20100312

The Skill

'uiitt..hang, bila nk update blog? jenuh tunggu dah ni cheq oiii...pasai pa? sibuk ka?', itulah ungkapan yg dilontarkan oleh sahabat sejatiku sambil perli2 hingga telingaku ini semakin 'panas' je. Iyeler Nurul Hidayah Amir Hamzah, ana update ler ni haaaa!


The Unexpected will shocked you once you are so steady, relax and enjoy your life. In my way of thinking, everyday, everytime, every beat of heart, HAD BEEN PLANNED by Allah. Just because we, as a normal human being doesn't and won't know about our own future untill we reached it. Its take me to think and think deeply about the concept of 'lets Allah decide the best' or tawakkal. Islam teached us to obey the Regulation of 'Rukun Iman', 'Rukun Islam'...Islam is all about the way we should take to live in this life of test. With the most golden and uncountable treasure that had been left by Allah's messenger, our Prophet Muhammad PBUH; the Holy Quran and Sunnah. Everything which stated in this guidances was so clear and no objection for any single phrase or words.

Konsep tawakkal yg Islam anjurkan bukanlah berserah segalanya tanpa ada sekelumit usaha yg didahulukan dan dipertaruhkan, tetapi ianya adalah suatu sifat atau terjemahan fizikal terhadap tahap kefahaman insan tentang hakikat aqidah Islam itu sendiri. Aqidah Islam membezakan manusia itu samada ia benar2 beriman dengan sifat2 Allah atau sekadar melaksanakan hukum2 fiqh Islam (taklik buta) yg 'diperturunkan' atau yg 'biasa' dilihat dilakukan oleh orang Islam yg lain. Seharusnya, bilamana kita mengucapkan kalimah syahadah; 'Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah', maka, segala ketetapan, arah tujuan hidup dipasakkan segalanya kepada Allah untuk menentukan. Apa yg mampu difikir, dilaksanakan sehabis daya kudrat yg diberikanNya. Berpegang teguhlah bahawasanya tiada satu pun yg Allah takdirkan itu sia2, tiap2 yg berlaku pasti ada hikmahnya dan itulah yg terbaik buat kita, hanya utk kita...hatta digigit semut sekalipun, cuma terkadang diri kita yg buta tuli untuk melihatkan hikmahnya.

Fleksibel, itulah kata kunci yg pada hemat pemikiran sy yg paling hampir dan selari dengan hakikat tawakkal.
  • Fleksibel pada hati dalam menerima, berlapang dada dengan segala yg berlaku dan tabiat manusia yg lain;
  • Fleksibel pada minda dalam berfikir di dalam dan di luar kepompong kebiasaan berfikir;
  • Fleksibel pada jasad dalam menyampaikan, menyeru Islam kepada ummat manusia.

Perumpamaannya mudah, bayangkan sekiranya kita berada di dalam sebuah helikopter yg ligat berputar di awanan biru nun di atas sana. Cuba kita alihkan pandangan kita ke bawah, melihatkan manusia itu melaksanakan urusan2 mereka mengikut kadar kehendak dan keperluan semasa dan setempat mereka. Tiba2 kita terpandangkan seorang buta yg mahu melintas jalan; sebuah kereta yg sudah bersedia memberi laluannya; dan sebuah motorsikal jauh sedikit dari kereta tersebut sedang memecut laju kerana ingin bergegas ke hospital untuk membantu insan lain yg memerlukan bantuan untuk terus hidup. Lantas, tanpa mereka sedari....dan jauh di sudut hati kita ingin menjerit kepada si buta itu agar 'berhenti!'....namun, kita yg berada nun jauh di atas itu tidakkan pernah bisa didengari oleh mereka akan suara kita. Kita hanya mampu melihat, si buta itu dirempuh oleh penunggang motorsikal; pemboncengnya kehilangan nyawa akibat perlanggaran; pemandu kereta yg tergamam dengan kejadian sepantas kilat lantas menjadikannya trauma. Hanya jika kita berada di atas dan melihat serta mengetahui kemungkinan2 yg bakal berlaku...hanya jika kita di atas! Hakikatnya, Allahlah yg berada di 'atas' itu yg Maha Mengetahui segala sesuatu yg ada di dunia ini. Kitalah, manusia buta itu yg tidak akan pernah nampak apakah yg sedang menghampiri kita; pemandu kereta yg cuba memudahkan urusan orang lain; penunggang motorsikal yg nekad menyelamatkan nyawa...kita tidakkan pernah tahu apa akan berlaku selagi ia tidak berlaku. Namun, Allah berkuasa terhadap tiap2 yg diciptaNya...Dia berhak menggerakkan, membolak-balikkan hati2 manusia itu agar terdetik untuk bertindak; berhenti, berjalan, memandang, mendengar, merasakan, dan sebagainya. Dengan isyarat ini jualah, kita akan selamat @ sebaliknya.

Fleksibel pada hati, andaikata apa yg dihajati itu tidak dapat dimiliki, pasti akan digantikan dengan yg lain yg jauh lebih baik kerana itu yg terbaik buat kita. Didiklah hati agar mampu menerima segala kejahatan dan kebaikan yg diterjemahkan oleh insan lain selaku penyampai atau pemangkin dalam Allah ingin memperlihatkan agar kita bisa memiliki hati yg fleksibel. Masa hadapan itu terlalu sukar diperkatakan, mungkin menenangkan hati, mungkin jua menyerabutkan jiwa...hati yg fleksibel tidakkan mudah terngadah dengan apa yg mendatang.

Fleksibel pada minda, tidakkan pernah berhenti otak manusia itu berfikir, merancang dalam memastikan kehidupannya terus terisi. Berfikir itu rahmat, terlaksananya apa yg difikir dan dirancang itu nikmat, kegagalan dalam perancangan itu ada hikmahnya, kerana itu yg terbaik...terbaik hanya buat kita. Allah timpakan hakikat yg berlawanan daripada apa yg dirancang itu, agar kita terus berfikir dan merancang untuk melaksanakan. Prosesnya tidakkan pernah terhenti. Namun, bilamana kita berfikir dan merancang itulah akan mendatangkan usaha untuk merealisasikannya dan sekiranya berjaya, kita akan terus merancang dan berfikir; dan sekiranya gagal, kita akan tetap berfikir dan merancang. Tiada yg muktamad!

Fleksibel pada jasad, bukanlah maksudnya tubuh badan kita ini mudah diliuk lentur. Kebolehupayaan fizikal kita dalam menterjemahkan dan menyampaikan Islam mengikut kesesuaian keadaan dan suasana setempat. Analoginya; lain gelas, lain sukatannya walaupun acuannya sama, 2 gelas air. Bilangan sukatan 2 akan memberikan isipadu yg berbeza untuk 2 gelas yg berbeza bentuknya. Bila isipadu air sudah berlainan, kari yg mengiurkan jadi tersekat selera! dek kurang @ terlebih air. Bila berada dalam kelompok ilmuan, tampilkanlah ilmumu itu selagi tidak menunjuk; bila di dalam golongan bawahan, sembunyikan ilmumu itu selagi tidak ditindas...jika kita fleksibel, segala yg berlaku samada baik @ sebaliknya, tidakkan pernah terdetik prasangka buruk pada hakikat taqdir itu.

Jujur sy katakan, sejak sy fleksibelkan hati, minda, dan jasad ini...segala yg tak dijangka itu adalah suatu yg sebenarnya dinanti dan terlalu besar hikmahnya. Perancangan hidup itu selalunya akan berubah dan dirombak dengan dahsyatnya oleh sang Pencipta. Sy tidak pernah menjangkakan apa yg sy miliki sekarang, akan sy miliki suatu masa dahulu. Apa yg sy tahu dan pasti...pasakkan keyakinan seteguhnya pada pemilik mutlak hidup kita, Allah untuk menetapkan, menentukan segalanya. Sy sekadar mengharungi apa yg terbaik buat sy, diciptakan khas olehNya buat diri ini...hanya diri ini!

I do excited, waiting for the Unexpected rather than the Expect things in my life! Just like we driving a car in a road, what ever junctions, traffic lights, R&Rs, animal cross the road, and etc. the journey must goes on and the skills of driving will give you a credit to having a joyfull journey ever in your life!......GET THAT SKILLS, otherwise, its will bored you damn much!!!

Expect the Unexpected!

No comments:

Post a Comment