Tatkala akal menimbang2 lamaran adik2 PMIUSM untuk menjadi juri di Malam Intelek Siswi Lestari sempena Bulan Islam & Kelestarian yg akan berlangsung 28/02/10 - 27/03/10 kelak, terus, memori lalu bersama PMIUSM terutamanya HELWI menerjah ingatan.
Malam Kesenian Siswi anjuran HELWI PMIUSM agak menarik minat umum terutama siswi USM. Bermula dengan usaha yg diketengahkan oleh Kakak Siti Syarifah Ismail (mantan HELWI PMIUSM 06/07) Malam Kesenian Siswi (MAKSIS) mempertaruhkan pertandingan nasyid dan sketsa. Ketika itu pertandingan ini diadakan di DK U, sy menyertainya bersama skuad KOR SUKSIS USM dengan sketsa 'sakaratul maut' yg menjadikan kami Naib Johan kategori SKETSA. Tidak lupa juga, sy menerajui kakak2 dan sahabat2 PMIUSM dalam mempersembahkan 'choral speaking' yg akhirnya menjadikan kami JOHAN kategori SKETSA. (kiranya, sy sangat puas hati la sebab dapat Naib Johan & Johan, Yeay!!).
Tahun seterusnya, sekali lagi HELWI PMIUSM menganjurkan MAKSIS dan kali ini di Dewan Budaya USM. **ketika ini, sy masih menyandang taklifan sebagai Exco Hadhari & Pembangunan Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar USM 07/08**. Memang tidak menang tangan untuk luangkan masa berlatih bagi menyertai dan memeriahkan MAKSIS, niat tu ada untuk menyertai bersama rakan2 MPP siswi yg lain tetapi apakan daya tak upaya. Kisah yg paling sy tak dapat lupakan, pada pagi Khamis sekitar jam 7 (tak ingat tarikh la pula), Pengerusi HELWI merangkap Pengarah MAKSIS, Siti Aisyah memohon sy utk menyertai pertandingan nasyid SOLO (pertandingan akan diadakan pada malam itu juga!)...eerrrkkkk, sy terpana seketika. Agak keberatan kerana langsung tidak bersedia tambahan pula, pagi itu juga sy ada ujian Bahasa Arab, paper minor sy. Menjelang Zohor baru sy nyatakan persetujuan utk masuk bertanding dengan niat sekadar memeriahkan suasana pertandingan je. Apa lagi, pulun la menghafal lirik lagu, 'RATU SYAHADAH' ni..tambah pula, petang Khamis memang rutin mingguan sebagai anggota KOR SUKSIS USM menjalani latihan fizikal di padang kawad, apa lagi, sepanjang latihan asyik menyanyi sendiri dan menghafal lirik lagu. Selesai sahaja latihan, terus sy bersiap utk ke Dewan Budaya USM...berdebar sangat, hanya mereka yg hadir tahu betapa 'macam2' adegan dan peristiwa spontan yg berlaku sepanjang malam itu. Kredit to KAK SARAH & KAK PUTERI! Membantu intro persembahan sy (dimulakan dgn sajak ) ;)
Entah apa yg membuatkan para juri memilih sang Juara MAKSIS malam itu, sy pun tak pasti. Yg sy pasti, itu hanyalah hiburan buat mereka yg menonton dan kepuasan bg yg mempersembahkan. ;)
Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi
Engkau masih isteri yg sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yg alpa
Sinar imanmu bak kilau permata
Kau miliki jiwa hamba walau disisimu singgahsana
Sejarah Asiah telah membuktikan, iman bukanlah penjara dijiwa
Yang selamanya tersembuyi tapi kemerdekaan yg hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya iman mu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa oleh suamimu yg dihina
Dikejauhan istana keangkuhan menggamit mata sayunya dijiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
oh Tuhan binakan istana utkku
Walupun didunia ku diseksa namun tak terbayar nikmat di Syurga
oh Asiah kau merubah rencana bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hantyut menongkah arus sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang
Quote: Mengimpikan utk menjadi seteguh Asiah sekalipun bergelar isteri kepada penentang Islam!
Expect the Unexpected!
No comments:
Post a Comment