20100101

MERTUA!

'kak, sy rasa sy dah jatuh cinta dgn ibu seseorang....'

'haaa? ko ni mcm2 la mas'.

'betuuull kak, sy sgt senang dan tenang bersua dengan wanita itu. bukanlah maksudnye ibu sy tidak menyenangkan dan menenangkan. cuma....ntah la, ada sesuatu yg menarik sy pd wanita itu.'

'orang, jatuh cinta dgn yg berlawanan jantina...kamu ni pelik2 je.'

'akak tau tak, taraf seorang ibu dan ayah mertua itu SAMA dgn ibu dan ayah kandung. Islam mengangkat tinggi martabat ibu dan ayah mertua, iaitu insan yg melahirkan dan membesarkan pasangan (suami/isteri) kita. Wudhu' pun tak batal kak! batas aurat dgn ayah mertua, sama mcm ayah kandung...sekalipun bercerai (hidup/mati) ibu dan ayah mertua itu tetap seperti ibu dan ayah kandung kita.'

'ehhh...ye ke mas?tak batal ek wudhu'?jd salam2 dgn bapak mertua ni takpe la ek....'

'lorhh, iye ler kakak...sampai akhirat pun, tak bleh kahwin dgn mertua! mcm kita dgn ibuayah kita.'

'owh, baru akak tahu...pelajaran baru!'

Sedikit bualbicara spontan dgn rakan2 lab...2 hari kemudian, terpampang didada akhbar METRO, 'mertuaku suamiku'....mata ini terpana lama merenung tajuk itu. Lantas, cerita lanjutnya dibaca...

{SIK: Bimbang kekerapan kehadiran bapa mentua ke rumahnya, untuk menjenguk cucu menjadi cemuhan masyarakat sekeliling, seorang balu menikahi bapa mentuanya itu di negara jiran, sebelum perkahwinan terlarang itu di bongkar Pejabat Agama Islam Daerah Sik di sini, kelmarin. Pasangan ‘mentuaku-suamiku’ selama 21 hari itu berlaku selepas wanita yang kematian suami sejak satu setengah tahun lalu itu, mengambil keputusan bernikah dengan bapa mentuanya, di negara jiran pada 8 Disember lalu. Wanita berusia 40 tahun dan bapa mentuanya, 63, dinikahkan seorang juru nikah, sambil disaksikan dua orang saksi di negara jiran dengan kos RM1,400 yang dikongsi bersama. Hubungan suami isteri terlarang itu terbukti apabila Pejabat Agama Daerah Sik memperoleh sijil pernikahan mereka yang dikeluarkan di negara jiran selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum menahan pasangan itu pada malam Selasa lalu (29 Disember).

Difahamkan, selepas mendapat ‘lesen’ sebagai suami isteri, pasangan itu hidup seperti suami isteri lain, termasuk melakukan hubungan seks beberapa kali.
“Saya tahu perbuatan ini salah, malah sedar hubungan antara bapa mentua dan menantu tidak akan putus sampai di akhirat, namun cemuhan daripada orang sekeliling apabila bapa mentua kerap menjenguk cucu, menyebabkan saya bertindak nekad mengajaknya berkahwin. Sebelum ini, saya pernah bertanya kepada pakar agama status hubungan saya dan bapa mentua selepas kematian suami, dia kata kami tiada apa-apa hubungan dan sebab itu saya teruskan hasrat ini,” kata menantu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Nita, ketika ditemui di sini, kelmarin.

Ibu kepada lima anak itu mendakwa, pernikahannya dengan bapa mentua selain dapat melenyapkan cemuhan masyarakat, membolehkan nasib anaknya terbela. “Anak saya berusia antara tujuh dan 20-an dan saya pula bekerja kilang. Ketika bekerja, anak-anak tiada orang jaga dan apabila bapa mentua datang, dia boleh tolong jaga cucunya,” katanya. Nita mendakwa, sepanjang 21 hari bergelar isteri, dia hanya memanggil ‘suaminya’ dengan panggilan ayah, manakala anak-anaknya pula memanggil mentuanya ‘tok wan’. Sementara itu, ‘suami’ Nita yang dikenali Pak San berkata, dia tidak terfikir akan berkahwin dengan menantu sendiri, malah ketika diajak bernikah di negara jiran, dia seperti berada dalam keadaan hanya mampu menurut saja. “Ketika menantu ajak bernikah, saya mengikut saja, malah kami berkongsi wang RM1,400 untuk kos pernikahan di negara jiran. “Majlis pernikahan itu mudah dengan disertai dua saksi, kadi dan mas kahwin RM30.

Dalam beberapa minit, urusan selesai dan kami diberi sijil nikah sebelum pulang ke negara ini,” katanya. Dia yang menetap di Selangor mengakui pernah tidur bersama ‘isteri’ dan melakukan hubungan seks sebanyak dua kali dalam tempoh tiga minggu perkahwinan. Begitupun, Pak San melahirkan rasa syukur kerana ditahan Jabatan Agama Islam Daerah Sik pada malam 29 Disember lalu di rumah menantunya sebelum dibawa ke pejabat agama berkenaan. “Jika tidak ditahan, mungkin saya terus bergelumang dosa. Pada saya, perkara sudah terjadi dan saya akui kejadian ini tidak pernah dibuat orang,” katanya.}


Astaghfirullahal 'aziim...lantas airmata ini gugur. Diri dihimpit rasa berdosa dan bersalah...terus, muhasabah menyelimuti hati yg sudah lama meratap akan kehilangan santapan rohaninya. Setiap insan itu punya cara dan jalan hidupnya sendiri. Amat memeranjatkan bilamana 'pakar agama' yg dirujuk seakan tidak 'pakar'! Namun, yg HAQ iaitu Al-Quran, kalam dari Sang Pencipta sebagai panduan dan pedoman umat Muhammad SAW ini sering kali dianggap enteng. Apa yg tertulis di dalam kitab suci ini sudah jelas...tidak perlu diperbahaskan. Cumanya, kita tidak boleh sewenang2 mentafsir mengikut kefahaman sendiri akan maksud setiap ayat yg terkandung itu. Biarlah mereka yg 'layak' menterjemahkan makna yg tersirat di dalam kitab 'Falsafah Islam Teragung' itu. Sejak kecil, kita dihantar mengaji Muqaddam seterusnya, Al-Quran. Hinggakan ada yg meraikan dengan 'Majlis Khatam Al-Quran' untuk anak2 mereka. Tapi, dimanakah sebenarnya 'harga' sebuah Al-Quran itu? Sekadar bahan memenuhi rak? Sebagai hantaran? Dibaca bila perlu?


Allah berfirman di dalam Surah An-Nur:31

'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara (adik beradik kandung seibu) mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.'



Bukan niat berhujah apatah lagi berceramah...ilmu di dada ini sedikit cuma. Masih banyak yg perlu dipelajari dan dihayati serta diamalkan. Sekadar menyatakan rasa di jiwa yg meronta sayu melihat agama Allah ini difahami 'begini'!
Perkahwinan bukanlah memiliki dan dimiliki kerana bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa salah seorang daripadanya. Ianya lebih daripada ungkapan 'cinta' yg sering diungkapkan. Ibarat 'jambatan' menuju destinasi hakiki, iaitu Syurga Ilahi. Bahtera rumahtangga yg dikemudi oleh suami & isteri, merempuh badai kehidupan. Samada sampai ke destinasi yg dituju bersama, atau salah seorangnya atau kedua-duanya 'hanyut' ditelan ombak duniawi. Segalanya terletak ditangan si pengemudi bahtera. Hakikat perkahwinan itu antara lainnya menyatukan 2 buah keluarga yg berlainan salasilah keturunan (hakikatnya umat Muhammad SAW jua). Diterima oleh keluarga mertua adalah lebih baik daripada dicerca sekali pun perkahwinan itu atas dasar cinta. Mengambil hati mertua bukannya suatu yg mudah. Namun, Islam tetap membela darjat mertua itu setaraf ibu dan ayah kandung. Begitu hebat aturan Allah dalam agamanya yg paling tinggi disisiNya. Dengan hanya satu lafaz, kita beroleh ibu dan ayah 'baru'. Dipermudahkan hukum terhadap bukan mahram yg 'baru' ini agar kita saling kasih mengasihi, lebih menghargai insan yg berhempas kudrat dan keringat membesarkan pasangan kita. Berbahagialah buat mereka yg 'mudah' jalannya, dan berlapang dadalah buat mereka yg 'diuji' dengan mertuanya.

Sejenak, minda ini berfikir...panjang lamunannya, hingga migrain menyenggah. Benar, masalah umat itu terlalu banyak, lebih besar dari masalah yg kita lalui seharian. Sedih bila mengenangkan saudara seagama, seakan meminggirkan agamanya sendiri. Sayu bila insan disekeliling & yg disayangi ingkar akan arahanNya. Sungguh, hati mereka milik Allah...hanya padaNya ku berharap agar diberi petunjuk kepada mereka.


Erti hidup berpedoman bukanlah sia-sia!


Expect the Unexpected!

2 comments:

  1. 'Dengan hanya satu lafaz, kita beroleh ibu dan ayah 'baru'. Dipermudahkan hukum terhadap bukan mahram yg 'baru' ini agar kita saling kasih mengasihi, lebih menghargai insan yg berhempas kudrat dan keringat membesarkan pasangan kita..'

    mudah-mudahan suatu hari nnt, mas =)

    ReplyDelete
  2. akkak.....perlukah??? diulangi...huhu
    ~ insyaAllah Dia tahu yg terbaik buat kita semua...agak juga, mg dipermudah segala urusan sis =)

    ReplyDelete