Seringkali dalam kalangan masyarakat yang menyeru ke arah ma'aruf, menggunakan istilah ini untuk mengecam budaya zina remaja;
JANGAN HAMPIRI ZINA
(ayatnya berbentuk negatif kerana adanya perkataan negatif seperti 'jangan')
Sedar atau tidak, fungsi otak manusia itu tidak pernah selari dengan seruan yang berunsur negatif. Baik, cuba bayangkan sekarang, seekor beruk memanjat pokok. Apa yang kita fikirkan? Bahasa otak adalah gambar! Otak tak faham bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan sebagainya. Otak faham gambar, sebab itu bila kita berfikir, kita menggambarkannya di dalam otak kita. Baik, sekarang tolong JANGAN gambarkan seekor beruk naik basikal!....kenapa kita tergambar juga seekor beruk sedang menaiki basikal? Sebab otak kita tak faham perkataan negatif, otak tak faham perkataan TIDAK, JANGAN, USAH, dan sebagainya.
Contoh, 'Mulai dari hari ini, saya TAK MAHU bangun lewat lagi', ayat ini positif ke negatif? Ini ayat negatif! Bila kita sebut, apa yang kita bayangkan? Bangun lewat...betul ke tidak? Sebab tu, ramai pelajar tak cemerlang sebab ikrar yang dilontarkan pada diri mereka sendiri berbentuk ayat yang negatif dan otak menggambarkan apa yang mereka tidak mahu, bukan yang mereka mahu. Sebetulnya, 'Mulai dari hari ini, saya MESTI bangun awal!', apa yang otak kita faham? Bangun awal...betul ke tidak?
Contoh satu lagi, bila anak-anak berlari ke sana ke mari bermain sesama mereka, ibubapa sering berkata 'JANGAN LARI!'. Agak-agak, anak tadi berhenti berlari atau tidak hiraukan arahan? Otak tak faham perkataan 'jangan', yang otak faham adalah 'lari'. Sebab tu anak-anak masih berlari tak hirau ibubapanya yang marah. Sebaiknya, katakan kepada mereka, 'DUDUK DIAM!', apa reaksi anak agaknya? Otaknya membaca perkataan 'diam', agaknya anak tu duduk diam ke berlari? InsyaAllah akan duduk diam.
Jadi, bila kita tahu yang fungsi otak kita ini tidak faham perkataan TIDAK, JANGAN, BUKAN dan sebagainya, ayat seruan kita mestilah ayat positif! Ayat yang menyatakan apa yang kita mahu bukan apa yang kita tak mahu. Kita tak mahu remaja terlibat dengan zina, kita tak mahu makin ramai anak zina yang dibuang, dibunuh, ditanam hasil dari perbuatan zina. Apa yang kita mahu? Kita mahu remaja menjaga maruahnya, kita mahu keturunan umat Muhammad SAW di akhir zaman ini adalah dari keturunan yang baik-baik salasilahnya, jelas nasabnya, hasil daripada ikatan nikah yang sah dan menghalalkan!
2 Bulan saya berfikir tentang ISTILAH atau KATA SERUAN yang boleh diterima semua peringkat kefahaman remaja khususnya, dan masyarakat amnya. Bukan maksud saya, ayat 'JANGAN HAMPIRI ZINA' itu salah. Secara logiknya, dari ayat tersebut, apa yang kita faham? Apa yang otak kita baca? ZINA...itu yang tergambar di otak kita! Sebab tu, remaja yang 'kurang faham' agama ni, tak dapat nak mengawal minda mereka. Otak kita tak faham 'jangan', yang otak baca adalah 'zina'. Ia suatu yang sangat kompleks kerana, memang ayat asal dalam Al-Quran yang Allah firmankan, 'Laa tak robuzzina; Janganlah kamu menghampiri zina'. Ceritanya adalah, bagaimana kita mahu seruan kita memiliki pengaruhnya dan mempengaruhi otak yang membacanya.
Maka, tercetuslah satu ayat seruan yang panjang sedikit daripada yang di atas;
AKAD FIRST, THEN COUPLE
AKAD DAHULU, BARU BER'COUPLE'
Ayat ini mengandungi 2 kata seru, yang pertama, AKAD FIRST, kita menyeru dan menanam di dalam otak masyarakat untuk memuliakan dan mengutamakan AKAD NIKAH dalam urusan cintanya. Akad nikah itu sendiri adalah suatu aktiviti yang memuliakan ikatan, tautan hati antara 2 manusia. Ikatan yang mulia menghalalkan perlakuan manusia dan insyaAllah mulialah hasilnya! Kata seru kedua, THEN COUPLE, bila ber'couple' sebelum akad, segala yang dilakukan seperti keluar bersama, bermesej, bercakap telefon, melihat gambar (tanpa ada sebarang keperluan syariat) menghasilkan DOSA kerana si dia tidak halal bagi kita dan tidak selayaknya mendapat kasih sayang dan perhatian kita. Tetapi, jika ber'couple' selepas akad, segala yang dilakukan mendatangkan PAHALA kerana si dia halal bagi kita dan selayaknya kita menyayangi dan disayangi.
Mungkin ada yang tidak setuju dengan ayat di atas, ianya sekadar cetusan idea saya yang terhasil dari akal yang dangkal ini. Sekadar ingin berkongsi dengan yang sudi membaca.
Wallahualam..
Expect the Unexpected!
Nampaknya saya bersetuju dengan artikel cik Puan ini...teruslah mencari ayat-ayat positif untuk membangunkan generasi seusia kita.Jangan berhenti!(Mesti anda terbayang berhenti bukan?)hehe
ReplyDeletelebih baik: TERUSKAN daripada Jangan Berhenti! =)
ReplyDeleteterima kasih atas komen Tuan, insyaAllah ada banyak lagi nak diartikelkan di dalam blog ni, cuma masih cuba mencuri masa...sedang berusaha menjadi pencuri masa! ^^,