SPEECHLESS
Hanya Allah yg mengetahui apa yg terbuku di hati & apa yg bermain di minda
Yakin, bahawa tiada satu pun yg Allah takdirkan itu sia2...maka, berlapang dada atas tiap yg berlaku adalah yg terbaik
Kepada yg berharap & mengharap...usah disiakan masa yg berbaki utk menghargai apa yg sedang kita miliki
Selagi ada, selagi mampu, selagi boleh, selagi diizinkanNya...bahagiakanlah yg berhak
Usah bertanyakan di mana kebahagiaan diri...sedang ianya sudah lama bertamu di hati, cuma dek kerakusan mengejar yg diimpi menjadikan segalanya tersembunyi
Ya, pasrah & tawakkal itu perlu disusuli SETELAH BERUSAHA! Nah, apa lagi yg perlu digusarkan...hanya Iman yg teguh akan mengerti dan faham
Hatiku, hatimu, hatinya, hati dia, hati mereka...adalah milik mutlak Allah, bila2 masa Dia boleh bolak balikkan
Jangan terlalu yakin & jangan mudah menghukum...
'Hidup ini ibarat sebuah perjalanan, setiap orang ada jenis, saiz, ukuran kasut masing2 mengikut kaki masing2...hnya pemiliknya sahaja selesa memakainya...jika ada yg tersilap pakai kasut yg lain, nescaya tidak selesa dan pelbagai masalah...tak muat, longgar, dll...itulah hidup kita, HANYA KITA YG MAMPU MENGHADAPINYA.'
'Kejatuhan dan kegagalan itu adalah nikmat & kemenangan awal...ibarat lautan, ada masanya ribut melanda dan kita tenggelam ke dasar laut, jauh nun di bawah...bersyukurlah, kerana dipilih utk melihat keindahan di dasar laut yg mana mereka yg berada di permukaan itu tidak pernah melihatnya...maka, berenanglah ke permukaan sambil mengamati keindahan dasar laut yg indah itu dgn penuh kesyukuran...itulah hikmah kegagalan...setidak2nya, kita pernah jatuh!'
Expect the Unexpected!
sis, mesti ekstrem untuk berjaya! (^^,)
ReplyDeletebaek!!! gambateh masho
ReplyDelete