20090729

Cuti2 Malaysia...jom!

luruihlah jalan payakumbuh...babelok jalan kayu jati...dima ati indak karusuah...ayam den lapeh ai ... ai ... ayam den lapeh

mendaki jalan padangsikek...menurun jalan ka biaro...di ma ati indak kamacetek...awak takicuah ai ... ai ... ayam den lapeh

sikur capang sikur lapeh saikur tabang saikur lapeh...lapehlah juo nan karimbo ailah malang juo...pagaruyung batu sangkar tampek bajalan urang baso...duduk tamanung tiok sabanta...oi takana juo ai ... ai ... ayam den lapeh


....Donga lagu2 nogori ni laie la raso nk balik umah yo. Layan yo la...kek penang mano nak carik lagu2 macam ni. Actually, lagu Ayam den lapeh ni adalah bahaso Minang...Loghat nogori sekarang ni Minang yang dimodenkn...takdo la bunyi eh mcm Minang...tp still org nogori lain tak paham2. Rindu pulak dek leteran2 and bebling makcik2 kek umah tu. Loghat ni paling best kalau donga maso orang tongah marah2...sodap bunyi eh...heeeeee
....Makanya, akan bermulalah sebuah episod pengembaraan. Penang - Sg Petani - Bukit Merah - Taiping - Sg Petani - Penang - Pedas (Podeh)...antara PHT3262 @ bas ekspress @ MAS/AirAsia, masih menantikan keputusan majlis syura IBUAYAH...hehe apa pun, matlamatnya 1, iaitu pulang ke teratak indah 351, Desa Permai Pedas...cuma cara nk sampai je yang berbeda antara cepat @ lambat. Samalah dengan hidup ni, matlamat kita Akhirat yang kekal abadi...Syurga @ Neraka. Ikut la mana pun jalannya akan sampai jugak...ada yg pilih nk melalui jalan yang penuh mewah dgn dunia, menguasai manusia, menindas manusia...ada yg pilih jalan yg penuh kesederhanaan, tenang, berbudi pada manusia, beramal jariah...ada juga yg tiada pilihan dan terpaksa melalui jalan yg beronak duri ranjau, dugaan silih berganti, ditarbiyah sepanjang perjalanan. Tak kira apa pun, kita akan sampai juga...antara 2 persimpangan; Syurga @ Neraka...seperti bumbung yang berlubang bnyak. Sumber cahayanya 1 tetapi, tembusan cahayanya bnyak...cahaya yang satu itulah ALLAH...tembusan cahaya itulah NURUL HIDAYAH (ehhh bukan2...petunjuk la) dan cahaya kebenaran yg dikurniakan kepada umatNya. berfalsafah plak...ngeeee
....Alhamdulillah, report bajet APEX untuk Eco-Desa: Saujana telah berjaya disiapkan dengan penuh hematnya. Perbelanjaan yang telah dan akan disenaraikan mengikut kadar keperluan yang optimum. Tiada berlebihan dalam berbelanje ye...Kalau ada yang tak puas hati gak tak tau la...dok bising2, dapat bajet payah, nak perabih pun payah...hishhh, amik la duit tu bawa p Akhirat sok. Apapun, amanah yang dipikul telah dan akan dilaksanakan sebaik mungkin kerana NIATku bukan kerana DUIT...tapi fokus utamanya, adalah ISLAM itu sendiri, demi agama ALLAH.
Expect the Unexpected

No comments:

Post a Comment