20090828

Menyelusuri taman Ilmu


Minat lama yang baru sekarang berpeluang dilaksanakan. MEMBACA...tp, masih tidak berminat dengan novel. Buku2 motivasi dan keagamaan masih menjadi fokus utama setiap kali kaki ini melangkah masuk ke kedai buku. Sejak penghujung Julai lalu, untuk buku2 sahaja sudah dihabiskan RM200. Pelbagai tajuk buku telah sy miliki dan berada dalam rak meja menunggu giliran untuk dibaca. Antaranya,
  • Satu Rasa Dua Hati
  • 501 Soal Jawab Perkahwinan Islam
  • Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga
  • Tidur menuju Allah
  • Fiqh Wanita
  • Wang, Anda & Islam
  • Nota Hati seorang Lelaki
  • Suskses: untuk Muslimah berkerjaya
  • Bidadari dari Timur
  • Menyingkap disebalik TG NAANM
  • Kemuncup dalam Perjuangan

Di kala ini, giliran buku 'Nota Hati Seorang Lelaki' untuk sy khatamkan. Pada amatan sy, buku ini agak menarik dan pembawaan ustaz Pahrol kali ni benar2 istimewa. Ilmu yang sarat dalam buku ini, mampu membantu dan mengajar semua anak perempuan, isteri, ibu, dan mujahidah dalam memahami lenggok gaya tabiat pelakuan seorang anak lelaki, suami, ayah dan mujahid.

Secara ringkasnya, setiap insan akan berubah peranan dan tanggungjawabnya semakin bertambah dengan meningkatnya usia. Daripada seorang anak yang hanya mahukan itu dan ini, meningkat dewasa menggalas peranan suami/isteri yang pastinya suatu yg baru bagi tiap2 mereka yang baru memasuki alam perkahwinan. Pabila cahaya mata mula hadir, terpikul pula amanah sebagai ibu/ayah yang pastinya mengundang pelbagai rasa di dalam satu jiwa. Tidak semua orang mahu dan sedar tanggungjawab mereka bukan sekadar itu...Mujahid/ah atau lebih sinonim dengan perkataan 'daie' merupakan tanggungjawab dan fungsi utama kita dihidupkan di dunia ini. Namun, pelaksanaan tanggungjawab 'daie' ini pelbagai...ianya terlalu subjektif mengikut pemahaman dan pemikiran tiap2 individu. Islam itu mudah, tp jangan sekali2 memudah2kannya. Itulah kata2 yang menjadi ingatan sy sejak mula benar2 wujud perasaan kehambaan yang nyata dlm jiwa ini. Tiada keraguan...


Nota untuk Anak,

Seorang anak hanya akan menyedari erti sebenar kasih kedua-dua ibubapanya pabila dia sendiri mempunyai anak. Jangan sekali-kali mungkiri kasih kedua-dua ibubapa yang telah tua, nanti anak-anak akan dewasa dengan memungkiri kasih kita.


Nota untuk Suami,

Hubungan kita dengan Allah memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita. Baikilah hubungan dengan Allah untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri. Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri, sekiranya kita sendiri gagal mentaati Allah sebagai hambaNya!


Nota untuk Ayah,

Hadiah terbaik seorang ayah kepada anak-anaknya ialah dengan mencintai ibu mereka. Cintailah isteri nescaya anak-anak akan mencintai kita. Jangan sekali-kali memisahkan kasih antara anak dan ibu, nanti putus pula kasih antara anak dan bapa!


Nota untuk Da'ie,

Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dawahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!
Expect the Unexpected!

6 comments:

  1. abes suma buku disenaraikan.dan suma nya dalam satu kumpulan yang sama.hehehe. Mas..raya ni niat di hati nak g rayo umah ko. Sudi ko terima ziarah aku? hohoho. Nota hati tu dah baca...dan siap hadiahkan kepada semua yang berkenaan. semoga dilapangkan dada dan dimudahkan urusan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. nk datang rumah, takdak hal...dtg je la ape2 pun bgtau dulu takut aku p beraya...bnyak betul yg berkenaan tuuuu hehehe

    ReplyDelete
  3. mas, ana suka la nota2 di atas. semuanya. nak cari gak buku ni!

    ReplyDelete
  4. baik enti p cari kt popular @ MPH cepat2...nanti habis stok huhu, kalau nk pinjam ana punya nanti kena pulangkan...better dapatkan juga. bleh bg bakal suami enti baca juga hehe

    ReplyDelete
  5. kak mas..mira da dptkan buku ni...
    da mule bace pun..baru je bace 1 2 nota..
    da meleleh da kak mas..
    aiyakk...nk kene sediakan tisu kat tepi ble nk bce..ngeh2

    ReplyDelete
  6. tak perasan miera ade comment kt post ni...huhu, life is all about learning dik. keep reading ya! =)

    ReplyDelete