20090731

Email to Vice Chancellor USM


Assalamualaikum Tan Sri.

Selaku Ko-ordinator Eco-Desa: Saujana juga PKS Desasiswa Saujana yang dilantik oleh Prof Madya Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim, Penggawa Desasiswa Saujana, untuk membantu Desasiswa Saujana khususnya dan Universiti amnya dalam menjayakan projek yang berkonsepkan Desasiswa Lestari, saya, Nur Mastura Mansor memaklumkan perkembangan terkini Eco-Desa: Saujana (EDS).


Terdapat 5 bahagian atau 5 projek yang kami laksanakan bertemakan kelestarian iaitu;

1. Cekap Tenaga mendapat kerjasama penuh daripada Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) dan Jabatan Pembanguanan dan ia melibatkan perubahan fizikal prasarana di Desasiswa Saujana. Antaranya, pemasangan lampu LED, sensor elektrik dan panel solar pada perhentian bas sedia ada. Audit cekap tenaga secara manual dari bilik ke bilik pelajar adalah kayu ukur kami terhadap tahap penggunaan elektrik yang efisyen. Pemantauan dan rondaan oleh unit rondaan pada kala masa yang telah ditetapkan, membantu penghuni untuk bersama-sama mematikan lampu dan memberikan info kepada penghuni. Setiap penjimatan penggunaan elektrik akan mengurangkan bil elektrik bulanan. Pengurusan Kelestarian dari sudut ekonomi.

2. Saujana's Edible Garden adalah satu kawasan dimana sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam di kawasan ini. Contohnya, serai, kucai, cili, bendi, betik, pisang dan sebagainya. Edible Garden bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan kawasan lapang yang terdapat di kawasan desasiswa Saujana dengan bijak. Selain itu, penanaman sayuran di kawasan tersebut adalah bertujuan untuk menghijaukan kawasan yang ada. Sayuran yang berjaya ditanam akan dijual kepada pengusaha kafe Desasiswa Saujana pada masa akan datang. Kawasan penanaman sayuran tersebut adalah berhampiran dengan perhentian bas dihadapan Kafe Saujana Restu. Kami juga melaksanakan pengkomposan sisa makanan untuk dijadikan baja organik yang akan digunakan di Edible Garden. Kami mendapat khidmat nasihat dan kepakaran melalui Dr. Hasnah Md Jais, PP Sains Kajihayat. Kelestarian Alam.


3. Eat-Reward merupakan inisiatif untuk memberi kesedaran serta menggalakkan penghuni Desasiswa Saujana menikmati hidangan mereka di kafeteria atau hanya menggunakan bekas makanan dan minuman mereka sendiri (elakkan pembungkusan). Baucer makanan RM3 dan minuman RM1 akan diberikan kepada penghuni yang berjaya mengumpulkan 20 cop (kafe yang sama sahaja). Pelaksanaannya, penghuni membeli makanan RM2.50 ke atas dan minuman RM1 ke atas dengan makan dan minum di kafe atau membawa bekas makanan atau minuman sendiri sahaja yang akan diberikan cop. Penghuni juga digalakkan untuk meletakkan pinggan ke dalam bekas yang disediakan. Projek ini mendapat sokongan daripada Prof Lee Lik Meng, Kampus Sejahtera dan semua pengusaha kafetaria Saujana serta akan bekerjasama dengan MPD Restu dan pengusaha kafetaria Restu pertengahan semester ini. Kelestarian Alam, Ekonomi dan Sosial.

4. Kitar mata mengetengahkan konsep alternatif kitar semula secara kiraan mata. Penghuni digalakkan mengumpul sendiri barangan yang boleh dikitar semula. Barangan tadi, ditimbang dan berat setiap barang akan ditukar kepata mata mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan mengikut ciri-ciri barang. Mata yang dikumpulkan di dalam kad matrik pelajar boleh digunakan (redeem) di Cyber Saujana (makmal komputer) dan D'Stor (sistem penyimpanan barang semasa cuti). Projek ini dibantu oleh Dr. Widad Ismail, PP Kejuruteraan Elektrik & Elektronik yang mendapat bantuan peruntukan daripada Prof Asma Ismail, TNC RI, serta Cik Nur Razeany Mohamad Razlan, Penolong Penggawa Desasiswa Saujana & PPKT Induk dan En. Mazlifendirizan Md Rejab, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT Kampus Kejuruteraan). Projek ini bagaimanapun masih belum dapat dilaksanakan kerana terdapat masalah teknikal pada mesin penimbang.

5. Kempen merupakan nadi kepada EDS kerana unit ini yang banyak mempromosikan EDS dan menjalankan sebaran maklumat berkenaan EDS kepada penghuni Saujana dan seluruh masyarakat kampus. Mencipta logo EDS yang melambangkan identiti kami, menyiapkan rekabentuk, mengedar dan menampal serta menggantung poster, kain rentang, buku panduan dan juga edaran berkenaan EDS. Mewujudkan dan menyeleggara blog khas untuk EDS sebagai medan penyaluran pelbagai maklumat berkenaan EDS kepada sukarelawan dan penghuni (http://eco-desasaujana.blogspot.com/). Terkini, pada pelancaran Expo-ICT Heboh Buku yang lalu, unit ini telah menggerakkan sukarelawan untuk mempromosikan EDS kepada VIP yang dihadiri oleh TYT Pulau Pinang dan semua pengunjung yang hadir.

Terdahulu, saya selaku Ko-ordinator EDS telah diberi peluang untuk menjadi panel program Generasi Y yang disiarkan secara langsung melalui saluran RTM1 pada 4 Julai yang lalu untuk memperkatakan berkenaan 'Teknologi Hijau Dunia Lestari' bersama-sama Prof Hanafi. Terima kasih kepada En. Mohamad Abdullah, PRO. Alhamdulillah, EDS semakin dikenali dan diterima. Keesokannya, kami telah mengadakan Seminar Kelestarian kepada penghuni Desasiswa Saujana tahun 1 berkenaan EDS secara lebih mendalam. Melalui borang soal selidik sebelum dan selepas seminar, secara rawaknya, penghuni baru ini amat teruja dengan pendekatan pembangunan lestari yang dilaksanakan di desasiswa Saujana.

Kami, menjalankan semua projek dan perancangan ini dengan bersumberkan peruntukan APEX yang diamanahkan oleh ayahanda, TNC HEPP Prof Omar Osman, sebanyak RM 50,000 dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan sangat baik. Pelbagai pembaharuan method ke arah melestarikan pemikiran dan suasana di desasiswa Saujana dapat kami laksanakan. Ayahanda TNC HEPP juga berbesar hati untuk menambah peruntukan EDS sebanyak RM 20,000. Syukrillah.

Pada awal september akan datang, saya dan Dr.Zainal Abidin Sanusi, RCE-Penang @ USM akan merancang untuk mengadakan bengkel 'Sustainability Leadership' kepada semua sekretariat EDS agar mereka lebih merasai tanggungjawab sebagai insan dalam mengurus alam dan kehidupan mendatang. Bengkel tersebut dibiayai sepenuhnya oleh RCE. Secara peribadinya, saya yakin pembawaan di dalam bengkel ini mampu mengubah persepsi peserta terhadap kelestarian. Ini adalah kali ke-3 saya mengikuti bengkel ini. Kali pertamanya sebagai peserta, kali ke-2 sebagai fasilitator dan kali ke-3 sebagai ko-ordinator EDS.

Seinfiniti terima kasih diucapkan kepada Tan Sri atas sokongan dan galakkan terhadap projek EDS ini. Selaku mantan MPPUSM 07/08 di mana pada ketika masih menyandang amanah, USM diiktiraf sebagai APEX U (September 2008), saya rasa amat teruja untuk membantu dalam menjayakan misi tersebut. Didorong dengan pengalaman ke Jepun bersama rakan-rakan MPP yang lain dan Dr. Zainal, saya berasa amat terpanggil untuk memberi dan melaksanakan konsep kelestarian yang saya perolehi ini diperingkat desasiswa. Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua dan Tan Sri, saya amat menghargainya.

Sekian dahulu informasi berkenaan EDS. Insya-Allah, laporan penuh KPI akan berjaya disiapkan pada penghujung Semester ini. Bagaimanapun, laporan dari semasa ke semasa akan dikemaskini.


Terima kasih, Tan Sri.

"Ke Arah Melestarikan Desasiswa Saujana"
'Keunikan Suatu Keistimewaan'

-Nur Mastura Mansor-
nur_mas2ra@yahoo.com
013-2355801

Expect the Unexpected

20090729

Cuti2 Malaysia...jom!

luruihlah jalan payakumbuh...babelok jalan kayu jati...dima ati indak karusuah...ayam den lapeh ai ... ai ... ayam den lapeh

mendaki jalan padangsikek...menurun jalan ka biaro...di ma ati indak kamacetek...awak takicuah ai ... ai ... ayam den lapeh

sikur capang sikur lapeh saikur tabang saikur lapeh...lapehlah juo nan karimbo ailah malang juo...pagaruyung batu sangkar tampek bajalan urang baso...duduk tamanung tiok sabanta...oi takana juo ai ... ai ... ayam den lapeh


....Donga lagu2 nogori ni laie la raso nk balik umah yo. Layan yo la...kek penang mano nak carik lagu2 macam ni. Actually, lagu Ayam den lapeh ni adalah bahaso Minang...Loghat nogori sekarang ni Minang yang dimodenkn...takdo la bunyi eh mcm Minang...tp still org nogori lain tak paham2. Rindu pulak dek leteran2 and bebling makcik2 kek umah tu. Loghat ni paling best kalau donga maso orang tongah marah2...sodap bunyi eh...heeeeee
....Makanya, akan bermulalah sebuah episod pengembaraan. Penang - Sg Petani - Bukit Merah - Taiping - Sg Petani - Penang - Pedas (Podeh)...antara PHT3262 @ bas ekspress @ MAS/AirAsia, masih menantikan keputusan majlis syura IBUAYAH...hehe apa pun, matlamatnya 1, iaitu pulang ke teratak indah 351, Desa Permai Pedas...cuma cara nk sampai je yang berbeda antara cepat @ lambat. Samalah dengan hidup ni, matlamat kita Akhirat yang kekal abadi...Syurga @ Neraka. Ikut la mana pun jalannya akan sampai jugak...ada yg pilih nk melalui jalan yang penuh mewah dgn dunia, menguasai manusia, menindas manusia...ada yg pilih jalan yg penuh kesederhanaan, tenang, berbudi pada manusia, beramal jariah...ada juga yg tiada pilihan dan terpaksa melalui jalan yg beronak duri ranjau, dugaan silih berganti, ditarbiyah sepanjang perjalanan. Tak kira apa pun, kita akan sampai juga...antara 2 persimpangan; Syurga @ Neraka...seperti bumbung yang berlubang bnyak. Sumber cahayanya 1 tetapi, tembusan cahayanya bnyak...cahaya yang satu itulah ALLAH...tembusan cahaya itulah NURUL HIDAYAH (ehhh bukan2...petunjuk la) dan cahaya kebenaran yg dikurniakan kepada umatNya. berfalsafah plak...ngeeee
....Alhamdulillah, report bajet APEX untuk Eco-Desa: Saujana telah berjaya disiapkan dengan penuh hematnya. Perbelanjaan yang telah dan akan disenaraikan mengikut kadar keperluan yang optimum. Tiada berlebihan dalam berbelanje ye...Kalau ada yang tak puas hati gak tak tau la...dok bising2, dapat bajet payah, nak perabih pun payah...hishhh, amik la duit tu bawa p Akhirat sok. Apapun, amanah yang dipikul telah dan akan dilaksanakan sebaik mungkin kerana NIATku bukan kerana DUIT...tapi fokus utamanya, adalah ISLAM itu sendiri, demi agama ALLAH.
Expect the Unexpected

20090727

Masanya telah tiba..



the time is now...

hati sudah mula memberikan isyarat...petanda untuk 'gunung berapi bakal meletus'...lebih baik persipakan diri sebelum letusannya terkena insan yang tidak berdosa. ya, aku mesti buat sesuatu sebelum terlambat.


urusan2 kerja mesti diselesaikan...yes, of course i'm struggling for that...speed up everything...and again, the problems come up sudden. huh, i'm tired already...its too much things i must think in one time...it makes me crazy.

nekad...kali ni, apa nk jadi, jadilah...otak, hati, jiwa ini perlu berehat...bukan lama pun...hanya seketika untuk mengumpulkan semula tenaga dan kekuatan. ya, masanya telah tiba untukku pulang...pulang tak bermakna aku telah menyerah kalah...kepulangan ku suatu yang dinanti, pastinya mengundang senyuman riang insan yang bertakhta di hati ini.

menjelang majlis graduasi...pelbagai perkara kene fikir...dari setibanya keluarga tersayang ke pulau mutiara, makannya, penginapannya, studionya, rehatnya, perjalanannya...semua perlu diteliti agar kehadiran mereka dari jauh tidak tersia. bila lagi nk memanjakan insan2 tersayang.

antara minat dan tanggungjawab...antara meminta dan dipinta...the time is now, to decide the best. for me, my future, my religion, and my fate. istikharah...is the method for the better sign...but its not that easy to see the signal. hnya mereka yang layak dapat melihat...mungkin tidak bagiku. apa pun, apa yang terjadi itulah yang terbaik utkku. tiada penyesalan...teruskan.

~ entry yg merepek...sbb jiwa tgh kacau

20090723

Most Important Person


Ayah...ibu, ampuni dosa kami semua
Ayah...ibu, doakan kami dunia dan akhirat
Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan takwa
Mengajar kami muliakan Agama
Ayah...ibu, berkorban jiwa berkorbankan harta
Ayah...ibu, semoga Allah tinggikan darjatmu
Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di Barat
Kau amanahkan Al-Quran dan Sunnnah
Jadi panduan di akhir zaman
Belaianmu masihku terasa
Ya Allah tempatkan mereka di Syurga
Kami cintakan Allah
Kami kasihkan Rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu
With Love...Miss you much, IBU & AYAH
For you, Ayah...
Di sisi ibu dirimu setia menanti lahir anakmu menambahkan seri bersama alunan memuji Ilahi di telingaku kanan dan kiri. Hari-hari makin mendewasakan hidupmu tabah menongkah cabaran dalam mendidik amanah Tuhanmu sabar melayan kerenah yang seribu. Titisan keringatmu menyubur kehidupan berhujan berpanas tidak diendahkan. Dirimu tetap gigih menuai rezeki menjadikan mimpi satu realiti. Biarku tawar rumah yang berjuta biarku hampar selaut mutiara tak mungkin terbalas segala jasa yang tidak ternilainya. Oh Ayah, akan ku bukti padamu curahan kasih tidak ku siakan mencapai cita jua kejayaan akan ku bela nasibmu di hari tua.
...Terkenang memori 1 Muharram @ 5 September 1986...jam 11.35 pagi, Jumaat...

Asbiru wa sobiru wa robitu wattaqullaha la'al lakum tuflihun...


** posting kali ni dalam bahasa malaysia.

Salam Sya'aban.

entah kenapa...lagu ini, kiblatku...amat menyentuh hati yang sememangnya terlalu mudah diusik dan terusik. mungkin kerana agak tertekan dengan situasi dan keadaan sekeliling yang menghentam jiwa yang semakin lemah...kekuatan ku seperti ditarik2. setiap kali diri ini dikecam, dihina, dipandang rendah...ibuayah, ingatan pada mereka semakin kuat dan meruntun hati ini untuk pulang ke pangkuan mereka. tapi, apakan daya...amanah ini perlu diselesaikan. tanggungjawab ini mesti dilaksanakan kerana niat anakmu ini hanya untuk kesejagatan ummah, membawa mesej Islam dalam konteks kelestarian dan membantu membawa dan menjayakan misi APEX universiti yang diletakkan di bahu ayahanda Naib Canselor dan Timbalan2 Naib Canselor. dah lama pipi ini kering...bukan kering kerana terlalu bahagia dan gembira...sifat sabar yang Allah kurniakan dlm jiwa ini membuatkan air mata disedut2 agar tidak tumpah walau sehebat manapun halangan dan dugaan yang melanda. namun, kali ini...bagaikan masanya telah tiba untuk mengumpulkan semula kekuatan...ya, beruzlah...masa yang amat bermakna buat diriku..bermuhasabah diri dan mencari2 kekuatan dan ketabahan agar hati dan jiwa ini terus2an bersabar menempuh segala yang bakal menanti...perjalanan ku masih jauh...berseorangan @ berteman, itu ketentuanNya...hidup mesti diteruskan.

sejauh manapun ku berlari menggapai hasrat yang terpendam...biar berkali rebah ku bangun walau payah...ku himpun kudrat dan harapan mengiringi azam yang usang...sinar seakan pudar...Bila terbit sang suria begitulah semangat tegar...meskipun musim kan silih berganti ku terus melangkah...daku gagahi mencari arah oh Tuhan sinarilah kiblatku...keringat diteman embunan kicau unggas turut berdoa...purnama bagai tenangkan perang di dalam hati...ku himpun kudrat dan harapan mengiringi azam yang usang...sinar seakan pudar...Bila terbit sang suria begitulah semangat tegar...meskipun musim kan silih berganti ku terus melangkah...daku gagahi mencari arah oh Tuhan sinarilah kiblatku...dalam sujudku ada kesyukuran ...dalam mimpi ada sedih...menghantui andai ku alpa gamit kejayaanku...berkiblat padaMu hanya satu...Bila terbit sang suria begitulah semangat tegar...meskipun musim kan silih berganti ku terus melangkah...daku gagahi mencari arah oh Tuhan sinarilah kiblatku

Expect the Unexpected.

20090722

Appreciate




In the name of Allah Most Gracious Most Merciful...

Never in my life, i expect to get something that all people want it.
  1. As picture above, me & my friends of Studen Representative Council USM 07/08 at United Nation University, Tokyo, Japan. 1 week journey to Japan...most technological country and of course most sustainable place. Too much knowledge and valuable things i'd collect there. So meaningfull for me to go through my life.
  2. Be a popular in an hour as a panel of TV show, Generasi Y produced by RTM1 (live). So suddenly, many eyes was looking at after the unexpected happen. As an effect of that also, my project; Eco-Desa: Saujana got so many publisity and well known among USM buddies. Thats good, at least people know that this Sustainable World is serious and can be done.
  3. And now, my task is wider...R&D of the project must be submitted by this end of month @ early next month. Waahhh...its make me carzy with those statistical data and also numbers.
Are you sure, mas?...to go through all this?does u got the tallent?...dear my heart and soul, Allah is always with you..dont you remember once ago, you didnt expect to be selected as student representative for School of Chemical Sciences, September 2007, because of the races ratio was not give you a lighter chance to win...what did you do?you put your trust, 100% to Allah to decided the best, right?then, which ever happen is Allah's answer for you...the best, only for you, Nur Mastura Mansor.

Late evening yesterday, mom called: 'Mas, ada surat sampai kek umah...dari SPA'. "surat SPA?? panggilan interview ko, bu?jawatan yg mano satu?". 'Jap, ibu nengok an...pekso komasukan utk PTD kek somban, bulan 8 ni'. "PTD???hurmmm...yolah, nanti kaklang balik umah minggu tu. Apo laie tulih eh?". 'Ado 5 bahagian...pengetahuan Malaysia, slosaikan masalah, pomahaman esei, esie bahaso melayu, esei bahaso inggorih'. "Uuiiiaaiii...bnyak bona bahagian eh. takpolah, bu nanti kaklang balik la. Surat USM tak sampai laie kn." 'Bolom laie...yolah, ok la yo'. "Baiklah, ok assalamualaikum."

Again...the unexpexted.

Day after day, i'd realize that this journey is only for me...special gift from Allah, just for me...no matter what people will say @ interrupt me, all that as a catalyst for me to be better than ever. Thanks alot to all. Really appreaciate that.

O you who believe! Endure and be more patient (than your enemy), and guard your territory by stationing army units permanently at the places from where the enemy can attack you, and fear Allâh, so that you may be successful. [Chapter: Aal-e-Imran, phrase 200]

Expect the Unexpected

20090720

Challenging

The unexpected thing happen again and again...where is the expect gone?

Once in my lifetime at USM, got an emel message from Vice Chancellor of USM, Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak. What a surprise...regarding the Greenest University Nomination where USM will join the Competition for Climate Change Convention that will be held in Langkawi on October 2009. I'm not representing USM, but the BIG KILL responsible to help and be apart of the team to achieve the gold. Eco-Desa: Saujana (Sustainable Residential College) is my business in this mission. Must prepare up all the past, pre and future planning towards the project. This Eco-Desa will cover up the sustainable development in a residential field.

What we had done?
  1. Eat-reward : students are encouraged to eat (RM2.50 above)/drink (RM1.00 above) at the cafe @ bring their own container, then, get a chop and collect it until 20 chops and get a reward which is a voucher of RM 3 for meal and RM 1 for drink.
  2. Recycle point : encouraged the students to do a recycle and get a pointer match with the recycle things. from kilogram to the number of point. Redeem the point at Cyber Saujana and D'Store for baggage keeping at the end of semester.
  3. Energy Efficiency : change the pendaflour bulb to the LED bulb which more efficience for electricity uses (50% saving). 100% sponsored and monitored by CETREE.
  4. Edible Garden : planting project such as kuchai, serai, cili etc and coming up, banana, papaya. Greening the Saujana Residential College.
  5. Compost : 50% in progress. A trial to done a composting and use the organic compost to our Edible Garden.
  6. Campaign : run up the promotion and awareness to the sustainable lifestyle.

What next?

  1. Bust stop Solar
  2. Multi uses Pantry
  3. Gymnasium fo health
  4. Run up 5 project above to the others Residential Colleges at USM Maincampus, USM Engineering and USM HealthCampus.
  5. etc....anything that will come up from my brain and my buddies of Secretariate Eco-Desa: Saujana.

This is about the project...does this will be my most important task as a career? hurmmm...the concept, I'll probably take it seriously to practise in my life. but, the most challenging is the part of application, is not that easy. I dont think so that I can survive without the strengthness inside me which guided by the owner of my heart, Allah. Really hope that this unexpected thing will go smoother and no one will frustrated. Time to chellenged the fullest capability in me!

As a conclusion, my life will be more busy with the R & D of the project and also administration task at my office. No matter what, life goes on....just put the trust to Allah.

EXPECT THE UNEXPECTED.

20090717

Perhaps

There is a trip to somewhere i never go before and of course its unexpected. What will happen there, i doesnt know about that. So, just pray for the best gift from Allah. At the other way, this trip will be my vacation to release anything that should be released. Just what Allah promise us in the Holy Quran, Al-Balad Chapter, phrase 4-11...

"Verily, We have created man in toil. Does he think that none can overcome him? He says (boastfully): "I have wasted wealth in abundance!" Does he think that none sees him? Have We not made for him a pair of eyes? And a tongue and a pair of lips? And shown him the two ways (good and evil)? But he has not attempted to pass on the path that is steep (i.e. the path which will lead to goodness and success)."

Expect the Unexpected

20090716

Strengthness

Expect the Unexpected,
Best wishes for anyone read this.

Just started something new and of course the thing that I dont like most...but really hope that the strengthness will come and lead me to the fullest tallent in me. Only Him...can decide the best for me...just for me. Waiting for that miracle happen...maybe in short or possible in long term.

The journey is still on...so much things happen either we expect it to happen or unexpected.