20100521

Marah!

19 Mei 2010 bersamaan hari Rabu yg lalu sekitar jam 7.30 pagi, sedang kaki ini menekan pedal minyak, tangan kanan memutarkan stereng kereta, tangan kiri menukar gear sesuai dgn kehendak PHT3262 yg membawaku ke perkarangan Daibochi Plastic...telinga ini menangkap butir bicara juruhebah radio IKIM.fm membacakan berita2 dari akhbar tempatan. Minda yg ketika itu ligat memikirkan perancangan2 hidup lantas terhenti dan memberi tumpuan terhadap suara juruhebah radio.


"MELAKA: Satu pasangan kekasih remaja menjadi pasangan pertama di negara ini didakwa atas pertuduhan bersama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan mengebumikannya di satu kawasan di tepi sungai di Batu Berendam pada 12 Mei lalu.

Tertuduh, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, dan teman wanitanya yang juga juvana berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap pertuduhan itu. Pada prosiding bermula jam 3.05 petang itu, tertuduh lelaki berpakaian baju-T warna merah jambu dan berseluar panjang hitam, manakala pasangannya berbaju jaket hijau dan memakai seluar trek kelihatan tenang mendengar pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Sejurus pertuduhan dibaca dan diterangkan, Muhammad Safiuddin yang berada dalam kandang pesalah bertanya apa dimaksudkan dengan ‘minta dibicarakan’ atau ‘mengaku bersalah’. Jurubahasa kemudian menjelaskan jika mengaku bersalah, mahkamah tidak akan menjalankan perbicaraan dan terus menjatuhkan hukuman, manakala jika tidak mengaku bersalah perbicaraan akan dijalankan. Juvana itu yang berdiri di luar pula mengaku bersalah sejurus ditanya jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi sungai Taman Melaka Baru, Batu Berendam, antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu. Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, jika disabitkan boleh dipenjara dua tahun dan didenda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latiff memberitahu mahkamah pihak pendakwaan bersedia dengan fakta kes, namun laporan akhlak dan sosial belum diperoleh. Beliau kemudian memohon tarikh lain bagi mendapatkan laporan akhlak dan sosial tertuduh dan juvana itu serta menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Muhammad Safiuddin bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan atas alasan masih belajar dan memohon diberikan peluang berubah oleh mahkamah dan begitu juga juvana terbabit. Juvana itu merayu jaminan dikurangkan kerana dia masih belajar, manakala ibunya seorang ibu tunggal.

Berikutan itu, majistret menangguhkan keputusan fakta dan hukumannya pada 17 Jun depan dan menetapkan jaminan RM2,000 bagi Muhammad Safiuddin dan juvana itu. Pada mulanya kedua-dua remaja terbabit dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, namun media yang menunggu sejak awal pagi hingga tengah hari terkejut apabila pasangan terbabit dibawa keluar dari lokap mahkamah untuk didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai tempat kejadian.

Pada prosiding di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, galeri awam dipenuhi orang awan dan juga ahli keluarga juvana dan teman lelakinya itu. Ibu Muhammad Safiuddin kelihatan cuba menenangkan anak lelakinya itu sambil berpelukan, manakala juvana terbabit yang duduk di samping ibunya kelihatan menutup muka dengan tuala kecil berwarna biru."


Dahiku mula berkerut, tangan ini semakin kuat menggengam stereng menterjemahkan rasa hati yg amat marah, akhirnya, airmata ini jatuh jua...merasakan, bahawa diri ini belum kuat berusaha membantu umat Muhammad SAW yg wujud di muka Bumi ini utk lebih mengenali dan mendekati kalimah tauhid.

Marah dengan diri sendiri yg belum mampu utk benar2 'turun padang' mendekati adik2, rakan2, dan kakak2 yg berada di luar sana...mereka tidak bersalah! Kerana dengan izin Allah jualah segalanya terjadi...dengan kehendakNya! Allah timpakan bala bencana dan malapetaka terhadap umat Islam agar golongan yg menyeru atau sedar itu terus2an menyeru terhadap kebaikan dan kesejagatan. Andai tiada musibah melanda, itu tandanya Allah tidak sayangkan kita...musibah atau ujian itulah tanda sayangNya Tuhan Yg Esa terhadap manusia.

Ya, sesuatu mesti dilakukan...bukan menuding jari atau berpeluk tubuh...bangkitlah wahai mujahidah2 muda, ku seru kalian tampil bersama2 kita berganding bahu utk 'turun padang'. Wasilah kita sudah lama tersedia...hanya menantikan kalian timbul dari timbunan nikmat duniawi. Ayuh, an-NISA'....kita perangi gejala pergaulan bebas ini yg akhirnya mengakibatkan roh2 yg suci itu tidak tenang bersemadi...mereka pasti menantikan kita di Akhirat kelak dengan kesayuan dan kehibaan kerana kita tidak menghalang ibunya daripada berbuat dosa, dan kita tidak ajak ibunya utk lebih mendekati Allah...astaghfirullah al-'aziim 3x

Rahim wanita itu mulia, kerana disitu lahirnya insan yg jika dibentuk akhlaknya akan menjadi khalifah yg hebat, namun, jika dibiar hanyut dek gelombang duniawi akan menjadi perencat terhadap khalifah yg lain. Janin yg bakal terbentuk itu mempunyai haknya utk berada di dalam rahim ibu yg baik lagi solehah. Bayi yg terkandung itu berhak dibin/dibintikan dengan ayah yg baik akhlaknya dan mampu mengimami anaknya kelak. Setiap penciptaan insan itu diaturkan dan dijadikan dengan semulia2 kejadian.

'aku perlu lebih tabah dan kuat dalam mengharungi samudera yg terbentang luas ini, bernakhodakan akal yg secebis cuma, berpandukan iman yg sekelumit...selagi terdaya, bertahanlah wahai diri...tiada istilah berhenti kecuali mati!'

Expect the Unexpected!

1 comment:

  1. kak mas, btul tu....sy blk kg, tau2 ade remaja yg lagi muda dr sy yg dah ter******...
    nak marah, 100% bkn salah mereka...

    wasilah yg ade mmg kehausan minyaknya...mmg...xpe2, cayok!!!

    suke qoute ni

    "'aku perlu lebih tabah dan kuat dalam mengharungi samudera yg terbentang luas ini, bernakhodakan akal yg secebis cuma, berpandukan iman yg sekelumit...selagi terdaya, bertahanlah wahai diri...tiada istilah berhenti kecuali mati!'....

    -jjh

    ReplyDelete