Astaghfirullah al'azim 3x
Buat pejuang2 Islam, penyeru2 kebenaran, pemimpin2 haraki...
Manusia itu terlalu objektif penafsirannya
Manusia itu mindanya berbeda
Manusia itu kehendaknya pelbagai
Manusia itu ragamnya berjuta
Manusia itu membesar dalam keadaannya
Manusia itu tidak pernah minta berkeadaan begitu
Manusia itu hanya memikirkan demi meneruskan hidup
Manusia itu bertahan untuk keluarganya
Manusia itu kurang amalnya malah ada yg tiada
Manusia itu adalah hamba Allah seperti kita
Dakwah, bukanlah memaksa atau berkeras terhadap apa yg didakwahkan. Menyampaikan ajaran Islam itu bukanlah melalui ceramah atau majlis ilmu semata. Hakikat manusia itu amat sukar utk menghadirkan diri ke majlis2 keagamaan. Ironinya, akhlak dan peribadi itu merupakan 'lorong' dakwah yg menerus kepada mereka. Dakwah Fardhiyah...harus juga berhati2 kerana ianya juga boleh mendatangkan fitnah dunia pada diri, lantaran ketidakfahaman manusia itu menilai dan mentafsir perlakuan kita. Kerana kita manusia biasa, hambaNya yg lemah lagi hina. Mana mungkin kita sempurna, kerana hakikat kejadian manusia itu dijanjikan godaan syaitan hingga ke akhir hayatnya. Apa yg cuba disampaikan...dalam kita mengharungi hidup, kita didatangi oleh manusia2 yang pelbagai. Lantas, kita kurang senang dengan tindakan, percakapan, pergaulan mereka terhadap kita kerana kita tidak dididik, diajar, dibiasakan dengan suasana itu. Begitu juga mereka, sebaliknya. Allah ciptakan manusia utk saling kenal mengenali, faham memahami, kasih mengasihi, sayang menyayangi, bantu membantu, sesama manusia yg lain. Hikmah kepelbagaian insan itulah yg menjadikan sifat insani yg dasar, iaitu, berharap dan berdoa kepada Ilahi, dilaksanakan. Kerana, bila ditimpa musibah, kesusahan, pasti mereka akan berdoa dan mengharapkan bantuan Yang Esa. Sedangkan musibah itu hadir dek kepelbagaian ragam umat manusia yg diciptakanNya. Renungkanlah...anda mempunyai akal, dikurniakan ilmu, punyai perasaan...timbangilah sewajarnya.
Acapkali sy ditanya, 'macamana kerja?'...entah bagaimana harus dijawab soalan itu. Kerana, terlalu banyak yang ingin diperkatakan. Yang pasti, inilah sedikit luahan terhadap apa yg sedang sy lalui di bumi Allah ini, di sini. Diri yg dahulunya lantang bersuara, tangkas bergerak ke sana ke mari, melaksanakan urusan2 yg wajib dilaksanakan...kini, menjadi begini. Bukan menyalahkan apa2 ataupun sesiapa. Ya, inilah jalan yg ditentukan utk sy...maka, berjalanlah hingga ke hujungnya. Kerana hanya Dia tahu sejauh mana kaki ini mampu melangkah, jatuh tersungkur, ataupun berhenti dipertengahan. Na'uzubillahi min zaa likh.
Semoga kalian dirahmati dan diberkati.
Expect the Unexpected!
salam mas.
ReplyDeleteana rindula kat enti..
ingat tak saat first kita dacampingkan? masa tu enti mcm kanak2 lagi. dok naik skuter silver tu. yg bestnya kejap ada kejap dah takdak. mcm biskut ja. maklumla, org tu sebuk dgn suksis. tp alhmdulillah kita berjaya disatukan dalam sebuah rumah yg benar2 mendakwah kita org yg dahagakan dakwah kan?
rindula saat2 tu..
mas, mai dak kenduri adik ana sabtu ni?
maila mas..ana geram ni. dah lama tak cubit pipi enti tu..haha..
gayah
salam, gayah...ana pun rindu sgt dgn enti n dayah...rindu saat2 kita lepak2 huhu
ReplyDeleteana keje 12hb,13hb plak ada program utem dgn masjid mitc melaka...depa minta tlg jd fasi, tu pun ana taktau dapat p ke tak sbb anniversary ibuayah ana ahad tu gak...hmmm, takde peluang la nk pegi kenduri ct. sampaikan salam ana pada keluarga mertua enti ye =)
insyaAllah, ana p penang 24hb...ada urusan hidup dan mati hik3
hmmm, xdak orang rindu kat ana ka???
ReplyDeletekui3....
moga-moga kakak berdua bahagia hendaknya!
slalulah datang tengok ktorg yg masih di sini...
kitorang dah 'tak layak' laaa....hahaha, pandai2 la kome jage diri...~layan ;p
ReplyDeletep/s: zt, semput la uruskan hal MBM org ni...sendirik pun tak terurus, kui3...cepat2 la hang take over naeeee ;)