20091225

I.?.T.?.K.?.A.?.A.H

Ya Allah

sesungguhnya ku memohon ditunjukkan pilihan & ketentuan untukku dengan jalanMu
ku mohon dengan kuasa & kudratMu
kerana Engkaulah yang mengetahui sesuatu kebaikan sedang aku tidak mengetahuinya
dan Engkaulah yang Maha Mengetahui perkara2 yang ghaib

Ya Allah

andainya perkara yang akan ku hadapi & hendak lakukan ini baik bagiku
baik bagi agamaku, kehidupanku, kesudahan hidupku samada lambat atau cepat
maka kupohon dijadikan perkara itu untukku
dan berilah barakahMu Ya Allah padanya

andai perkara yang ku hadapi & hendak lakukan ini tidak baik bagiku
bagi agamaku, kehidupan dan kesudahan hidupku
maka hindarkanlah & jauhkanlah aku daripadanya dan berilah kasih sayangMu

sesudah itu kurniakanlah kebaikan walau apa pun yang terjadi kepadaku...

Expect the Unexpected!

20091215

YES-ter-DAY

Yesterday is such not a good day for me...but not so bad! Just a tiny thing which come up so sudden, and I noticed about that CLEARLY...so, with my rational thinking, i'd positive it and turn it into 'temporary folder' inside my mind. Yeah, life goes on...and no regret. =)

After work...leave my lab, drive my mom car (PHT stay at n9 for the whole week~service) without any direction or idea, which way should i take. Feel like wanna walk for a while, and at last...i reached the Popular Book Store @ Tesco Melaka. Hmmm, the last time i went to the book store was last 4 month ago ~ huhu...of course, i will buy a new books. God wills, my purse got the 'papers', YESSSSS!!!! Walking around, searching for my favourite parts in that book store ~ Self-enrichment + Religious + New arrival. Too much books to be selected for me to fulfill my brain with the content. Its quite hard to make a decision! arrrgghhhh, feel like wanna buy all the top 5 list in my mind...but, my 'papers' is limited. huhuhu...

Back to basic...read makes you now better, listen help you remember more, talk will level up your confidence, practise the knowledge will make your day! My reading mood are back...please dont ask me for a vacation or visit at this time around. Otherwise, i'll wanna go back home early to finished up my reading! ;)
At last, i bought a,
  1. How to Win any Argument - without raising your voice, losing your cool or coming to blows [ Robert Mayer]

  2. Soal Jawab Tasawuf [Zulkifli Mohamad Al-Bakri]

  3. Perlembagaan Persekutuan [ILBS]

  4. Diari Mukminah 2010

  5. Kuih Bahulu Warisan, sedap bangat!!! huhuhu (just in front the book store ;p)

Every morning in Africa, a gazelle wakes up knowing it must run faster than the lion or be killed.

Every morning, a lion awakens knowing it must outrun the slowest gazelle or starve to death.

It doesn't matter if you are a lion or a gazelle.

When the sun comes up, you'd better be running!


Expect the Unexpected!

20091209

Perkhabaran

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Astaghfirullah al'azim 3x

Akhirnya...perasaan untuk menulis diblog ini terbit jua. Bukan dek sibuk bekerja, bukan juga kerana kesuntukan masa berprogram, bukan pula asbabnya keluarga sebagai keutamaan...cuma, ada sesuatu yg memenuhi pemikiran, ingatan, hati, jiwa ini. Benar, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba! Tidak dijadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaNya. Ya, matlamat manusia itu dijadikan adalah sebagai khalifah yang membawa seruan Islam sebagai kerja hakikinya, berdakwah.


Dalam berdepan mehnah yg tidak pernah surut badainya menghempas jalan kehidupan insan, adakala manusia ini tewas lantas hanyut dibawa arus ujian Ilahi. Sungguh, tatkala menitipkan entry ini sy lantas bermuhasabah sendiri...

Buat pejuang2 Islam, penyeru2 kebenaran, pemimpin2 haraki...

Manusia itu terlalu objektif penafsirannya
Manusia itu mindanya berbeda
Manusia itu kehendaknya pelbagai
Manusia itu ragamnya berjuta
Manusia itu membesar dalam keadaannya
Manusia itu tidak pernah minta berkeadaan begitu
Manusia itu hanya memikirkan demi meneruskan hidup
Manusia itu bertahan untuk keluarganya
Manusia itu kurang amalnya malah ada yg tiada
Manusia itu adalah hamba Allah seperti kita

Kita ditarbiyah utk menyeru umat
Kita dilatih utk tabah dan sabar
Kita diajar membezakan yg Haq & Batil
Kita dididik agar thabat di jalan itu
Kita dipilih sebagai peneraju hadapan
Kita diminta memberi semampunya
Kita dibiasakan berdiri atas kaki sendiri
Kita diseru beramal dengan ilmu yg dituntut
Kita jua hambaNya seperti manusia itu

Dakwah, bukanlah memaksa atau berkeras terhadap apa yg didakwahkan. Menyampaikan ajaran Islam itu bukanlah melalui ceramah atau majlis ilmu semata. Hakikat manusia itu amat sukar utk menghadirkan diri ke majlis2 keagamaan. Ironinya, akhlak dan peribadi itu merupakan 'lorong' dakwah yg menerus kepada mereka. Dakwah Fardhiyah...harus juga berhati2 kerana ianya juga boleh mendatangkan fitnah dunia pada diri, lantaran ketidakfahaman manusia itu menilai dan mentafsir perlakuan kita. Kerana kita manusia biasa, hambaNya yg lemah lagi hina. Mana mungkin kita sempurna, kerana hakikat kejadian manusia itu dijanjikan godaan syaitan hingga ke akhir hayatnya. Apa yg cuba disampaikan...dalam kita mengharungi hidup, kita didatangi oleh manusia2 yang pelbagai. Lantas, kita kurang senang dengan tindakan, percakapan, pergaulan mereka terhadap kita kerana kita tidak dididik, diajar, dibiasakan dengan suasana itu. Begitu juga mereka, sebaliknya. Allah ciptakan manusia utk saling kenal mengenali, faham memahami, kasih mengasihi, sayang menyayangi, bantu membantu, sesama manusia yg lain. Hikmah kepelbagaian insan itulah yg menjadikan sifat insani yg dasar, iaitu, berharap dan berdoa kepada Ilahi, dilaksanakan. Kerana, bila ditimpa musibah, kesusahan, pasti mereka akan berdoa dan mengharapkan bantuan Yang Esa. Sedangkan musibah itu hadir dek kepelbagaian ragam umat manusia yg diciptakanNya. Renungkanlah...anda mempunyai akal, dikurniakan ilmu, punyai perasaan...timbangilah sewajarnya.

Acapkali sy ditanya, 'macamana kerja?'...entah bagaimana harus dijawab soalan itu. Kerana, terlalu banyak yang ingin diperkatakan. Yang pasti, inilah sedikit luahan terhadap apa yg sedang sy lalui di bumi Allah ini, di sini. Diri yg dahulunya lantang bersuara, tangkas bergerak ke sana ke mari, melaksanakan urusan2 yg wajib dilaksanakan...kini, menjadi begini. Bukan menyalahkan apa2 ataupun sesiapa. Ya, inilah jalan yg ditentukan utk sy...maka, berjalanlah hingga ke hujungnya. Kerana hanya Dia tahu sejauh mana kaki ini mampu melangkah, jatuh tersungkur, ataupun berhenti dipertengahan. Na'uzubillahi min zaa likh.

Semoga kalian dirahmati dan diberkati.

Expect the Unexpected!