20101110

Biji Kopi

Di dalam 3 buah periuk, isikan air dan letakkan di atas dapur. Masukkan beberapa potong lobak ke dalam periuk pertama; telur, dalam periuk kedua; dan serbuk kopi, dalam periuk ketiga. Panaskan ketiga-tiga periuk selama 15 minit. Kemudian, keluarkan isi dari ketiga-tiga periuk, perhatikan apa yang terjadi.

Lobak, yang sebelumnya keras menjadi lembik.
Telur, yang tadinya lembut menjadi pejal.
Kopi, masih tetap kopi, dan memberikan keharuman dan warna pada air.

Ironinya, periuk dan air yang dipanaskan itu melambangkan masalah yang kita hadapi setiap hari, manakala ketiga-tiga benda di dalam periuk itu menunjukkan keadaan mental kita selepas menghadapi masalah.

Lobak, melambangkan individu yang pada mulanya tegas, teguh pendirian dan nilai-nilai hidupnya. Sentiasa berusaha supaya bersikap jujur dan sanggup bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Dan bila berhadapan dengan masalah dan cabaran hidup, tekanan persekitaran ataupun keadaan keluarga yang kucar-kacir, keadaan mentalnya menjadi lemah, tidak berani membuat keputusan sehingga prinsip dirinya berubah.

Telur, melambangkan individu yang pada mulanya lemah lembut, memahami perasaan orang lain dan sanggup melayani orang lain. Dan bila masalah besar menerjah bertubi-tubi, menjadikannya mudah tersinggung, keras kepala, menyusahkan orang lain dan egois.

Kopi, melambangkan individu yang kewujudan dirinya tidak berubah sekalipun beban dan masalah menghimpit dan menekan sedemikian rupa. Seperti kopi, mampu memberikan warna dan keharuman kepada persekitarannya. Ia tidak mengeluh dengan masalah dan beban yang dihadapinya. Tidak keluar dari mulutnya sebarang keluhan atau ucapan-ucapan negatif. Walaupun menghadapi persoalan yang begitu berat, dia tetap optimis, malah sanggup berkongsi pengalaman agar orang lain tidak mengalami masalah yang serupan dengannya.

Setiap orang pasti berdepan dengan masalah, dugaan, cabaran dalam hidup yang silih berganti, datangnya tak diundang, baik dalam urusan pekerjaan, keluarga, mahupun peribadi. Ada yang tidak mampu menangani masalah dengan berkesan. Ada juga yang bersyukur dengan segala masalah kerana keadaan yang merumitkan inilah yang dapat melahirkan potensi diri sebenar.

Cara kita memandang terhadap masalah menentukan siapa kita. Samada menjadi umpama lobak, telur ataupun kopi, semuanya bergantung atas cara kita bertindak balas terhadap masalah.

Begitu jugalah dengan orang disekeliling kita, mereka mengharapkan keharuman dan warna indah dari kita ketika mereka menghadapi gelombang masalah yang sukar ditangani. Apa sebenarnya yang diharapkan oleh anak-anak daripada ibubapanya? Kesan daripada ibubapa yang akan mereka ingat seumur hidup mereka adalah ketika menghadapi masalah dan dugaan hidup, ibubapa mampu menjadi biji kopi buat keluarganya. Bukan harta yang banyak, tetapi contoh teladan yang diberikan, terutama ketika berdepan masalah. Kata-kata yang keluar dari mulut ibubapa bukanlah keluhan dan rintihan, tetapi ibubapa yang sentiasa bersikap optimistik dan mengajak seluruh anggota keluarga bersandaran pada Allah yang mengatur segalanya.

Dalam kerjaya anda, majikan tidak hanya memerlukan pekerja yang cekap dalam menyelesaikan tugasnya, tetapi juga memerlukan pekerja-pekerja yang sanggup menjadi biji kopi ketika berhadapan dengan beban danmasalah kerjanya. Pekerja 'biji kopi' yang mampu mengharumkan nama syarikat dan organisasi dengan kata-kata optimis, bukan hanya pandai memberikan kritikan dan cercaan tanpa mahu berbuat apa-apa. "daripada menyalahkan kegelapan, lebih baik ambil sebatang lilin dan nyalakan!". Maka, jadilah 'biji kopi'!

"anda mengeluh kerana mawar yang berduri ataupun bergembira kerana duri melindungi dan membungakan mawar."

Expect the Unexpected!

No comments:

Post a Comment