20090813

Kehidupan...

~ Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. [Surah Ali Imran, ayat 160]
mengharungi samudera kehidupan
kita ibarat para pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa tuk berpangku tangan
setiap titis peluh dan darah
tak akan sirna ditelan masa
segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan
Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturna
Al-jihadu sabiluna
Al-mautu fi sabilillah
Asma amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
jihad adalah jalan juang kami
mati dijalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi
Manusia itu semuanya sama sahaja disisi Tuhannya. Yang membezakan mereka adalah darjat ketinggian Iman dan Taqwa yang terpahat dan tersemat indah di hati2 mereka. Iman dan Taqwa itu milik Allah jua, tiada sesiapa pun berhak menghukum orang lain mahupun mempertikaikan keimanan dan ketaqwaan insan. Serulah ke arah kebaikan dengan seruan yang terbaik dan terindah mampu kita seru. Moga2 ada ganjaran dan rahmat untuk tiap2 yang diusahakan.
Expect the Unexpected

No comments:

Post a Comment