20101201

End of the year 2010...with;

Tatkala diri semakin dihimpit masa.
Bila jasad sudah semakin kehabisan kudrat.
Ketika jiwa dibelenggu seribu satu rasa resah pasrah.

Dia hantarkan sejuta rasa untuk dirasa.
Dia hamparkan jalanan berduri ranjau untuk dilalui.
Dia persembahkan dugaan tak terduga untuk menghimpit masa.

Lemah.
Longlai.
Lesu.

Kayuhan langkah kaki ini terasakan semakin memberat.
Hayunannya memerlukan kudrat yang bukan biasa.
Terasakan diri semakin tidak mampu untuk meneruskan langkahan.
Jiwa tidak pernah mengizinkan langkahan ini dihenti.
Semangat yang semakin berbaki kembali dicari untuk diisi.
Tangki semangat itu sedang berusaha dipenuhi.
Perjalanan menuju destinasi hakiki itu entahkan jauh atau dekat.
Jaraknya tidak pernah diberitakan mahupun dikhabarkan.
Hanya jalanan yang terbentang ini yang dihamparkan.
Apa sahaja yang sedang didepani inilah laluannya.
Tiada jalan pintas.
Tiada lampu isyarat.
Tiada perangkap laju.
Tiada saman perlu dijelaskan.
Hanya perlu teruskan melangkah menyelusuri ranjau berduri.
Beralaskan 'kasut' yang Dia bekalkan khusus untukku.
Hanya sesuai untuk kaki ini.
Hanya selesa pada kaki ini.
Hanya milik kaki ini.
Selagi denyut nadi pejuang ini terasa.
Selagi helaan nafas mujahidah ini masih berbahang.
Selagi deria ke-7 srikandi ini masih berinteraksi normal.
Tetap akan diteruskan segala apa yang telah dimulakan.
Tetap akan diselesaikan apa yang sedang diusahakan.
Tetap akan digagahi jua.


Masanya sudah tiba.
Detiknya kini menjengah.
Saatnya kian terasa...

BERUZLAH!


~kesibukan ini mengajar aku erti mengEsakan Allah;
~kesakitan ini mendidik aku erti cintakan Allah;
~kepayahan ini mentarbiyyah aku erti hanya Allah di hati.


p/s: Buatmu, sahabat sejati...terima kasih atas segalanya. Ku syukuri hadirmu dalam hayatku. Teruskan perjuanganmu di medan sana. Hanya doa mampu ku titipkan, buatmu....selamanya.


Expect the Unexpected!

20101125

Saya SIBUK...ok?

Serius, saya sibuk.

Sangat sibuk.

Banyak urusan perlu diuruskan dalam setahun ini.

Urusan kerja.
Training
out-station
modul
bengkel
kursus
baca buku
NLP approach

Urusan master.
Kuliah
assignment
exam
presentation
jumpa pensyarah

Urusan NGO.
Induksi AJKO
dinner
LAMEGA
AJKO MPPB
pengurusan data
usrah nisa'

Urusan keluarga.
IbuAyah
Amin operate
pendidikan Amin
pelajaran Ahmad
gathering waris
kenduri

Urusan kesihatan.
Dental appointment
gynae follow-up
skin check-up
eye-laser treatment

Tiada masa untuk urusan peribadi.

Hujung tahun depan baru saya fikir.

Boleh?

Jadi, jangan tanya lagi ye!

Tiada lagi soalan-soalan seperti ini, 'bila nak kahwin?'

Sengaja sibukkan diri agar tak terlalu fikir.

Saya masih MUDA ye.

Baru 24 tahun jadi puteri ayah ibu saya.

Mahu lebih lama.

Hanya ada 1 nama dalam hati saya.

Allah.

^^,

Terima kasih.


Expect the Unexpected!

20101121

LET GO!

LET GO! ~ easy to say rather than done...it's not like playing LEGO!



I'm working on it...

Expect the Unexpected!

20101110

Biji Kopi

Di dalam 3 buah periuk, isikan air dan letakkan di atas dapur. Masukkan beberapa potong lobak ke dalam periuk pertama; telur, dalam periuk kedua; dan serbuk kopi, dalam periuk ketiga. Panaskan ketiga-tiga periuk selama 15 minit. Kemudian, keluarkan isi dari ketiga-tiga periuk, perhatikan apa yang terjadi.

Lobak, yang sebelumnya keras menjadi lembik.
Telur, yang tadinya lembut menjadi pejal.
Kopi, masih tetap kopi, dan memberikan keharuman dan warna pada air.

Ironinya, periuk dan air yang dipanaskan itu melambangkan masalah yang kita hadapi setiap hari, manakala ketiga-tiga benda di dalam periuk itu menunjukkan keadaan mental kita selepas menghadapi masalah.

Lobak, melambangkan individu yang pada mulanya tegas, teguh pendirian dan nilai-nilai hidupnya. Sentiasa berusaha supaya bersikap jujur dan sanggup bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Dan bila berhadapan dengan masalah dan cabaran hidup, tekanan persekitaran ataupun keadaan keluarga yang kucar-kacir, keadaan mentalnya menjadi lemah, tidak berani membuat keputusan sehingga prinsip dirinya berubah.

Telur, melambangkan individu yang pada mulanya lemah lembut, memahami perasaan orang lain dan sanggup melayani orang lain. Dan bila masalah besar menerjah bertubi-tubi, menjadikannya mudah tersinggung, keras kepala, menyusahkan orang lain dan egois.

Kopi, melambangkan individu yang kewujudan dirinya tidak berubah sekalipun beban dan masalah menghimpit dan menekan sedemikian rupa. Seperti kopi, mampu memberikan warna dan keharuman kepada persekitarannya. Ia tidak mengeluh dengan masalah dan beban yang dihadapinya. Tidak keluar dari mulutnya sebarang keluhan atau ucapan-ucapan negatif. Walaupun menghadapi persoalan yang begitu berat, dia tetap optimis, malah sanggup berkongsi pengalaman agar orang lain tidak mengalami masalah yang serupan dengannya.

Setiap orang pasti berdepan dengan masalah, dugaan, cabaran dalam hidup yang silih berganti, datangnya tak diundang, baik dalam urusan pekerjaan, keluarga, mahupun peribadi. Ada yang tidak mampu menangani masalah dengan berkesan. Ada juga yang bersyukur dengan segala masalah kerana keadaan yang merumitkan inilah yang dapat melahirkan potensi diri sebenar.

Cara kita memandang terhadap masalah menentukan siapa kita. Samada menjadi umpama lobak, telur ataupun kopi, semuanya bergantung atas cara kita bertindak balas terhadap masalah.

Begitu jugalah dengan orang disekeliling kita, mereka mengharapkan keharuman dan warna indah dari kita ketika mereka menghadapi gelombang masalah yang sukar ditangani. Apa sebenarnya yang diharapkan oleh anak-anak daripada ibubapanya? Kesan daripada ibubapa yang akan mereka ingat seumur hidup mereka adalah ketika menghadapi masalah dan dugaan hidup, ibubapa mampu menjadi biji kopi buat keluarganya. Bukan harta yang banyak, tetapi contoh teladan yang diberikan, terutama ketika berdepan masalah. Kata-kata yang keluar dari mulut ibubapa bukanlah keluhan dan rintihan, tetapi ibubapa yang sentiasa bersikap optimistik dan mengajak seluruh anggota keluarga bersandaran pada Allah yang mengatur segalanya.

Dalam kerjaya anda, majikan tidak hanya memerlukan pekerja yang cekap dalam menyelesaikan tugasnya, tetapi juga memerlukan pekerja-pekerja yang sanggup menjadi biji kopi ketika berhadapan dengan beban danmasalah kerjanya. Pekerja 'biji kopi' yang mampu mengharumkan nama syarikat dan organisasi dengan kata-kata optimis, bukan hanya pandai memberikan kritikan dan cercaan tanpa mahu berbuat apa-apa. "daripada menyalahkan kegelapan, lebih baik ambil sebatang lilin dan nyalakan!". Maka, jadilah 'biji kopi'!

"anda mengeluh kerana mawar yang berduri ataupun bergembira kerana duri melindungi dan membungakan mawar."

Expect the Unexpected!

20101109

Mode: M.A.D.A.H

Jangan melarikan diri daripada 'cinta' apabila ia berada di hadapanmu
Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi mencetuskan kekuatan
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang, pandanglah masa depan
Kita dilahirkan dengan dua telinga di kiri dan kanan, agar kita dapat mendengar dari keduanya
Untuk berupaya mengumpul segala pujian dan kritikan serta memilih mana yang benar dan mana yang salah

Kita lahir dengan otak di dalam kepala kita yang mempunyai 2 bahagian
Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya
Kerana tidak ada seorang pun yang mampu mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita
Apa yang difikirkan di dalam otak itu jauh lebih berharga daripada emas dan permata

Kita lahir dengan 2 mata, 2 telinga, 2 bahagian otak tetapi hanya diberi 1 mulut
Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam
Mulut bisa menyakiti, membunuh, menggoda dan banyak hal lain yang tidak menyenangkan
Maka ingatlah untuk berbicara sedikit mungkin, mendengar, melihat dan berfikirlah sebanyaknya

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk dicintai dan mencintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itulah rahsia hidup terasa bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju Syurga

Jangan tertarik pada seseorang kerana parasnya, kerana keelokan paras mampu menyesatkan
Jangan pula tertarik pada kekayaannya, kerana kekayaan itu bisa memusnahkan
Tertariklah kepada seseorang yang bisa membuatmu mengukir senyuman indah dibibirmu, kerana hanya senyuman mampu membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah

Expect the Unexpected!

20101102

Diriku Dan Dirimu Berbeza, Namun Kita Sama-Sama ISTIMEWA

LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya…

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yg belum berkahwin, dan dosa anak lelaki yg belum baligh. Sedangkan perempuan berkahwin tidak perlu menanggung dosa-dosa ini semua.

Berat, kan?

Hukum menjelaskan bahawa anak lelaki harus bertanggungjawab ke atas ibunya, dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu, maka dosa baginya, terutama bagi anak lelaki yang tua (sudah cukup dewasa), manakala perempuan tidak dibebani dengan tanggungjawab begini. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri yang berbuat baik, ganjaran pahala dapat kepadanya, dan kalau berbuat yang tidak baik, maka dosanya ditanggung oleh suaminya. Berat, kan??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri, tetapi isteri tidak dikenakan kewajiban tersebut. Walaubagaimanapun, isteri dibolehkan membantu suami dalam urusan mencari rezeki. Tetapi harus diingat, HARAM bagi seorang suami bertanyakan pendapatan isterinya, apatah lagi jika suami tersebut menggunakan pendapatan isterinya tanpa izin!

Ada banyak lagi yang lelaki (lebih-lebih lagi yang bergelar suami) perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya, boleh diumpamakan seperti gunung dengan semut. Justeru itu, tidak hairanlah apabila mengikut kajian yg dibuat, nyawa orang perempuan dikatakan lebih panjang berbanding lelaki. Ini kerana mengikut kajian, lelaki dipercayai mati cepat kerana tidak tahan lagi dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya.

Tetapi ingatlah dan yakinilah, setiap yang diciptakan Allah SWT pastinya ada kelebihannya tersendiri. Orang lelaki juga pastinya ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

WANITA:

Auratnya lebih susah dijaga jika dibandingkan dengan aurat lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya (suami tidak perlu meminta izin isteri apabila mahu keluar rumah). Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kpd suami, sedang suami tidak perlu taat kepada isteri. Kurang dalam beribadat ekoran haid & nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Secara zahirnya, senarai di atas menunjukkan seolah-olah wanita merupakan golongan yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi pernahkah kita melihat serta menilai perkara ini dengan pandangan dan pemikiran yang positif?

Kita sedia maklum, benda yang mahal harganya pastinya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersembunyi dan selamat. Maka sudah pastilah intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah, kan? Begitulah juga bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi suami wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu juga merupakan seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki, itulah hakikatnya. Tapi harus diingat, harta pusaka yang diterima cuma sedikit itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sedangkan lelaki yg menerima pusaka yang banyak itu perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak, dan ini sama sekali tidak dialami oleh lelaki. Tetapi ketahuilah, di sebalik kepayahan tersebut, setiap saat dirinya didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah SWT di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan, merupakan syahid kecil, dan dosanya (dosa kecil) diampun oleh Allah SWT.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita:
(1) isterinya,
(2) ibunya,
(3) anak perempuannya, dan
(4) saudara perempuannya.

Manakala bagi seorang wanita pula, tanggungjawab terhadap dirinya ditanggung oleh empat orang lelaki:
(1) suaminya,
(2) ayahnya,
(3) anak lelakinya, dan
(4) saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan empat syarat sahaja:
(1) tidak meninggalkan solat lima waktu,
(2) berpuasa di bulan Ramadhan,
(3) taat kepada suaminya, dan
(4) menjaga kehormatannya.

Jika difikir-fikirkan, seorang lelaki perlu pergi berjihad fii sabiilillah, tetapi bagi seorang wanita, jika dia taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka dia akan turut menerima pahala yang sama seperti pahala orang pergi berperang fii sabiilillah walaupun tanpa perlu mengangkat senjata.

MaashaALLAH... betapa sayangnya ALLAH SWT kepada wanita... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...dirimu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itulah DIA mengangkat dirimu menjadi pemimpin, dan sesungguhnya kuasa talaq juga ada di tanganmu... Dengan keistimewaan yg diberikan ini, maka JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 (baik lelaki mahupun wanita) dapat pulang menghadap Allah SWT dalam keadaan istimewa di sisi-Nya…

Expect the Unexpected!

Kamu melengkapi diriku

Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal-awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.


Expect the Unexpected!

20101027

Kunci pintu hatiku padanya!

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?


Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?


Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dari bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?


Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil. Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal. Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....


Tapi sedarkah dikau? Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.


Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit, ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!". Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..


Ketika kamu sudah beranjak muda remaja. Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!". Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat-sangat luar biasa berharga. Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...


Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kamu, bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?


Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu, ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu. Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?


Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya. Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut-larut. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu. Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"


Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata-mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti. Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.


Ketika kamu menjadi gadis dewasa. Dan kamu harus pergi kuliah di kota lain, ayah harus melepaskanmu di bandar. Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini-itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang". Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.


Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...


Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu". Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?


Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin. Kerana Ayah tahu.....bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.


Dan akhirnya....


Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"


Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk, dengan rambut yang telah dan semakin memutih, dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya. Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah insan yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


'Sorry seems to be the hardest word'


p/s: kunci pintu hatiku ada padanya, ayahku...mintalah dengannya! Hanya dengan restunya, pintu hatiku ini bisa terbuka. ^^,



Expect the Unexpected!

20101001

Otak tak faham!

Seringkali dalam kalangan masyarakat yang menyeru ke arah ma'aruf, menggunakan istilah ini untuk mengecam budaya zina remaja;
JANGAN HAMPIRI ZINA
(ayatnya berbentuk negatif kerana adanya perkataan negatif seperti 'jangan')

Sedar atau tidak, fungsi otak manusia itu tidak pernah selari dengan seruan yang berunsur negatif. Baik, cuba bayangkan sekarang, seekor beruk memanjat pokok. Apa yang kita fikirkan? Bahasa otak adalah gambar! Otak tak faham bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan sebagainya. Otak faham gambar, sebab itu bila kita berfikir, kita menggambarkannya di dalam otak kita. Baik, sekarang tolong JANGAN gambarkan seekor beruk naik basikal!....kenapa kita tergambar juga seekor beruk sedang menaiki basikal? Sebab otak kita tak faham perkataan negatif, otak tak faham perkataan TIDAK, JANGAN, USAH, dan sebagainya.

Contoh, 'Mulai dari hari ini, saya TAK MAHU bangun lewat lagi', ayat ini positif ke negatif? Ini ayat negatif! Bila kita sebut, apa yang kita bayangkan? Bangun lewat...betul ke tidak? Sebab tu, ramai pelajar tak cemerlang sebab ikrar yang dilontarkan pada diri mereka sendiri berbentuk ayat yang negatif dan otak menggambarkan apa yang mereka tidak mahu, bukan yang mereka mahu. Sebetulnya, 'Mulai dari hari ini, saya MESTI bangun awal!', apa yang otak kita faham? Bangun awal...betul ke tidak?

Contoh satu lagi, bila anak-anak berlari ke sana ke mari bermain sesama mereka, ibubapa sering berkata 'JANGAN LARI!'. Agak-agak, anak tadi berhenti berlari atau tidak hiraukan arahan? Otak tak faham perkataan 'jangan', yang otak faham adalah 'lari'. Sebab tu anak-anak masih berlari tak hirau ibubapanya yang marah. Sebaiknya, katakan kepada mereka, 'DUDUK DIAM!', apa reaksi anak agaknya? Otaknya membaca perkataan 'diam', agaknya anak tu duduk diam ke berlari? InsyaAllah akan duduk diam.

Jadi, bila kita tahu yang fungsi otak kita ini tidak faham perkataan TIDAK, JANGAN, BUKAN dan sebagainya, ayat seruan kita mestilah ayat positif! Ayat yang menyatakan apa yang kita mahu bukan apa yang kita tak mahu. Kita tak mahu remaja terlibat dengan zina, kita tak mahu makin ramai anak zina yang dibuang, dibunuh, ditanam hasil dari perbuatan zina. Apa yang kita mahu? Kita mahu remaja menjaga maruahnya, kita mahu keturunan umat Muhammad SAW di akhir zaman ini adalah dari keturunan yang baik-baik salasilahnya, jelas nasabnya, hasil daripada ikatan nikah yang sah dan menghalalkan!

2 Bulan saya berfikir tentang ISTILAH atau KATA SERUAN yang boleh diterima semua peringkat kefahaman remaja khususnya, dan masyarakat amnya. Bukan maksud saya, ayat 'JANGAN HAMPIRI ZINA' itu salah. Secara logiknya, dari ayat tersebut, apa yang kita faham? Apa yang otak kita baca? ZINA...itu yang tergambar di otak kita! Sebab tu, remaja yang 'kurang faham' agama ni, tak dapat nak mengawal minda mereka. Otak kita tak faham 'jangan', yang otak baca adalah 'zina'. Ia suatu yang sangat kompleks kerana, memang ayat asal dalam Al-Quran yang Allah firmankan, 'Laa tak robuzzina; Janganlah kamu menghampiri zina'. Ceritanya adalah, bagaimana kita mahu seruan kita memiliki pengaruhnya dan mempengaruhi otak yang membacanya.

Maka, tercetuslah satu ayat seruan yang panjang sedikit daripada yang di atas;
AKAD FIRST, THEN COUPLE
AKAD DAHULU, BARU BER'COUPLE'


Ayat ini mengandungi 2 kata seru, yang pertama, AKAD FIRST, kita menyeru dan menanam di dalam otak masyarakat untuk memuliakan dan mengutamakan AKAD NIKAH dalam urusan cintanya. Akad nikah itu sendiri adalah suatu aktiviti yang memuliakan ikatan, tautan hati antara 2 manusia. Ikatan yang mulia menghalalkan perlakuan manusia dan insyaAllah mulialah hasilnya! Kata seru kedua, THEN COUPLE, bila ber'couple' sebelum akad, segala yang dilakukan seperti keluar bersama, bermesej, bercakap telefon, melihat gambar (tanpa ada sebarang keperluan syariat) menghasilkan DOSA kerana si dia tidak halal bagi kita dan tidak selayaknya mendapat kasih sayang dan perhatian kita. Tetapi, jika ber'couple' selepas akad, segala yang dilakukan mendatangkan PAHALA kerana si dia halal bagi kita dan selayaknya kita menyayangi dan disayangi.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan ayat di atas, ianya sekadar cetusan idea saya yang terhasil dari akal yang dangkal ini. Sekadar ingin berkongsi dengan yang sudi membaca.

Wallahualam..


Expect the Unexpected!

20100926

Recitation is DOA

Doa, bukan sekadar permintaan atau permohonan kita kepada Allah.


Doa, tidak semestinya berperlakuan seakan menadah tangan.


Doa, tidak hanya ungkapan dan ucapan yang meniti dibibir insan.


Setiap percakapan, sebutan, ungkapan, yang kita tuturkan dan lafazkan adalah DOA.


Jika diperhatikan, masyarakat Arab tidak melakukan perbuatan menadah tangan dan berdoa seusai sahaja menunaikan solat, kerana bagi mereka, segala ucapan dan bacaan di dalam solat itu sendiri adalah doa! Sebab itu, ada imam dalam kalangan Arab atau yang fasih berbahasa Arab, mengalunkan ayat suci Kalam Allah di dalam solat mereka dengan pelbagai nada dan ekspresi suara, seperti; tegas, merintih, menangis, sebak, semangat, dan sebagainya. Kerana mereka menghayati bacaan mereka dan mereka memaksudkan apa yang mereka bacakan itu sebagai doa!

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..


Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan


Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup


Berturut-turut, sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)



Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..


Astaghfirullah al-'aziim...


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)



Expect the Unexpected!

20100905

24 tahun lalu...

  • saya dah menjuarai pertempuran sulung, menewaskan berjuta-juta bakal manusia yang lain
  • ibu sangat menjaga dan berhati-hati agar kandungan ibu selamat dan sempurna sifat
  • 9 bulan ibu usung saya yang semakin membesar, ke mana sahaja
  • tiba saatnya, pagi Jumaat, saya sudah bersedia mahu melihat dunia...ibu bertarung dengan nyawa demi saya!
  • segala kudrat ibu kerahkan semata-mata mahukan saya selamat, biar nyawa ibu melayang sekalipun, ibu sanggup!
  • 11.35 pagi, Jumaat, 1 Muharram, 5 September...ibu & ayah menitiskan airmata penuh kesyukuran atas kelahiran bayi perempuan yang ditunggu
  • inilah saatnya, IBU & AYAH dah LULUS dengan CEMERLANG dalam memastikan kandungan ibu selamat melahirkan kaklang!
  • along yang ketika itu berusia 4 tahun & angah, 2 tahun gembira mendapat adik perempuan
  • sebelum ayah pergi menunaikan solat Jumaat, sempat ayah melaungkan kalimah suci ke telinga ini
  • bermulalah episod perjalanan beribu batu insan bernama NUR MASTURA BINTI MANSOR di dunia yang penuh pancaroba ini...

Kini, setelah 24 tahun...sering pertanyaan ini menerjah ruang minda yang dangkal ini,

Adakah saya mampu LULUS CEMERLANG???
  1. menjaga hati & perasaan ibu & ayah,
  2. memelihara ibu & ayah tika sakitnya,
  3. membuat ibu & ayah mengukir senyuman kegembiraan,
  4. berkorban apa sahaja demi kebahagiaan ibu & ayah,
  5. MENJADI ANAK YANG SOLEHAH kepada IBU & AYAH,
seperti mana ibu & ayah lakukan kepada saya???



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


"Tiada doa di dunia ini semustajab doa IBU & AYAH, lebih berkat dalam bulan Ramadhan, lebih agung di Tanah Suci...ibuayah dah lama LULUS CEMERLANG dalam mendidik dan membesarkan diri ini, terima kasih untuk segalanya tak terbalas pengorbanan ibuayah...moga Allah perkenankan doa IBU & AYAH ~ 24 tahun mengemis dan akan terus tegar menagih DOA IBU & AYAH!"

Hikmah tersirat : ayah & ibu masih belum mahu 'melepaskan' puterinya ini untuk dipertanggungjawabkan kepada insan lain...hanya bila ayah & ibu benar-benar bersedia, maka akan hadirlah insan yang ayah & ibu percaya mampu memikul amanah itu (^_*)


Expect the Unexpected!

20100904

Arkib FB

Berjawatan/diamanahkan bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng kerana ianya ibarat meletakkan sebelah kaki ke Neraka, samada berjaya menariknya kembali atau terus terjunam menyembah maraknya api yang membakar. ~ PILIH-LAH!

September 2 at 2:22pm


Menyingkap tabir penghujung madrasah Ramadhan, terasakan degup rentak irama aliran darah itu seakan bergetar membentuk satu isyarat gelombang bercas positif mengorbit nukleus rasa telus dari hati menghantar isyarat getarannya kepada yang bisa merasai dan menerima sepenuh jiwa. ~ LawOfAttraction is D.O.A

September 1 at 9:25am


Hey LADIES! lets keep the BEST for our Mr. Right. He deserved for it.
Maybe, he did not show up himself to you now, but no worries, when the right time, right place & right person comes...that's it, he is the one who suppose get the BEST!!! =)
KEEP IT!


Even if you're on the right track, you'll get run over if you just stand there! | Walaupun anda di jalan yang betul, jika anda hanya tercegat di situ, sudah tentu anda akan dilanggar! ~ make a MOVE!!!

August 26 at 8:48am


You are what your deep driving desire is. As your desire is, so is your will. As your will is, so is your deed. As your deed is, so is your destiny. | Anda adalah penzahiran keinginan yg tertanam jauh dalam diri. Keinginan hasilkan kemahuan. Kemahuan hasilkan perbuatan. Perbuatan itulah takdirNya.

August 25 at 10:50am


Rasanya tak perlulah sampai nak tulis pada 'wall pasangan' masing2 tentang isi hati anda. Bila semua orang baca,
1. pastinya mendatangkan FITNAH = DOSA;
2. perasaan tu dah jadi BASI dan 'pasangan' anda tidak mendapat keistimewaan haknya!
[keep it as your priceless present to him/her after NIKAH] ~ NO couple until AKAD ^^,

August 22 at 7:20am


Kerja itu ibadah, bilamana etika kerja tiada, pastinya ibadah itu kurang sempurna. Bila ibadah kurang kesempurnaannya, keberkatannya pasti terjejas. Kerja itu amanah, bilamana berdusta, pastinya kepercayaan mulai hilang. Bila tiada kepercayaan, kejujuran pasti diragui & memakan diri ~ What you GIVE, you GET back!

August 19 at 3:50pm


is a MANAGER to her own TIME! Her time is her life. And she has to responsible towards what she had and will done to her life! A GOOD time manager know how to use 'the 4 boxes' ~ Important vs Soon!

August 18 at 11:46am


katakan saja apa yang dikau ingin perkatakan...sekali ku diam, tak bermakna aku merelakan. tidak bererti kau telah menang. bukan maksudnya aku tak mengerti. malah, tidak sekali2 aku bisa dipermainkan! jangan lupa, aku juga sepertimu punyai akal & hati...jika diturut hati, pasti memakan diri...diturutkan akal, mungkin kau akan terdiam!

August 10 at 12:44pm


Adakala diri ini longlai bertapak pada Bumi Tuhan yang terlalu banyak kelalaian dan kealpaan bermaharajalela disegenap ruang mata. Bukan dek kerana tiada kawalan Iman pada diri, hanya dek rasa kerdilnya jiwa HAMBA yang seringkali berasa mudah terpengaruh dan terikut akan asyiknya irama arus duniawi itu.

August 6 at 11:40pm


Adakala diri ini teguh berdiri berhadapan dengan segala kerumitan hidup yang sering bertandang tanpa diduga. Bukan dek kerana kebalnya diri atau kuatnya kudrat, hanya dek rasa MAHU meneruskan kayuhan langkah pada roda hidup yang hanya kan terhenti bila diarah Tuannya.

August 6 at 11:39pm


‎|It's your shoes, only you can wear it comfortably, if I try, even once, no matter what...I won't like it because it may hurt me!| ~ Apa yg berada dihadapan kita itulah 'laluan'nya, teruskan melangkah...moga sampai jua ke destinasi dituju.

August 4 at 5:37pm


Begitu muliakah kamu sehingga menghina mereka?
Sempurnakah kamu untuk mengharapkan yang sempurna?
Sejauh mana kamu MEMBERI jika sekadar hanya mahu MENERIMA?
Beradablah dalam bersosial, kenyataan kamu mencerminkan akhlak diri!
Akhlak itu terpalit seribu penafsiran insan terhadap kamu.
[muhasabah buat diri yang selalu alpa]

July 19 at 10:23pm


|The diversity of thinking & behavior of human being must be appreciated!| ~ Each statement & action have their own reason why it appear, for others to coloring their life with something different than usual. [the more you think, more you'll learn]

July 18 at 8:02am


Kemaslahatan kita berbeda. Keutamaan kita tidak serupa. Hanya matlamat kita jualah yang SATU ~ sekalipun kamu nun dipuncak mercu jaya, doaku tetap dititipkan agar kamu sentiasa bersinar bak kilauan permata yg sangat berharga utk sebuah PERJUANGAN! [Allahumma innaka ta'lam annaha zihil quluuub....]

July 17 at 11:32am


Betulkan yang BIASA...biasakan yang BETUL ~ life is joyful if you will to create the happiness endlessness..how you look yourself is what yourself will be!

July 16 at 4:56pm


Without the FIRST STEP, the journey won't begin! Once you step out, it won't stop until you said so ~ you are GREAT if you dare to challenge the chances!

July 11 at 7:26pm


Bertabahlah wahai diri yg dijiwanya sedang mendamaikn minda yg resah menantikan detik dan saat madah bertutur lancar menggamit hati insan ~ moga diizinNya utk ia berlaku


Kau tidak sendirian Mas!!! Allah sentiasa menemani...you know the right, you drive your goodnesses, you make others feel great...JUST GO FOR IT! no turning back ~ let people say what they want, LET IT BE...most thing, NEVER CROSS THE 'BORDER'!

June 16 at 12:35pm


‎'...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.' [Al-Baqarah:216] ~ ini yg TERBAIK, hanya perlu BERLAPANG DADA terima seadanya ;)

June 14 at 6:23pm


Telah kuungkapkan madah puisi alunan gerak tari lidah tak bertulang membutirkan tutur bicara berfrasa umum setara pemahaman penerimaan akal insan bernadi denyut mengalir dalam jiiwa hamba darah seorang pejuang, TIADA JALAN PINTAS!

June 13 at 7:26pm


We deserve to plan our own future...but, the future had been planned by Him! He knows what we don't...and His plan is the best deal ever! ~ Need a booster [mode: silent]

June 7 at 6:48pm


kegelisahan itu terlalu asyik bersarang dibenak insan yg jasadnya mulai longlai dek kelincahan gejolak zarah2 bara volcano provokasi Yahudi!...ketenangan itu pasti menyelubungi segenap jiwa hamba yg rohaninya wujud kalimah pengabdian yg bertebaran bak pepasir di pesisir ombak berhempas zikir!

June 4 at 7:16am


Wahai orang-orang yg beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan), bertaqwalah kepada Allah nescaya kamu akan beroleh kejayaan. [Ali-'Imran:200]

May 31 at 9:11pm


ketidakhirauan insan dek darjah kepanasan gejala zina, mendorong meletusnya bencana alam yg ditaburi janin...ketipisan sensitiviti umat dek adunan sebatian usul feqah, menterjemahkan misi Yahudi laknatullah hampir berjaya...ketaksuban pengemudi nafsu mengepalai muka depan akhbar, menggambarkan Islamnya mereka sekadar di Mykad!

May 28 at 7:24am


andai manusia itu tahu...tidak perlulah wujudnya mereka yg tahu utk memberitahu! ~ darjat kita disisi Allah itu sama sahaja, yg membezakannya hanyalah sekelumit IMAN dijiwa bukannya bicara. Ya Allah, tunjukkanku pilihan yg benar yg terbaik buat kesudahan hayatku ini.

May 5 at 5:54pm


Sometimes, we need a rest..to rearrange back our aims and focus towards life plan for the better shape of future boxes. But, the rest will not be that successfull, as the time that we have is so limited and all those busyness hit us every move of second needle!

April 23 at 1:26pm


Hati...cekallah, terus bertabah...Allah jualah yg berkehendakkan 'dia' berdaya fikir dan melontarkan ideanya, yg terkadang cukup tidak selari nada iramanya dengan denyut gerak nadi diri yg hina ini! ~ the diversity of thinking must be appreciated, yeah...give others spaces to speak up, listen first!!!

April 9 at 7:45am


Tidak berupaya merebut yg di 'sana', didatangkan yg di 'sini' utk dipertimbangkan...tak kira yg mana pun, matlamatnya tetap sama, hakikat mehnahnya hampir serupa, tuntutan pengorbanannya pasti seakan, kerana Dia tahu apa yg terbaik buat kita, hanya kita.

March 22 at 7:46am


terasakan denyut gementar gerak nadi itu semakin menggemuruhkan saraf2 yg bersimpang-siur tanpa sekelumit halangan pun yg melintangi derasnya arus rasa yg menakjubkan itu mengalir hebat disegenap lapisan ruang tubuh...itulah, seruan gerak rasa deria insan yg dihampiri limpahan cahaya yg dinanti!

March 8 at 11:45am


Keberadaan jiwa yg tulus mulus suci luhur itu ternyata terlalu payah gaya dan ruangnya utk terpasak teguh berbenak di hati insan yg fitrahnya sentiasa inginkan yg terbaik sedang diri tidak pula mahu dijadikan yg terbaik utk yg terbaik itu...usah pernah berputar2 membelitkan kata2! Peliharalah haq insan lain, nescaya haq anda akan dipelihara...

March 2 at 7:02am


Gagal bukan penamat tetapi permulaan kepada sebuah lakaran episod kejayaan kegemilangan fasa hidup yg bakal menampar hebat denyut gerak nadi yg sering dilanda kekejangan halilintar tarbiyyah dr Yg Esa buat bekalan berdepan mehnah yg tidakkan pernah tercapai dek akal insan...bersyukurlah tatkala diuji kerana itu petanda nikmatNya bakal menyusul!

February 26 at 8:52pm


Mengapa perlu memilih sedang pilihan sudah lama terpampang jelas di permukaan lautan resah gelisah rasa hati yg pastinya akan lemas dek taufan keraguan lantas mengundang terjelopoknya ke dasar kesengsaraan kedalaman penjara jiwa hamba! ~ mg Allah tunjukkan jalan buatmu.

February 22 at 6:03pm


Usah disalahertikan makna denyut gerak rasa resah membara membahang di jiwa hamba yg senantiasa terdorong dek akal yg terkadang semberononya menilai suatu yg tidak ternilai itu...jika ianya hasutan sumpah makhluk api terhadap jiwa anak Adam, sirami dengan air aqidah Islamiyyah, timbusi dengan pasir taqarrubillah...jika itulah kehendakNya, pasti mudah jalannya!

February 18 at 6:41am


Hati itu, terlalu sukar penafsiran makna yg membawa kefahaman yg tipis ke atas tiap2 rasa yg sering menjadikan manusia itu berperasaan yg dicampak dititipkan Ilahi...lihatlah dgn mata hatimu, nescaya ia tidak akan pernah menipu syaratnya, selagi iman meneraju arahnya menyuluh kesamaran.

February 17 at 1:30pm


so annoyying! ~ they know about 'dosa/pahala' but still dont want to do the 'pahala'. they noticed about 'haram/halal' but still they dont care. they saw others mistake but then, they themselves do more than that. they got angry when people talking or done bad to them, but they never stop saying bad about others. please, STOP it! I'm drowned already.

February 3 at 7:26pm


akan adakah peluang buatku menoktahkan? ~ tatkala hati dihambat hebat bak halilintar lantas merobek keseluruhan deria perasaan yg terlalu halus penafsirannya, mata seakan mengerti dan teramat tahu tindakan sewajarnya diperlihat agar umum tahu diriku RIMAS & LEMAS dgn mereka yg mempermainkan ISLAM!

January 31 at 7:27pm


Perit...dihina bagai diri merasakan hidupnya tanpa jiwa. Rimas...dipuji bagai diri merasakan seakan sempurna. Tidak pula layak untuk menghukum & memusuhi sesama insan kerana matlamat kita semua sama, Syurga Ilahi. Kerjaya hakiki sedari tangisan pertama (lahir) ke tangisan terakhir (mati) tidak lainnya, menyeru (bukan memaksa!) manusia ke arah kebaikan berlandaskan syariat. ~ SY BUKAN MALAIKAT! hanya hambaNya yg hina.

January 17 at 6:56am


Hakikat insan itu kecintaannya kepada yg disayangi. Hakikat sayang itu pada yg memikat di hati. Hakikatnya hati itu adalah satu nikmat dan rahmat Ilahi. Di anugerahkan naluri dan perasaan agar ilmu didada memisahkan yg Haq dan Batil. Bukannya susah, carilah 'tarikan' pd Allah & Rasul, nescaya rasa sayang & cinta itu akan menerjah jiwa!

January 13 at 6:48am


Akhirnya...kilauan 'mutiara' itu kembali menyilaukan pancaindera yg dulunya buta dek dentuman sengsara yg menghentam dinding perasaan yg telah lama kekeringan ditiup taufan kealpaan bak badai menghempas pinggir pantai lantas 'membersihkan' pesisirnya!

January 7 at 7:17pm


Usah diratap hiba keperitan sakitnya ditusuk sembilu bisa bersalut racun yg menghentikan denyut nadi darah yg mengalir lesu membalamkan api semangat juang pada hidup yg fana...apakan dayanya, andai ini suratan kasih tanda cinta Ilahi yg tiada tolok bandingnya nilai rahmat dan redhaNya ~ terima seadanya!

January 6 at 5:49pm


Kepiluan menyelubungi diri ~ terasa berat kaki melangkah merentasi raungan sesak tangis jiwa yg meronta hiba dek kecelaruan dan keluh kesah nurani yg dambakan pengisian rohaninya!

January 4 at 2:22pm


Tiada manusia hina yg tiada masa depan, tiada manusia mulia yg tiada masa silam...tiap2 insan punya ceriteranya sendiri. Lakarlah kisah masing2 dengan sirna kasihNya. Yg membezakan manusia itu hanyalah IMAN & TAQWA. Usah menghukum!

December 24, 2009 at 11:12am


Mengapa perlu memilih sedang pilihan sudah lama terbit. Mengapa mesti mengelak jika itu hakikatnya. Mengapa berfalsafah sedangkan Hadith & Al-Quran itu jelas! Yg Haq tetap Haq, dan Batil tetap Batil.

December 13, 2009 at 7:51pm


Kebenaran itu jelas...fitnah & kepalsuan sering menjadikan kebenaran n hakikat itu malap n suram...sudahlah, hentikan bersangka2...ianya hanya mengundang perpecahan n perbalahan. Urusan mereka, itu urusan mereka dgn Allah...kite ni belum tentu diredhai ~ muhasabah buat diri yg terkadang alpa n leka

December 1, 2009 at 10:00pm


'Harta yg dinafkahkan utk membela agama Allah, atau yg dinafkahkan utk memerdekakan budak, atau yg disedekahkan utk kesejahteraan org miskin, dan yg dinafkahkan utk keluarga sendiri, maka yg paling besar pahalanya ialah yg DINAFKAHKAN UNTUK KELUARGA SENDIRI' ~ (Hadis 949: Riwayat Muslim)

November 15, 2009 at 6:59pm


Pesan Assyahid Hassan Al Banna: Tanggungjawab itu melebihi masa yang ada...dan kerja2 dakwah itu mesti dilaksanakan, kalau bukan kita, SIAPA? kalau bukan sekarang, BILA? kalau bukan di sini, DI MANA?...sebelum ajal menjengah, selagi keupayaan masih wujud...ayuh, bangunkan semangat itu!

November 13, 2009 at 9:13pm