20100826

PHT3262 berputar 360 darjah!

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Sekitar jam 5.40 pm, berhampiran susur Rawang, Lebuhraya PLUS arah selatan, dalam keadaan lebuhraya 3 laluan, PHT3262 meluncur di laluan tengah dengan kelajuan 120 km/j. Sekilas sy terlihatkan sebuah kereta berwarna hitam di laluan kanan, "laju kereta ni" bisik hati ini. Pandangan melihat ke arah hadapan laluan. Secara mengejut, lori panjang di laluan kiri membelok masuk ke laluan tengah! di mana PHT3262 sedang berada...jaraknya kurang dr 200m! sy kaget! Cemas menghantui diri...tangan kanan menekan hon sekuat hati, kaki kanan menekan break sampai habis, tangan kiri membelokkan stereng ke arah kanan (kereta hitam yang laju dan sedang memotong PHT3262) namun, seperti ada satu 'kudrat lain' membelokkan stereng ke arah kiri laluan yang tiada kenderaan di belakang sy! Stereng habis terpusing ke kiri, laluan kiri lebuhraya, sy sudah tidak mampu kawal...segalanya terlalu pantas! Sempat juga diri ini terlintas akan berlakunya kemalangan di situ...PHT3262 dengan keadaan melintang di laluan kiri itu, amat mendebarkan hati sy! jujur sy katakan, dah terfikir akan dihentam oleh kereta lain yg pastinya meluncur laju! Memang sy nampak sebuah lori panjang menghampiri ke arah sy...sangat cemas, enjin kereta pula mati! Jantung dah berdegup kencang...kaki dah menggigil...tangan jadi kaku! Enjin dihidupkan semula...berdebar, takut2 tak boleh! Alhamdulillah...enjin berjaya hidup, terus gear undur sy masukkan dan merapatkan PHT3262 ke divider tepi lebuhraya dan laluan kecemasan...masih keadaannya melintang! Kereta terlalu banyak...sy sangat cemas...tak mahu melihat ke arah kereta yg berduyun menghampiri sebab takut dihentam! Lampu kecemasan sy pasang...mujur ada kereta yang perasan dan memperlahankan keretanya, membolehkan sy membelok agar PHT3262 berada pada kedudukan yang sepatutnya...Secara perlahan, PHT3262 dipandu pada laluan kecemasan. Sy takut untuk berhenti...kaki sy menggeletar, tangan sejuk, dada sakit...tergamam dalam memandu. Terdetik juga di hati, "ok ke kereta aku ni"...terbayang jika tayar pancit, komponen dalaman terkesan dengan brek kecemasan tadi...selepas susur keluar dari lebuhraya PLUS, memasuki lebuhraya Guthrie, sy gagahkan diri untuk memberhentikan kereta dan melihat keadaan PHT3262 kesayangan sy ini. Alhamdulillah...segalanya nampak ok dan boleh teruskan perjalanan.

Sepanjang perjalanan, hanya mampu memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi...kerana masih membenarkan sy merasai nikmat untuk bertemu ibu & ayah yang sedia menantikan ketibaan sy. Tambah pula, besok ibu & ayah akan berangkat ke Tanah suci untuk mengerjakan umrah. Sy yang akan menghantar ibuayah...Allah tahu niat sy bermusafir bukan untuk perkara sia2...Ya, Allah telah bantu sy untuk melaksanakan tugas sy sebagai anak! Terima Kasih Ya Allah...

Muhasabah diri, peristiwa itu ibarat satu tamparan hebat buat diri sy yg selalu lalai dan leka ini. Hanya mampu terbayangkan MATI...namun, Allah masih belum mahu mengambil nyawa sy! Allah masih mahu mendengar rintihan sy, Allah masih mahu sy terus berharap & meminta denganNya! Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

Malam 17 Ramadhan ini sangat syahdu buat sy...kesempatan yang Allah berikan untuk berbuka bersama ibu & ayah tercinta, berterawih di surau yang mengadakan bacaan doa selamat khas buat ibu & ayah sy untuk ke Tanah Suci besok...tak tertahan lagi, airmata jatuh bercucuran membasahi pipi sepanjang isya', terawih & bacaan doa selamat. Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar

Hidup ini penuh dengan perkara yang tak terjangka! yang pasti, segalanya adalah TAKDIR dan ianya sudah tentu menjadi catatan dalam diari perjalanan hidup sy, PENGALAMAN...

Salam Lailatuqadr...sy mesti 'drift' utk kejar cintaNya kerana AJAL tidak akan cepat mahupun lambat walau sesaat pun!


Expect the Unexpected!

5 comments:

  1. alhmdllah,alhmdllh,alhmdllh....ana tak thu nk kata apa lgi dah...

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH! i can't help my tears from keep falling. adik, jaga diri kamu baik-baik!

    ReplyDelete
  3. Nasa'i: anta speechless, kmas lagi la tak keruan perasaan time tu...

    Kakak Sarah: InsyaAllah...Allah sentiasa 'jaga' mas sebab tu masih mampu menelepon kamoo! ^^,

    ReplyDelete
  4. disinikumencarisinarAugust 29, 2010 at 5:12 PM

    alhmdllh...k.mas slmat, appun..berhati-hati drive jgn g laju sgt laen kali...mungkin ade sesuatu yg Dia nk smpaikn...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..tapi ana terkenang saat kereta ana naiki terpusing dua kali di lebuh raya timur barat berdekatan Jeli..Alhamdulillah tiada kereta lain yang lalu, dan syukur kerana kereta iswara aeroback merah yg dinaiki tak jatuh dlm gaung.. jika bukan dgn izin Allah, mungkin 5 shbt tidak lg spt hari ni..

    ReplyDelete