20100121

Hak Dia.

La hawla wa la quwwata' illa billah....

~ Tiada daya & upaya melainkan dengan izin Allah ~


Rezeki, Allah yg bagi
Jodoh, Allah dah tentukan
Ajal, Allah dah tetapkan

Segala yg ada di langit dan di Bumi adalah HAK DIA! hatta diri dan kehidupan kita. Siapa kita utk merungut, marah, rasa tak puas hati, atas segala yg terjadi & berlaku?

Sentiasa berbaik sangka dan berlapang dada dengan setiap ketentuanNya. Pasti ada ganjaran dan rahmatNya. Bukan mudah utk meletakkan 100% pengharapan kepadaNya, namun, sy sgt2 bersyukur kerana Allah campakkan perasaan itu di hati (Dia jualah yg berhak menariknya kembali). Kebergantungan insan kepada Sang Pencipta sekadar doa yg mengharap terkabulnya hajat. Mereka alpa, bahawasanya, Allah tidak pernah tidak menguji hambaNya. Yang pasti, Dia datangkan musibah mengikut kemampuan hambaNya yg lemah lagi hina. Hanya kau yg mampu!

Semakin bertambah usia, semakin banyak yg sy pelajari. Terlalu banyak nikmat Ilahi sejak dari lahir hingga kini...satu per satu menerjah akal dan fikiran. Memori lama tersemat kembali di sudut ingatan. Yang akhirnya membuatkan sy semakin bersyukur dan semakin kuat kebergantungan denganNya. Percayalah, tak rugi berkasih sayang dengan Allah. Terasa semakin bahagia dan tenang...cuma dek persekitaran yg berlawanan iklim dgn jiwa kita, buatkan kita terkadang lalai. Namun, tetap ada hikmahnya...mesti bijak mengharungi.

Sy sangat yakin dgn janji Allah!

Apa pun yg terjadi, berlapang dada & berbaik sangkalah...


Expect the Unexpected!

2 comments:

  1. dear mas,

    usah meragui soal rezeki kerana Dia Maha Pemberi. usah berteka-teki soal jodoh kerana Dia Maha Mengetahui. usah ditakuti soal mati kerana kepadaNya jualah kita akan kembali.

    semuanya kerana janjiNya yang pasti. janji yang perlu kita yakini sepenuh hati.

    tenang-tenang aja ya.

    =)

    ReplyDelete