20100221

1681-09-PRK

Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak (ALUMNI KMPk) telah pun berjaya menjadi NGO berdaftar dengan ROS Perak tanggal 07/08/09. Namun, segala usaha dalam menubuh, menggerakkan dan merealisasikan ALUMNI KMPk ini telah pun bermula sejak 03/12/05. Sepanjang 4 tahun, ALUMNI KMPk bergerak dan digerakkan oleh beberapa individu yg mahu ALUMNI KMPk ini menjadi satu badan yg profesional dan bebas bergerak (NGO).

Sy bukan gilakan jawatan/pangkat/kuasa yg ada dalam ALUMNI KMPk ini...selama 4 tahun, sy bantu ALUMNI KMPk ini utk terus mara sekali pun sy tahu, ianya menuntut pengorbanan yg sangat banyak, juga, ia menjanjikan pengalaman yg sangat berharga sehingga sy menjadi sy sekarang! Sepanjang 4 tahun pengajian sy di USM, ALUMNI KMPk menjadi fokus sy yg ke-2 selepas pengajian. Sekadar berkongsi pengalaman dan rasa hati antara sy dengan ALUMNI KMPk;

2004/2005 - Setahun di Bumi KMPk, sy bukanlah sesiapa, sekadar pelajar biasa yg masih lagi mencari penyesuaian diri di tempat yg asing. Cuba melibatkan diri dalam aktiviti kolej, namun, rasa rendah diri sangat kuat (pelajar lain dari MRSM, SBP dll)...agak sedih, tetapi tetap digagahkan semasa semester 2. Semasa notis utk menjadi AJKO MPPB dihebahkan, jauh disudut hati, sy sangat teringin utk menjadi sebahagian dari itu, namun, sy sekali lagi merendah diri. Sy ingat lg, suatu petang, Sarah Azizul datang ke bilik sy dan mengajak sy menjadi AJKO. Jujur sy katakan, sy sangat terharu dan gembira...syukran, Sarah ;)

2005
Oktober, tercetusnya idea dan semangat utk mengadakan 'reunion' batch 04/05 oleh sy setelah berbicara dengan kaunselor KMPk diketika itu, En. Mohd Nizam Tajeri, lantas terus sy hubungi sahabat baik sy, Sarah Azizul utk bersama2 menyahut cabaran dlm melaksanakan 'reunion' ini. Sarah mengenali ramai pelajar KMPk mungkin kerana Sarah, Timb Pengerusi PRD (Pembimbing Rakan Dinamik).

Disember, dengan kekuatan lebih kurang 10 orang, 'Sireh Pulang ke Gagang' berjaya dilaksanakan. Pada majlis makan malam itu jualah Pn. Roshidah menyarankan penubuhan ALUMNI KMPk. Diketika ini, sy tiada bersama2 rakan2 yg menggerakkan dan yg hadir. Pelantikan yg dibuat meletakkan sy sebagai Timb. Presiden Penaja ALUMNI KMPk. 2 hari sebelum majlis, ayahanda sy yg tercinta dikejarkan ke ICU kerana serangan jantung. Tiada apa yg mampu sy katakan, cuma 'Sarah, awk take over semua ye...' dan terus, sy pulang ke N.Sembilan.

2006
Jun, 6 bulan kami AJK penaja cuba menjejak abang2 kakak2 batch pertama KMPk (2002/2003) di kampus2 kami untuk kami kumpulkan mereka agar dapat menggerakkan ALUMNI KMPk sebaiknya. Sireh Pulang ke Gagang (SPKG 2) diadakan sekali dengan AGM (melantik abang2 & kakak2 ini sebagai penggerak). Lega kerana sy tidak menjadi penggerak utama, namun, tetap mendapat kepercayaan Puan Roshidah untuk sebarang maklumat dan program di KMPk (menjadi orang tengah utk Presiden & KMPk).

Disember, pelancaran penubuhan Alumni Kolej2 Matrikulasi di KM Melaka oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi, KPM. Beberapa bekas AJK Penaja turut bersama di majlis itu termasuklah sy.

2007
Jun, pelantikan MT baru dibuat sekali dengan SPKG 3. Kali ini, sudah mula ada dalam kalangan alumni2 yg mempersoalkan kewangan dan aktiviti ALUMNI KMPk...sy tak salahkan mereka, tapi cukup sy katakan, BUKAN SENANG NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG. Memang sukar bergerak tanpa pengiktirafan yg sah disisi undang2 Malaysia tetapi, SAH disisi PERATURAN BAHAGIAN MATRIKULASI KPM. Sy lebih suka sikap yg tidak hiraukan kata orang lain yg ada pada diri sy...ye, sy laksanakan kerja sy semampu sy dan terpulang pada mereka nak berkata apa pun. ;) Sy diberikan kepercayaan utk memegang amanah sebagai Naib Presiden ALUMNI KMPk diketika itu yg diusulkan agar kepimpinan ALUMNI KMPk memegang amanah masing2 selama 2 tahun (2007/2009). Agak sedih, kerana rakan2 AJK Penaja yg lain sudah mula sibuk dengan kehidupan di kampus masing2, hanya sy dan adik2 'baru'.

Oktober, sy semakin sibuk setelah terpilih dalam Pilihanraya Kampus, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP USM) 07/08 mewakili Pusat Pengajian Sains Kimia. Bukan mudah bernafas dalam jiwa sy diketika itu, kalau ikutkan rasa hati, mahu sahaja dilepaskan mana2 jawatan dan amanah yg ada takut2 tidak mampu memberikan komitmen. Allah tahu apa yg sy mampu! 4 amanah, sy pikul serentak...ALUMNI KMPk, MPPUSM, SUKSIS USM, PMIUSM...jujurnya, sy rasa sangat lelah sendirian di 'jalan' ini. Keputusan utk melanjutkan tempoh pengajian (tambah satu tahun) dibuat demi kesejahteraan diri sendiri huhu. Ketika ini, usaha mendaftarkan ALUMNI KMPk sebagai NGO dimulakan. Sy berulang sendiri menaiki bas @ motor dari Penang-Gopeng utk urusan2 NGO-ROS ini demi ALUMNI KMPk.

2008
Mei, alhamdulillah...hadirnya PHT3262 sebagai peneman setia sy dalam menjalani kehidupan sy yg sangat sibuk. Terima kasih IBU & AYAH!

Jun, SPKG 4 tetap diadakan sekalipun tiada AGM dan sy sudah tidak menjadi penggerak SPKG lagi (tahun ini, pentauliahan SUKSIS seMalaysia di USM). Sesudah tamat Upacara Pentauliahan (lepas satu beban, yeay!!!), sy terus ke KMPk bersama PHT3262 terchenta ;)

Ogos, bulan yg meruntun jiwa, menyaksikan sendiri rakan2 seijazah bergraduan. Sebagai MPP, ada tempat khas yg ditempatkan di atas pentas konvo bersama Dekan2, TNC2, NC, dan Kenamaan USM. Hanya Allah tahu, betapa sy tidak mampu utk menahan raungan jiwa ketika itu. Apapun, hidup mesti diteruskan dan Allah tahu apa yg sy mampu. Ini 'kasut' yg disiapkan utk sy dan hanya sy 'selesa' memakainya...

2009
Januari, tamatlah tanggungjawab sebagai MPPUSM 07/08...alhamdulillah, banyak yg sy belajar sepanjang memegang amanah itu terutamanya dalam menguruskan organisasi, yakin diri, protokol, dll. Pengalaman2 inilah yg sy gunakan dalam membantu sy menguruskan hal2 pendaftaran ALUMNI KMPk sebagai NGO. Terima kasih semua rakan2 MPPUSM 07/08 dan pihak BHEPP USM ;)

Mei, AJKO MPPB KMPk (Orientasi pelajar2 baru) kali ke-6 sy menyertainya. Sudah menjadi dan digelarkan 'orang lama' utk membantu para pensyarah KMPk di hari yg amat memenatkan, pendaftaran pelajar2 baru. ALUMNI KMPk semakin ramai yg menyedari kewujudannya dan mahu bersama2 menyertainya. Semasa minggu Orientasi inilah, akhirnya borang lengkap pendaftaran ALUMNI KMPk sebagai NGO diserahkan ke ROS. Perlembagaan yg sedia ada perlu disesuaikan dengan matlamat ALUMNI KMPk. Segala prosedur sy ikut agar prosesnya menjadi mudah.

Jun, SPKG 5 tanpa AGM kerana menantikan keputusan ROS (pending & postpone). Mula berkhidmat di Desasiswa Saujana USM sebagai pekerja kontrak dalam membantu melaksanakan Projek Eco-Desa: Saujana, sebuah projek APEX USM mewujudkan suasana Lestari di kediaman mahasiswa USM. Ingatkan setelah 4 tahun di Penang, bolehlah pulang ke teratak keluarga, apakan daya...rezeki itu Allah yg beri, yg penting jangan mudah mengeluh ;)

Ogos, ALUMNI KMPk sah berdaftar dan bebas bergerak serta menjalankan aktivitinya. Alhamdulillah, sekali hantar sahaja, ALUMNI KMPk telah berjaya bergelar NGO menjadikan ALUMNI KMPk sebagai Alumni Kolej2 Matrikulasi KPM yg ke-2 menjadi NGO selepas KMM. Terima kasih kepada ROS Perak yg meluluskan pendaftaran ALUMNI KMPk ini.

Oktober, ROS Perak menjemput 2 wakil ALUMNI KMPk ke Majlis penyerahan sijil di Ipoh. Hanya sy mewakili ALUMNI KMPk bersendirian kerana MT yg lain sibuk dengan urusan masing2. Kebetulan ketika itu, sy dalam proses berpindah dari Penang-N.Sembilan (ditawarkan kerja tetap di Melaka), singgah sebentar di Ipoh. Sebak, itu yg sy rasakan tatkala mengambil sijil itu, satu persatu penat lelah, susah payah, suka duka, dalam proses menubuhkan itu menerjah ruang minda....sayu.

Februari, pelantikan MT baru yg sepatutnya dipilih pada 2009 diadakan jua. Hajatnya, mahu mengundurkan diri kerana pelbagai faktor...sekali lagi diberikan kepercayaan memegang amanah Timb. Presiden utk 2 tahun. Bukan isu mampu@tak yg sy fikirkan...cuma, sy terfikir sampai bila? Sampai bila sy harus menongkah arus menggerakkan ALUMNI KMPk ini lagi sedangkan sy tahu perihal diri sendiri, banyak yg mengharapkan agar diutamakan. Keluarga, kerjaya, masa hadapan, peribadi...tidaklah maksudnya selama ini sy abaikan, cuma tidak menjadi keutamaan. Jauh di sudut hati, sy sayangkan ALUMNI KMPk ini...andai sekiranya sy leka dengan amanah ini, tolong sedarkan sy bahawasanya, MASALAH UMMAT itu lebih banyak yg perlu difikir dan diselesaikan. ~ ayat berbelit mcm ape ntah...


Sedikit luahan rasa;
  1. sy akan rimas jika organisasi ini dibelenggu masalah peribadi yg dibawa masuk ke dalam organisasi!
  2. sy akan berkomitmen selagi organisasi ini tidak melampaui batas fitrah insani, pohon dibezakan yg HAQ & BATIL agar organisasi ini sentiasa 'selamat'
  3. sy akan mengundurkan diri jika ada unsur2 'tikam belakang' @ 'menjatuhkan' dalam organisasi ini kerana sy tidaklah mengharapkan apa2 daripada organisasi ini!
  4. sy akan melaksanakan amanah sy selagi berupaya dan dengan sedayanya sy usahakan demi amanah yg akan ditanya di Akhirat kelak.


'Kita berhak merancang masa depan, tetapi, masa depan itu telah ditakdirkanNya'


'Sy bukan 'Malaikat', sy hanya manusia yg hina...tak perlu dipuji!'


Expect the Unexpected!

3 comments:

  1. teruskan berjuang. Maaf ye..aku tak dapat bersama sepanjang kau bersusah payah menaikkan dan mengukuhkan kedudukkan alumni ni. Masalah keluarga..biasalah..anak emak.tak boleh keluar rumah. hehe. apapun, doa ku sentiasa mengiringi mu.

    ReplyDelete
  2. sayu la plak...huhu, thanx sarah...mujur ada ainaa yg kembali bersama dlm alumni ni ;) aku n ainaa tetap menantikan kau n alip pa'an...

    ReplyDelete