20100226

BurnT BiscuiT

When I was a kid, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed!

Yet all my dad did was reach for his biscuit, smile at my mom and ask me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that biscuit and eat every bite!

When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits." Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned? He wrapped me in his arms and said, "Your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides - a little burnt biscuit never hurt anyone!"

Life is full of imperfect things.....and imperfect people. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. But what I've learned over the years is that learning to accept each others faults - and choosing to celebrate each others differences - is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your life and lay them at the feet of Allah. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a relationship where a burnt biscuit isn't a deal-breaker!

We could extend this to any relationship. In fact, understanding is the base of any relationship, be it a husband-wife or parent-child or brother-sister or friendship!

"Don't put the key to your happiness in someone else's pocket - keep it in your own."

God Bless You. Now, and Always....So Please pass me a biscuit, and yes, the burnt one will do just fine.!.!.!.!


Expect the Unexpected!

20100221

1681-09-PRK

Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak (ALUMNI KMPk) telah pun berjaya menjadi NGO berdaftar dengan ROS Perak tanggal 07/08/09. Namun, segala usaha dalam menubuh, menggerakkan dan merealisasikan ALUMNI KMPk ini telah pun bermula sejak 03/12/05. Sepanjang 4 tahun, ALUMNI KMPk bergerak dan digerakkan oleh beberapa individu yg mahu ALUMNI KMPk ini menjadi satu badan yg profesional dan bebas bergerak (NGO).

Sy bukan gilakan jawatan/pangkat/kuasa yg ada dalam ALUMNI KMPk ini...selama 4 tahun, sy bantu ALUMNI KMPk ini utk terus mara sekali pun sy tahu, ianya menuntut pengorbanan yg sangat banyak, juga, ia menjanjikan pengalaman yg sangat berharga sehingga sy menjadi sy sekarang! Sepanjang 4 tahun pengajian sy di USM, ALUMNI KMPk menjadi fokus sy yg ke-2 selepas pengajian. Sekadar berkongsi pengalaman dan rasa hati antara sy dengan ALUMNI KMPk;

2004/2005 - Setahun di Bumi KMPk, sy bukanlah sesiapa, sekadar pelajar biasa yg masih lagi mencari penyesuaian diri di tempat yg asing. Cuba melibatkan diri dalam aktiviti kolej, namun, rasa rendah diri sangat kuat (pelajar lain dari MRSM, SBP dll)...agak sedih, tetapi tetap digagahkan semasa semester 2. Semasa notis utk menjadi AJKO MPPB dihebahkan, jauh disudut hati, sy sangat teringin utk menjadi sebahagian dari itu, namun, sy sekali lagi merendah diri. Sy ingat lg, suatu petang, Sarah Azizul datang ke bilik sy dan mengajak sy menjadi AJKO. Jujur sy katakan, sy sangat terharu dan gembira...syukran, Sarah ;)

2005
Oktober, tercetusnya idea dan semangat utk mengadakan 'reunion' batch 04/05 oleh sy setelah berbicara dengan kaunselor KMPk diketika itu, En. Mohd Nizam Tajeri, lantas terus sy hubungi sahabat baik sy, Sarah Azizul utk bersama2 menyahut cabaran dlm melaksanakan 'reunion' ini. Sarah mengenali ramai pelajar KMPk mungkin kerana Sarah, Timb Pengerusi PRD (Pembimbing Rakan Dinamik).

Disember, dengan kekuatan lebih kurang 10 orang, 'Sireh Pulang ke Gagang' berjaya dilaksanakan. Pada majlis makan malam itu jualah Pn. Roshidah menyarankan penubuhan ALUMNI KMPk. Diketika ini, sy tiada bersama2 rakan2 yg menggerakkan dan yg hadir. Pelantikan yg dibuat meletakkan sy sebagai Timb. Presiden Penaja ALUMNI KMPk. 2 hari sebelum majlis, ayahanda sy yg tercinta dikejarkan ke ICU kerana serangan jantung. Tiada apa yg mampu sy katakan, cuma 'Sarah, awk take over semua ye...' dan terus, sy pulang ke N.Sembilan.

2006
Jun, 6 bulan kami AJK penaja cuba menjejak abang2 kakak2 batch pertama KMPk (2002/2003) di kampus2 kami untuk kami kumpulkan mereka agar dapat menggerakkan ALUMNI KMPk sebaiknya. Sireh Pulang ke Gagang (SPKG 2) diadakan sekali dengan AGM (melantik abang2 & kakak2 ini sebagai penggerak). Lega kerana sy tidak menjadi penggerak utama, namun, tetap mendapat kepercayaan Puan Roshidah untuk sebarang maklumat dan program di KMPk (menjadi orang tengah utk Presiden & KMPk).

Disember, pelancaran penubuhan Alumni Kolej2 Matrikulasi di KM Melaka oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi, KPM. Beberapa bekas AJK Penaja turut bersama di majlis itu termasuklah sy.

2007
Jun, pelantikan MT baru dibuat sekali dengan SPKG 3. Kali ini, sudah mula ada dalam kalangan alumni2 yg mempersoalkan kewangan dan aktiviti ALUMNI KMPk...sy tak salahkan mereka, tapi cukup sy katakan, BUKAN SENANG NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG. Memang sukar bergerak tanpa pengiktirafan yg sah disisi undang2 Malaysia tetapi, SAH disisi PERATURAN BAHAGIAN MATRIKULASI KPM. Sy lebih suka sikap yg tidak hiraukan kata orang lain yg ada pada diri sy...ye, sy laksanakan kerja sy semampu sy dan terpulang pada mereka nak berkata apa pun. ;) Sy diberikan kepercayaan utk memegang amanah sebagai Naib Presiden ALUMNI KMPk diketika itu yg diusulkan agar kepimpinan ALUMNI KMPk memegang amanah masing2 selama 2 tahun (2007/2009). Agak sedih, kerana rakan2 AJK Penaja yg lain sudah mula sibuk dengan kehidupan di kampus masing2, hanya sy dan adik2 'baru'.

Oktober, sy semakin sibuk setelah terpilih dalam Pilihanraya Kampus, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP USM) 07/08 mewakili Pusat Pengajian Sains Kimia. Bukan mudah bernafas dalam jiwa sy diketika itu, kalau ikutkan rasa hati, mahu sahaja dilepaskan mana2 jawatan dan amanah yg ada takut2 tidak mampu memberikan komitmen. Allah tahu apa yg sy mampu! 4 amanah, sy pikul serentak...ALUMNI KMPk, MPPUSM, SUKSIS USM, PMIUSM...jujurnya, sy rasa sangat lelah sendirian di 'jalan' ini. Keputusan utk melanjutkan tempoh pengajian (tambah satu tahun) dibuat demi kesejahteraan diri sendiri huhu. Ketika ini, usaha mendaftarkan ALUMNI KMPk sebagai NGO dimulakan. Sy berulang sendiri menaiki bas @ motor dari Penang-Gopeng utk urusan2 NGO-ROS ini demi ALUMNI KMPk.

2008
Mei, alhamdulillah...hadirnya PHT3262 sebagai peneman setia sy dalam menjalani kehidupan sy yg sangat sibuk. Terima kasih IBU & AYAH!

Jun, SPKG 4 tetap diadakan sekalipun tiada AGM dan sy sudah tidak menjadi penggerak SPKG lagi (tahun ini, pentauliahan SUKSIS seMalaysia di USM). Sesudah tamat Upacara Pentauliahan (lepas satu beban, yeay!!!), sy terus ke KMPk bersama PHT3262 terchenta ;)

Ogos, bulan yg meruntun jiwa, menyaksikan sendiri rakan2 seijazah bergraduan. Sebagai MPP, ada tempat khas yg ditempatkan di atas pentas konvo bersama Dekan2, TNC2, NC, dan Kenamaan USM. Hanya Allah tahu, betapa sy tidak mampu utk menahan raungan jiwa ketika itu. Apapun, hidup mesti diteruskan dan Allah tahu apa yg sy mampu. Ini 'kasut' yg disiapkan utk sy dan hanya sy 'selesa' memakainya...

2009
Januari, tamatlah tanggungjawab sebagai MPPUSM 07/08...alhamdulillah, banyak yg sy belajar sepanjang memegang amanah itu terutamanya dalam menguruskan organisasi, yakin diri, protokol, dll. Pengalaman2 inilah yg sy gunakan dalam membantu sy menguruskan hal2 pendaftaran ALUMNI KMPk sebagai NGO. Terima kasih semua rakan2 MPPUSM 07/08 dan pihak BHEPP USM ;)

Mei, AJKO MPPB KMPk (Orientasi pelajar2 baru) kali ke-6 sy menyertainya. Sudah menjadi dan digelarkan 'orang lama' utk membantu para pensyarah KMPk di hari yg amat memenatkan, pendaftaran pelajar2 baru. ALUMNI KMPk semakin ramai yg menyedari kewujudannya dan mahu bersama2 menyertainya. Semasa minggu Orientasi inilah, akhirnya borang lengkap pendaftaran ALUMNI KMPk sebagai NGO diserahkan ke ROS. Perlembagaan yg sedia ada perlu disesuaikan dengan matlamat ALUMNI KMPk. Segala prosedur sy ikut agar prosesnya menjadi mudah.

Jun, SPKG 5 tanpa AGM kerana menantikan keputusan ROS (pending & postpone). Mula berkhidmat di Desasiswa Saujana USM sebagai pekerja kontrak dalam membantu melaksanakan Projek Eco-Desa: Saujana, sebuah projek APEX USM mewujudkan suasana Lestari di kediaman mahasiswa USM. Ingatkan setelah 4 tahun di Penang, bolehlah pulang ke teratak keluarga, apakan daya...rezeki itu Allah yg beri, yg penting jangan mudah mengeluh ;)

Ogos, ALUMNI KMPk sah berdaftar dan bebas bergerak serta menjalankan aktivitinya. Alhamdulillah, sekali hantar sahaja, ALUMNI KMPk telah berjaya bergelar NGO menjadikan ALUMNI KMPk sebagai Alumni Kolej2 Matrikulasi KPM yg ke-2 menjadi NGO selepas KMM. Terima kasih kepada ROS Perak yg meluluskan pendaftaran ALUMNI KMPk ini.

Oktober, ROS Perak menjemput 2 wakil ALUMNI KMPk ke Majlis penyerahan sijil di Ipoh. Hanya sy mewakili ALUMNI KMPk bersendirian kerana MT yg lain sibuk dengan urusan masing2. Kebetulan ketika itu, sy dalam proses berpindah dari Penang-N.Sembilan (ditawarkan kerja tetap di Melaka), singgah sebentar di Ipoh. Sebak, itu yg sy rasakan tatkala mengambil sijil itu, satu persatu penat lelah, susah payah, suka duka, dalam proses menubuhkan itu menerjah ruang minda....sayu.

Februari, pelantikan MT baru yg sepatutnya dipilih pada 2009 diadakan jua. Hajatnya, mahu mengundurkan diri kerana pelbagai faktor...sekali lagi diberikan kepercayaan memegang amanah Timb. Presiden utk 2 tahun. Bukan isu mampu@tak yg sy fikirkan...cuma, sy terfikir sampai bila? Sampai bila sy harus menongkah arus menggerakkan ALUMNI KMPk ini lagi sedangkan sy tahu perihal diri sendiri, banyak yg mengharapkan agar diutamakan. Keluarga, kerjaya, masa hadapan, peribadi...tidaklah maksudnya selama ini sy abaikan, cuma tidak menjadi keutamaan. Jauh di sudut hati, sy sayangkan ALUMNI KMPk ini...andai sekiranya sy leka dengan amanah ini, tolong sedarkan sy bahawasanya, MASALAH UMMAT itu lebih banyak yg perlu difikir dan diselesaikan. ~ ayat berbelit mcm ape ntah...


Sedikit luahan rasa;
  1. sy akan rimas jika organisasi ini dibelenggu masalah peribadi yg dibawa masuk ke dalam organisasi!
  2. sy akan berkomitmen selagi organisasi ini tidak melampaui batas fitrah insani, pohon dibezakan yg HAQ & BATIL agar organisasi ini sentiasa 'selamat'
  3. sy akan mengundurkan diri jika ada unsur2 'tikam belakang' @ 'menjatuhkan' dalam organisasi ini kerana sy tidaklah mengharapkan apa2 daripada organisasi ini!
  4. sy akan melaksanakan amanah sy selagi berupaya dan dengan sedayanya sy usahakan demi amanah yg akan ditanya di Akhirat kelak.


'Kita berhak merancang masa depan, tetapi, masa depan itu telah ditakdirkanNya'


'Sy bukan 'Malaikat', sy hanya manusia yg hina...tak perlu dipuji!'


Expect the Unexpected!

20100218

Ratu Syahadah

Tatkala akal menimbang2 lamaran adik2 PMIUSM untuk menjadi juri di Malam Intelek Siswi Lestari sempena Bulan Islam & Kelestarian yg akan berlangsung 28/02/10 - 27/03/10 kelak, terus, memori lalu bersama PMIUSM terutamanya HELWI menerjah ingatan.


Malam Kesenian Siswi anjuran HELWI PMIUSM agak menarik minat umum terutama siswi USM. Bermula dengan usaha yg diketengahkan oleh Kakak Siti Syarifah Ismail (mantan HELWI PMIUSM 06/07) Malam Kesenian Siswi (MAKSIS) mempertaruhkan pertandingan nasyid dan sketsa. Ketika itu pertandingan ini diadakan di DK U, sy menyertainya bersama skuad KOR SUKSIS USM dengan sketsa 'sakaratul maut' yg menjadikan kami Naib Johan kategori SKETSA. Tidak lupa juga, sy menerajui kakak2 dan sahabat2 PMIUSM dalam mempersembahkan 'choral speaking' yg akhirnya menjadikan kami JOHAN kategori SKETSA. (kiranya, sy sangat puas hati la sebab dapat Naib Johan & Johan, Yeay!!).


Tahun seterusnya, sekali lagi HELWI PMIUSM menganjurkan MAKSIS dan kali ini di Dewan Budaya USM. **ketika ini, sy masih menyandang taklifan sebagai Exco Hadhari & Pembangunan Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar USM 07/08**. Memang tidak menang tangan untuk luangkan masa berlatih bagi menyertai dan memeriahkan MAKSIS, niat tu ada untuk menyertai bersama rakan2 MPP siswi yg lain tetapi apakan daya tak upaya. Kisah yg paling sy tak dapat lupakan, pada pagi Khamis sekitar jam 7 (tak ingat tarikh la pula), Pengerusi HELWI merangkap Pengarah MAKSIS, Siti Aisyah memohon sy utk menyertai pertandingan nasyid SOLO (pertandingan akan diadakan pada malam itu juga!)...eerrrkkkk, sy terpana seketika. Agak keberatan kerana langsung tidak bersedia tambahan pula, pagi itu juga sy ada ujian Bahasa Arab, paper minor sy. Menjelang Zohor baru sy nyatakan persetujuan utk masuk bertanding dengan niat sekadar memeriahkan suasana pertandingan je. Apa lagi, pulun la menghafal lirik lagu, 'RATU SYAHADAH' ni..tambah pula, petang Khamis memang rutin mingguan sebagai anggota KOR SUKSIS USM menjalani latihan fizikal di padang kawad, apa lagi, sepanjang latihan asyik menyanyi sendiri dan menghafal lirik lagu. Selesai sahaja latihan, terus sy bersiap utk ke Dewan Budaya USM...berdebar sangat, hanya mereka yg hadir tahu betapa 'macam2' adegan dan peristiwa spontan yg berlaku sepanjang malam itu. Kredit to KAK SARAH & KAK PUTERI! Membantu intro persembahan sy (dimulakan dgn sajak ) ;)


Entah apa yg membuatkan para juri memilih sang Juara MAKSIS malam itu, sy pun tak pasti. Yg sy pasti, itu hanyalah hiburan buat mereka yg menonton dan kepuasan bg yg mempersembahkan. ;)



Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yg sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yg alpa
Sinar imanmu bak kilau permata
Kau miliki jiwa hamba walau disisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan, iman bukanlah penjara dijiwa
Yang selamanya tersembuyi tapi kemerdekaan yg hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya iman mu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa oleh suamimu yg dihina

Dikejauhan istana keangkuhan menggamit mata sayunya dijiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
oh Tuhan binakan istana utkku
Walupun didunia ku diseksa namun tak terbayar nikmat di Syurga

oh Asiah kau merubah rencana bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hantyut menongkah arus sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang


Quote: Mengimpikan utk menjadi seteguh Asiah sekalipun bergelar isteri kepada penentang Islam!


Expect the Unexpected!

20100217

ke-3

'Mana tahu, Allah nk awk cakap utk kali KE-3 baru semua perasaan itu tenang...mungkin sebelum ni, ujian buat awk agar SABAR & TABAH' - tidak tercapai dek akal akan cadangan ini!

Resah
Gelisah
.
.
.
Rasa itu terbitnya dari mana?
Mampukah utk kita menerbitkan atau membuangnya sendiri?
Hati itu kejadiannya sangat menakjubkan
Segala perlakuan baik @ buruk mulanya pada hati
.
.
.
Cinta
Sayang
Kasih
Rindu
Kasihan
Marah
Benci
Riak
.
.
.
Siapa pula yg menciptakan perasaan yg pelbagai ini?
Untuk apakah manusia itu memiliki rasa2 tersebut?
Allah jualah yg mentakdirkan perasaan itu menyenggah ke hati
Tapi, manusia selalunya melulu
Kerana manusia itu bukan selamanya berteman
Bilamana sendirian, pasti kata hati itu benar belaka
Maka, diserukan manusia itu dengan seruan IMAN
Agar segala kata hati itu diamati dan dikenali
Turutlah mata hati, kerana pandangan itu pandangan Allah
Jika syariat dijaga rapi, ibadah keutamaan harian
.
.
.
Solat
Tadabbur
Puasa
Sedekah
.
.
.
Nadi insan yg dambakan hidupnya dlm redha Ilahi
.
.
.
Hati itu milik Allah
Dengan izinNya jualah rasa itu menyelimuti hati
.
.
.
Maaf kiranya penzahiran rasa hati itu
Membuatkan ada pihak yg tidak tenang
Maaf jika perlakuan yg didorong oleh hati ini
Bukanlah suatu yg positif utk diterima
Maaf andai kata2 yg dilafazkan
Menerbit rasa negatif pada diri pendengar
.
.
.
Telah lama rasanya, rasa itu diabaikan oleh diri
Berusaha, menangkis, menolak, membuang jauh2
Diri ini hanya manusia yg lemah lg hina
Tidak tertanggung lagi rasanya
Sakitnya bernafas dalam jiwa hamba ini
Kudrat anugerah Ilahi jualah yg menjadikan
.
.
.
Semalam suatu yg pasti
Hari ini suatu yg realiti
Besok suatu yg dinanti
.
.
.
Nah....apa yg telah ditakdirkan itulah hakikatnya
Dan apa yg dirancang itulah bukan yg muktamad
Kerana ada yg Maha Berkuasa menentukan
.
.
.
'We deserved to plan the future, but the future had been planned'
.
.
.
Walau apa pun, kini, diriku semakin tenang dan damai
Terima Kasih Ya Allah
Atas rasa itu
.
.
.
Derita
Sengsara
Sakit
Sedih
.
.
.
Dengan kudratMu, kini
.
.
.
Bahagia
Tenang
Gembira
Sejahtera
.
.
.
.
.
Terima Kasih buat dirimu & dirinya
.
.
.
.
.
Tiada daya & upaya melainkan dengan izin Allah
.
.
.
.
.
Ya Allah
sesungguhnya ku memohon ditunjukkan pilihan & ketentuan untukku dengan jalanMu
ku mohon dengan kuasa & kudratMu
kerana Engkaulah yang mengetahui sesuatu kebaikan sedang aku tidak mengetahuinya
dan Engkaulah yang Maha Mengetahui perkara2 yang ghaib

Ya Allah
andainya perkara yang akan ku hadapi & hendak lakukan ini baik bagiku
baik bagi agamaku, kehidupanku, kesudahan hidupku samada lambat atau cepat
maka kupohon dijadikan perkara itu untukku
dan berilah barakahMu Ya Allah padanya

andai perkara yang ku hadapi & hendak lakukan ini tidak baik bagiku
bagi agamaku, kehidupan dan kesudahan hidupku
maka hindarkanlah & jauhkanlah aku daripadanya dan berilah kasih sayangMu
sesudah itu kurniakanlah kebaikan walau apa pun yang terjadi kepadaku...


Expect the Unexpected!

20100207

HISSHHH

Manusia.....dasar manusia itu dijanjikan godaan syaitan hingga ke akhir hayat diri!
Pasti hasutan 'makhluk api' itu dituruti jika iman tidak mendahului
Sesempurna mana pun ibadah, jika akhlak yg terpamer keji
Menunjukkan betapa busuknya hati
Mengundang kata2 'doa mustajab' mereka yg ditindas dan dizalimi
Tika itu, usahlah harap diri akan disanjung tinggi
Apa guna kalau hidup diselimuti umpat caci
Sedang semuanya berpunca dari ketamakkan sendiri
Orang lain buat kerja, orang lain puji diri
Bukanlah mengungkit, cuma kurang berpuas hati
Pangkat dan bonus itu lagi penting dari kehormatan diri
Ape buat dikejar harta benda sedang maruah tergadai?
Manusia mana suka pada mereka yg tinggi diri???
Memuji diri untuk kesenangan diri sendiri
Sukar sangatkah berakhlak dengan akhlak Nabi?
Bukanlah meminta disanjung2 bak puteri
Cukup sekadar hak2 mereka yg berhak dijaga rapi
Berbaloikah hidup diulit kekayaan tapi org bawahan mengeji?
Sebab tu orang tua2 selalu mengingati
Bila dah ade di atas, orang di bawah jangan dilupai
Takut kelak hari2 yg dilalui penuh dengan dendam benci
Apa yg orang lain buat tampak salah semuanya sekali
Segala yg betul hanya pada fikiran sendiri
HUH...menyampah sangat rasenye mengadap die hari2
Kalau dah benda remeh pun nak marah2 maki2
Ikutkan hati nk menjawab 'kuang ajaq' je nanti
Mujur mulut menyekat, cukup sekadar senyum perli
Bahasa yg mudah dan nada yg lembut utk mengisyarati
Hati memang pedih sepanjang detik tika dimaki
Tapi, kalau dah matlamat hidup tu untuk duniawi
Tambah pula hati memang dah keras macam kayu jati
Cakap macamana pun 'muka takde kaler' hari2
Konsep dakwah pun jadi tak rasional utk diserui
Hanya doa agar dirahmati dan diredhai
Moga2 harta tu semua 'HALAL' buat anak bini
Ingat, org membenci dan mencaci anda berbakul2 hari2
Kalau teringat dosa/pahala, halal/haram lagi
Cepat2lah istighfar dan solat taubat sekali
Lepas tu, jagalah akhlak hiasi peribadi
Mintalah maaf pada yg patut dan berhak memaafi
Takut2 kelak tak berampun bila mati
Kan dah susah nk mengadap Ilahi!
Dosa sesama ummat ni bukan boleh di'nanti'
Sebab kita tak tahu bila tarikhnya Malaikat Maut mengunjungi....


Quotation: edisi lepas geram ~ luahkan kalau marah tp bertempat. SABAR adalah JALAN KELUAR buat mereka yg tidak menemukan jalan keluar!

'Bila dilanda musibah hati tabah mula rekah, jangan biarkan dugaan rapuhkan pedoman hidup. Andai waktu itu tiba, semaikan sifat bersabar. Hanya DIA saja menentu, kita hanya mampu SUJUD'


Hidup berpedoman bukanlah sia2!


Expect the Unexpected!