Sudah ku bilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisa nya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
kalau patah hati siapa mau nolong
seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey Ladies
Jangan mau dibilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
bila wanita sudah beraksi
dunia hancur
Hey Ladies
Sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semua bohong
Memang lah tak semua laki-laki busuk
namun ladies tetap lah harus waspada
semoga lah kita semua akhirnya
mendapatkan cinta yang tulus
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisa nya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
kalau patah hati siapa mau nolong
seperti langit dan matahari tak bersatu lagi
Hey Ladies
Jangan mau dibilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
bila wanita sudah beraksi
dunia hancur
Hey Ladies
Sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semua bohong
Memang lah tak semua laki-laki busuk
namun ladies tetap lah harus waspada
semoga lah kita semua akhirnya
mendapatkan cinta yang tulus
Tidaklah maksudnya untuk anti-lelaki, namun, cerita2 wanita ditipu, dipermainkan, ditindas, diperdaya dan sebagainya acap kali kita dengari. Samada daripada cerita2 di kaca televisyen mahupun realiti hakikat kehidupan insan2 disekeliling kita. Sy sendiri, pernah berhadapan dengan situasi yang tidak pernah mana2 wanita pun mahukan. Life is all about learning...lelaki harus ingat, bahawa kami, orang perempuan mampu untuk menggoyahkan iman kalian, dan jika ini terjadi, maka dunia pasti hancur. Walau apa pun yang terjadi, sentiasa kembalikannya kepada Sang Pencipta kerana tiada suatu pun yang Dia takdirkan itu sia2. Hargai mereka2 yang menghargai anda. Lupakan mereka2 yang bukan pemegang 'kunci Syurga' kita. Janji Allah itu pasti, buat mereka yang percaya dan yakin serta mengimani Ad-dinul Islam.
Kepada semua ladies, sentiasa ingat bahawa fitrah lelaki itu sukakan kepada kecantikan dan keindahan. Tanyalah siapa pun, tiada siapa mahukan kehodohan dan keburukan. Tetapi, jangan sekali2 berprinsip dengan berpaksikan kepada luaran semata kerana pastinya akan mengundang keraguan kelak. Teman lelaki, memang tidak pernah wujud dalam kamus Islam. Yang ada, hanyalah lelaki muhrim (ahli keluarga; ayah & adik beradik lelaki @ yang boleh melihat aurat kita melainkan pusat ke lutut) dan pastinya insan yang tinggi maqamnya kepada kita, SUAMI. Mengenali, meminati, memahami, merindui, menyayangi, mengasihi...itu semua adalah nikmat perasaan yang dikurniaNya buat kita agar kita sentiasa berkasih2an sesama insan. Namun, jangan tersalah tempat mencurahkan perasaan. Kematangan pemikiran seharusnya wajar pertimbangi yang HAQ & BATIL (yang halal & haram).
Dalam kita mendepani dunia yang penuh dengan godaan dan dugaan ini, sebagai seorang wanita maruah dan harga diri seharusnya dijaga rapi. Apabila keluar, ada adab2 yang mesti dijaga. Pabila di rumah juga ada adab yang perlu diamalkan. Akan sy kongsikan beberapa tips untuk ladies dalam membantu rutin harian anda.
- berjalan di tempat yang ramai orang, pastikan anda pegang erat2 beg tangan anda tambah2 jika berseorangan. sentiasa bawa satu objek tajam untuk keselamatan, tak semestinya pisau...kunci pun ok.
- Menuju ke kereta @ motor, pastikan kunci sudah ditangan pabila jarak kita sudah menghampiri 10 meter. Jika ada yang seakan mengekori, percepatkan langkah dan cepat2 beredar. Untuk kereta, sewajarnya pasang 'auto-lock'.
- Semasa menyalin pakaian di mana2 pun selain rumah anda, amalkan untuk menyalin pakaian di dalam lingkungan diameter kain pelekat @ kain batik. We doesnt know where is the hidden camera and also the 2-mirror images. Watch out on the plug and the mirror!
- Fakta kes, ramai wanita yang dicabul, dirogol dan dibunuh oleh 'insan istimewa' mereka. Antara kisah benar, si lelaki berpakat dengan rakan2nya yang lain untuk merogol teman wanitanya sendiri dengan mengarahkan rakan2nya untuk berpura2 membelasahnya dan melarikan teman wanitanya. Hmmmm...dalam sekelip mata, dunia bagaikan sudah kiamat buat wanita tadi hanya kerana percayakan 'insan istimewa'nya. Biasakan, 'Jangan ingat semua orang itu MALAIKAT'.
- Dendam lelaki, sampai ke mati...jangan sekali2 mencipta kemarahan yang meluap2 buat lelaki dan jangan sekali2 mencabar keegoan mereka secara melampau. Secebis kebijaksanaan mampu merubah segalanya.
Banyak lagi tips2 yang boleh diamalkan oleh wanita, namun, hanya ini dahulu yang mampu saya fikirkan diketika ini. Belajar2lah untuk menjadi IBU yang baik buat anak2 kelak dan carilah AYAH yang baik utk anak2 kita. Agama didahulukan, Syariat diutamakan!!!
Expect the Unexpected!
yah!!! betul3...
ReplyDelete