mencari ketenangan di luar kerana penawar yang sebenar ada di rumahmu:
~ isteri / suami
~ anak-anak

14. ketika memilih corak potret keluarga
pilihlah potret sekolah menuju potret sebuah masjid

15. ingin kekal harmoni?
rasai kebahagiaan bila anda rasa ingin selalu memberi bukan menanyakan hak-hak anda untuk sentiasa menerima

No comments:

Post a Comment