20100820

Untuk mereka

.......
Merekalah PERMATA yg dicari
selama ini baru ku temui
tapi ku tak pasti
rencana Ilahi
apakah mereka kan kutemui
.......
Ya Allah
Engkaulah tempatku bergantung harapanku
ku harap diri mereka sentiasa di bawah rahmatMu
.......


p/s: ditujukan khas buat permata2 hati kmas yang bertebaran dimuka Bumi Tuhan, tak tahu kenapa, Ramadhan kali ni amat merindui kalian...rindu sangat, terngiang gelak ketawa menyakat kalian, sayu je Ramadhan kali ni. Indahnya rindu itu! ^^,


Expect the Unexpected!

20100815

~P.E.R.M.A.T.A.H.A.T.I~

Keindahan kilauan PERMATA yang menyinari hidupku ini amat membahagiakan!
Memilikinya membuatkan jiwa rasa bertanggungjawab untuk menjaganya sebaik mungkin.
Kekerapan menatapnya pasti mengukir senyum tak lekang dibibir.
Secalit calar padanya memahukan airmata ini tumpas jatuh ke pipi.
Bukan suatu yang mudah untuk memeliharanya agar sentiasa berkilauan.

Permata-permata hatiku,
Hadirnya kalian memberi nafas baru buat diri yang hina ini
Untuk terus menyumbang bakti merangkul trofi redha Ilahi
Kenangan bersama kalian tidakkan pernah terhenti diingati
Bersama kalian, kasih sayangku titipkan sepenuh hati
Hanya Allah bisa mengerti akan merintihnya hati ini
Tatkala kalian ditimpa musibah & dugaan menguji
Naluri keibuan itu terlalu hebat menyelubungi
Sekilas terlihatkan airmatamu mengalir jatuh ke pipi

Permataku,
Kalianlah nikmat Tuhan tak terhingga
Penyeri jiwa dikala lara
Pengubat hati yang dihambat hiba
Penyejuk mata menenang jiwa
Syukur ke hadratNya
Atas segala kurnia
Bertakhta di hati walau tidak bertamu di mata!

Permata Hati,
Hayunan langkahmu tak seharusnya mati
Derap langkah mujahid/ah tak mudah longlai
Usah tewas dek andaian palsu berpersepsi
Teguhkan tali ukhuwah terbina pengikat hati
Kuatkan azam berbakti demi aqidah hakiki
Kentalkan jiwamu berdiri kukuh pada haraki
Ku doakan dari kejauhan agar kalian diredhai


"moga bertemu di pondok kecil itu..."

Expect the Unexpected!

20100811

terkesan!

Ya, dia bukan yang terbaik buatku...bukan jua yang terbaik untuk kesudahan agamaku.

Yang lain cuba menenangkan, ada yang lebih baik darinya untukmu...tidak! Ada yang lain terbaik buatku!

Naluri wanita itu fitrahnya halus...terlalu lembut untuk dikasari walau dengan sepatah kata!

Ku tak harapkan nasihat mahupun peringatan...cukup, sekadar meluahkan pada yang sudi mendengar!

Hati ini terlalu banyak bekas gurisan menghiris berbekas luka yang belum sembuh...nah, kembali ditusuk!

Sejak kecil, arwah uwan pernah berpesan...usah terlalu membahagiakan orang lain hingga diri sendiri dikorbankan.

Tak mengapa, cinta itu masih menjadi milik mutlak Dia. Hanya insan yg diizinNya berhak mendapat cinta itu.

Kayuhan langkah kaki mengusung jasad berohani kudus ini, mesti tegar mengalunkan langkahannya hingga ke garisan penamat!

Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin dan kudrat Ilahi...Ya Allah, pimpin langkahku ini, pandu hatiku...

Tak terhitung pengajaran disebalik tiap2 peristiwa hiba yang mendatangiku tanpa pernah diundang, itulah hadiah terhebat dari Sang Pencipta!

Segalanya menjadikanku lebih sabar, tabah, kuat, kental...menyelusuri laluan hikmah berlantai gersang, berbumbung mendung...

Walau keindahan pelangi itu masih belum terlihatkan, ku yakin janjiNya...saatnya pasti tiba, kerahsiaan terkandung berjuta keberkatan!

Moga amal ibadah yang terlaksana mendapat tempat disisiNya...moga diberi kesempatan untuk menyucikan jiwa & hati...

Ya Rabb, rahmatilah hidup mereka...berkatilah ikatan mereka...


"kerana cinta harus memilih"


Expect the Unexpected!

20100806

Teruskan...

Adakala diri ini teguh berdiri berhadapan dengan segala kerumitan hidup yang sering bertandang tanpa diduga. Bukan dek kerana kebalnya diri atau kuatnya kudrat, hanya dek rasa MAHU meneruskan kayuhan langkah pada roda hidup yang hanya kan terhenti bila diarah Tuannya. Bukan jua suatu yang mudah untuk meLAWAN segala yang merenggut hebat ketenangan jiwa insan. Keyakinan dan kepercayaan yang teguh terhadap diri sendiri, itulah yang menjadi azimat meneruskan tarian rentak irama hidup.

Adakala diri ini longlai bertapak pada Bumi Tuhan yang terlalu banyak kelalaian dan kealpaan bermaharajalela disegenap ruang mata. Bukan dek kerana tiada kawalan Iman pada diri, hanya dek rasa kerdilnya jiwa HAMBA yang seringkali berasa mudah terpengaruh dan terikut akan asyiknya irama arus duniawi itu. Hakikatnya bukanlah sukar untuk terus berTAHAN berperang dengan godaan yang menusuk dijiwa itu. Ketelusan menjalani hidup dan berbaik sangka dengan Sang Pencipta itulah kunci menuju pintu keluar kesesakkan lelah kelalaian dan kealpaan.


Berbicara mengenai kejayaan.

Penafsirannya pasti berbeda buat setiap insan kerana KEJAYAAN itu dilihat dari pelbagai sudut dan aspek kehidupan. Kita sendiri yang meletakkan tanda aras atau tahap pemahaman terhadap makna KEJAYAAN itu. Ironinya, KEJAYAAN adalah keberhasilan suatu usaha.

Jika kita melihat KEJAYAAN itu pada genggaman ijazah, secara automatiknya kita telahpun mengecilkan skop KEJAYAAN kita yang seterusnya. Pasti pekerjaan yang seiring atau setara dengan ijazah itu yang diharapkan untuk dijadikan kerjaya masa depan. Apakah maksudnya kita gagal, sekiranya tidak mendapat pekerjaan setara ijazah yang digenggam? Adakah dikatakan tidak berjaya, andai kita menceburkan diri dalam perkara lain?

Jika kita meletakkan KEJAYAAN itu pada pegangan aset seperti memiliki rumah mewah, memandu kereta berteknologi, memakai pakaian berjenama duit simpanan berjuta dan sebagainya, nescaya jika tidak dapat memperolehi semua itu, pasti KEJAYAAN itu sudah tiada ertinya lagi. Kita sendiri yang menutup ruang untuk menempa KEJAYAAN kerana meletakkan suatu yang diri kita sendiri tidak pasti untuk mengecapinya sebagai tanda aras KEJAYAAN.

KEJAYAAN itu sewajarnya disematkan dalam diri, bahawasanya ia adalah suatu rahmat dan nikmat Tuhan kepada hambaNya. Sedari tercantumnya benih didalam rahim ibu, bayi hingga ke usia kini, sudah terlalu banyak episod KEJAYAAN yang kita tempuhi. Mana mungkin kita masih bernafas jika kita sejak awal lagi telah tewas!
  1. Dalam berjuta sperma ayah, hanya 1 berjaya bersenyawa dengan ovum ibu, itulah kita dan KEJAYAAN pertama itulah yang membawa kita ke dunia ini.
  2. Sewaktu kecil, sebelum ligat berlari, kita berusaha untuk meniarap terkadang hingga lelah dalam usaha itu. Namun, tetap kita laksanakan hingga menemui KEJAYAAN dan seterusnya merangkak.
  3. Tak cukup dengan itu, kita lihat abang dan kakak berdiri dan berjalan, kita pun mahu seperti itu. Otot-otot kaki dipaksa untuk mengankat dan menampung berat badan. Berkali kita jatuh! Tetap jua digagahi untuk beroleh KEJAYAAN berdiri, seterusnya berjalan.
  4. Setidak-tidaknya semua insan telah pun menunjukkan KEJAYAAN mereka menamatkan, sejak diperingkat awal pendidikan, tadika hingga ke peringkat tertinggi individu untuk meneruskan hidup samada berjuang di medan akademik, mahupun kerjaya.
Nah, kejuaraan kita seharusnya menjadi azimat diri bahawa KEJAYAAN itu adalah milik kita! Hanya kita yang mampu menganugerahkan diri dengan piala KEJAYAAN! Jangan pernah membuat benteng untuk meraih mercu diarena KEJAYAAN!

Justeru, sikap yakin diri dan berani itu amat perlu dimaksimakan dalam mengharungi realiti dunia luar yang penuh dengan tipudaya, helah dan peluang. KEJAYAAN pasti menyenggah tirai hidup kita andai kita punya rasa untuk mendapatkannya!

KEJAYAAN adalah hak milik setiap insan...

~Without the first step, the journey won't begin~
"Perjalanan beribu batu itu bermula dengan langkah pertama"

Expect the Unexpected!

20100719

Appreciate it!

Analoginya begini;

Saya ingin menuju ke Ipoh dari Melaka, menaiki kereta kesayangan saya, PHT3262.
Sebelum memulakan perjalanan, kereta saya telah saya pastikan berada dalam keadaan yang baik.
Saya ada 2 pilihan untuk tiba di Ipoh, samada melalui lebuhraya (PLUS + ELITE + NKVE) atau melalui jalan lama (Alor Gajah, Seremban, Sepang, Kuala Selangor, Teluk Intan, Kampar, Ipoh).
Saya pilih untuk melalui kedua-duanya.
Fasa pertama perjalanan, saya melalui lebuhraya yang semestinya membuatkan saya menekan pedal minyak dengan ghairahnya!
Kelajuan meter saya mencatatkan angka 140 km/j.
Minyak yang tadinya diisi penuh, minta diisi lagi.
PHT3262 menyusur keluar dari lebuhraya di susur Tanjung Malim dan mencari stesen minyak.
Usai memenuhkan tangki minyak kereta, perjalanan disambung semula.
Entah kenapa, dalam perjalanan melalui jalan lama ini ramai yang memandang aneh kepada saya...PHT3262 barangkali.
Hingga ada seorang pakcik tua dipersimpangan lampu isyarat menunjukkan ke arah hadapan kereta.
Saya agak kurang faham walaupun jauh dibenak sudah mula gusar. Tingkap saya turunkan.
'Tayar depan kereta anak ni pancit...'
PHT3262 terus diberhentikan di tepi jalan untuk saya pastikan keadaannya.
'Fuuhhh...hurrmmm, tayar spare ada di dalam bonet kereta' dengus hati yang pasrah.
Maka bergerak la PHT3262 dengan keadaan yang sangat berhati-hati, 50 km/j menuju ke bengkel berdekatan.
Setelah selesai segala urusan menukar tayar, perjalanan diteruskan.
Dengan selamatnya, saya tiba ke destinasi yang dituju, Ipoh.

Perjalanan = hidup
Ipoh = destinasi abadi, Syurga
Kereta = diri kita

Hidup ibarat sebuah perjalanan menuju ke destinasi yang dinanti...menaiki kereta yang dipandu sendiri...zahirnya kita melihat gelagat kereta lain, ada yang laju, ada yang kemek remuk, ada yang lampunya mati...kita juga tahu bahawa hal itu akan memberi musibah kepada mereka...lantas kita hanya berdiam, WAJARKAH?

Kita tidak tahu keadaan kereta kita sehingga ada pemandu lain yang prihatin menegur...lantas kita terngadah sendirian. Barulah ada usaha untuk memperbaiki kereta sendiri, itupun hanya jika kita sedar akan kelemahan itu dan mahu memperbaikinya. Sekiranya, sebaliknya.....??

Kejadian manusia itu memang telah dijadikan dengan serba kekurangan, kelemahan..agar manusia itu senantiasa memperbaikinya. Pendapat, teguran dari insan lain itu perlu untuk kita lebih mengenali diri kita. Tidak semua perkara itu kita tahu secara menyeluruh, hakikatnya kita hanya melihat dan tahu seperdua sahaja, walhal bakinya diketahui oleh insan disekeliling kita yang memerhati dan melihat kita.

Sepertimana kita melihat kelemahan, kekurangan yang ada pada insan lain, begitu jualah mereka melihat kita. Ambillah kata-kata mereka itu sebagai suatu permulaan untuk melangkah ke arena kejayaan!


The diversity of human must be appreciated!


Expect the Unexpected!

20100718

HIBERNATE

~ 5x trial utk update...namun GAGAL jua ~

------------------------LOST----------------------------------



p/s: Blog ini sedang dipertimbangkan untuk diberhentikan kewujudannya. Namun, belum diputuskan.


HIBERNATE

20100709

Transition Mode

Maka, bermulalah fasa peralihan buat diri sy. Daripada kerjaya 'ahli kimia' or chemist...kepada satu bidang kerjaya yang baru, 'perunding motivasi' atau trainer. Notis sebulan telah selamat diserahkan kepada yg berkenaan di Daibochi Plastic (1-30 Julai 2010), tetapi hari terakhir sy di Daibochi pada 21/07/2010 (tolak cuti tahunan, 7 hari). Kiranya ada kurang dari 2 minggu utk sy melatih 'bos' sy mengendalikan GCMS ;p

Setelah tamat tugas di Melaka, akan terus melapor diri untuk mencurahkan bakti & taat setia kepada 'boss' baru! Sy belum bersedia memaklumkan kepada semua, dengan company manakah sy bernaung sebagai 'perunding motivasi' ini. InsyaAllah, setelah rasmi melapor diri, dan selesai menandatangani perjanjian...akan dihebahkan jua ;)

Ke arah menjadi seorang trainer wanita yg berjaya, sy sedang menghabiskan buku2 yg telah sy miliki dalam aturan rak buku di bilik sy utk menambahkan pengetahuan. Bak kata ayah, 'ini satu peluang buat kaklang, utk menyumbang kepada masyarakat, Agama & Negara. bukan senang nk 'bentuk' manusia...'. Justeru, sy mesti banyak membaca, mentafsir, memerhati, menilai setiap perkara yg sy lalui dan hadapi. Terasa seperti saraf2 otak mula berhubung!

Jadual hidup sy akan berubah dengan mendadak selepas ini! Di kala orang ramai berehat dihujung minggu, sy harus bekerja...di kala mereka bekerja, sy berehat (^,^) [bunyinya mcm menarik & seronok...we'll see]. Apa pun, hidup mesti diteruskan. Sy pernah 'jatuh', sy pernah 'terduduk', sy pernah 'berlari', sy pernah 'terbang'...mungkin untuk kerjaya baru ini, sy akan rasa apa yg belum sy rasa! Ini jalan yg sy pilih, walau apa pun yg mendatang akan ditempuhi jua...nasihatkan sy jika sy seakan lalai, tegurlah sy kiranya sy lupa daratan!

~ Tiada daya & upaya melainkan dengan izin Allah ~


Expect the Unexpected!