20100531

Say it, as U still alive



Ku hanya mampu berdoa...
keterpaksaan diri ini melangkah dalam ribut kegelapan malam
menjadikan hayunan langkahnya seakan longlai dan lesu
lantas terkadang berasakan seakan mahu sahaja jalanan itu dijadikan perbaringan
agar diri yg semakin lemah mengemudi kudrat ini bisa menghela nafas leganya
derap jejak mujahidah itu semakin sayup menghentak Bumi yg kegersangan
aku tidak lagi terdaya menghentak kaki sekuat dahulu
tidak lagi mampu menghayunkan langkah ini sekencang dulu
jasad yg bernyawa ini saban waktu minta dikasihani
kecelaruannya membawa kepada suatu persoalan yg berpersimpangan


Ya Rabbi,
hambaMu yg hina lagi lemah ini memohon agar ditunjukkan jalan yg sebenarnya
si pengemis taubatMu ini merintih hiba dalam kepayahannya bernafas dalam jiwa insan


Ya Allah,
janjiMu itu pasti berlaku...
cuma detik masa dan ketikanya belum sesuai
untuk segala kebenaran itu tertegak di muka Bumi ini
hanya SABAR, TABAH & REDHA
menagih janjiMu mewarnai dunia insan yg semakin gelam


Moga Syahid buat mereka di sana...

cemburunya hati ini pada bakal penghuni Syurga itu!


Free Palastine...

No comments:

Post a Comment