20100709

Transition Mode

Maka, bermulalah fasa peralihan buat diri sy. Daripada kerjaya 'ahli kimia' or chemist...kepada satu bidang kerjaya yang baru, 'perunding motivasi' atau trainer. Notis sebulan telah selamat diserahkan kepada yg berkenaan di Daibochi Plastic (1-30 Julai 2010), tetapi hari terakhir sy di Daibochi pada 21/07/2010 (tolak cuti tahunan, 7 hari). Kiranya ada kurang dari 2 minggu utk sy melatih 'bos' sy mengendalikan GCMS ;p

Setelah tamat tugas di Melaka, akan terus melapor diri untuk mencurahkan bakti & taat setia kepada 'boss' baru! Sy belum bersedia memaklumkan kepada semua, dengan company manakah sy bernaung sebagai 'perunding motivasi' ini. InsyaAllah, setelah rasmi melapor diri, dan selesai menandatangani perjanjian...akan dihebahkan jua ;)

Ke arah menjadi seorang trainer wanita yg berjaya, sy sedang menghabiskan buku2 yg telah sy miliki dalam aturan rak buku di bilik sy utk menambahkan pengetahuan. Bak kata ayah, 'ini satu peluang buat kaklang, utk menyumbang kepada masyarakat, Agama & Negara. bukan senang nk 'bentuk' manusia...'. Justeru, sy mesti banyak membaca, mentafsir, memerhati, menilai setiap perkara yg sy lalui dan hadapi. Terasa seperti saraf2 otak mula berhubung!

Jadual hidup sy akan berubah dengan mendadak selepas ini! Di kala orang ramai berehat dihujung minggu, sy harus bekerja...di kala mereka bekerja, sy berehat (^,^) [bunyinya mcm menarik & seronok...we'll see]. Apa pun, hidup mesti diteruskan. Sy pernah 'jatuh', sy pernah 'terduduk', sy pernah 'berlari', sy pernah 'terbang'...mungkin untuk kerjaya baru ini, sy akan rasa apa yg belum sy rasa! Ini jalan yg sy pilih, walau apa pun yg mendatang akan ditempuhi jua...nasihatkan sy jika sy seakan lalai, tegurlah sy kiranya sy lupa daratan!

~ Tiada daya & upaya melainkan dengan izin Allah ~


Expect the Unexpected!

No comments:

Post a Comment