20091109

Kerana sayangkan kamu!

Teman
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh nan Aqidah Muslim
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia
Lantaran fitrah itu
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..


Wahai temanku ar-rijal
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi
Dan tentulah temanmu yg diimpi, seorang serikandi..


Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi, juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu
Temanmu ar-rijal juga begitu..
Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau
Bercinta itu fitrah
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah
Kalau benar engkau mengasihinya
Kasihinya kerana Pencipta Fitrah
Dan jika engkau benar mengasihinya KeranaNya
Engkau tak kan bisa melunakkan soutul engkau
Engkau tidak kan bisa melemparkan panahan menggodamu
Kerana engkau tahu
Ianya bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu
Namun nafsu itu sentiasa beraja
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?


Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya
Cintailah dia keranaNya
Letakkan lah Dia melebihi cintamu kepada dia
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa mengajaknya bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu
Dia punya 9 nafsu, 1 akal
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan
Kerana engkau tahu
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?


Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH
Lantaran itu, dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki
Dan engkau kan merasa cinta manusia..
Sedikit cuma..andai Dia yg engkau dahului
Engkau takkan gelisah andai dia tidak mengirim sebarang sms
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata
Engkau tidakkan rindu andai sehari tidak besua
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love you
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg terbaik DIA akan menentukan yg terbaik untukmu
Dan andai dia yg terbaik untukmu
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


Maafkan aku teman
Bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu
Tetapi aku membenci mungkarmu itu
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu
Aku menegur yg mana mampu
Kerana aku takut
Andai aku tidak menegurmu
Kita kan sama2 meredah lautan api
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik


Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA, kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan DIA..serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.


Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihanMu
Engkau kan rindu andai DIA tidak memandangmu
Engkau kan tak keruan andai doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah Pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan erti bercinta yg sebenar
Insya ALLAH!!



Expect the Unexpected!

No comments:

Post a Comment