Telah jauh aku mengembara mencari erti hidup di dunia ini yg selama ini sering disalah erti oleh mereka yg ber'tuhan'kan hati. Ku musafir ke pelusuk dunia merhatikan gelagat manusia, ada yg gembira hinggga terlupa, ada yg berduka tetapi gembira. Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri terkadang sesat tanpa haluan. Sehinggga punca hilang di mata, ku turutkan jua hati yg buta. Ku pasrahkan padaMu Tuhan segala yg akan berlaku kerana Engkaulah penentu segala. Menciptakan dunia penuh pancaroba, tak terdaya rasanya kaki ku melangkah. Kau pimpinlah langkahku Tuhan, agar tidak ku kesesatan dari jalan SyurgaMu yg kuidamkan. Kerana tidak ku terdaya menahan sisa neraka, layakkah pula aku untuk ke Syurga? Ku hanya hamba yg diciptakan dgn kelemahan. Sering daku terlupa, sering juga daku terleka dgn nikmatMu yg melimpah di depan mata.
Pernah, hati ini terguris. Dengan fitnah dan tohmahan menghiris. Sehingga terasa diri ini hina. Kerana tiada siapa yg sudi membela. Ku tabahkan hatiku harungi hidup. Biarpun tiada siapa yg menemani. Keseorangan aku dilaluan sepi, ditinggalkan mereka yg ku percayai. Namun ku tahu ada hikmahnya setiap segala yg menimpa diri. Ku serahkan segala padaMu Tuhan yg berkuasa jua mencipta. Kerana Engkau Maha Mengetahui segala apa yg terbuku di hati. Ya Allah tidakku terdaya lg menahan dugaan yg menacabar ini. Terasa bagai noktah telah ku temui, mengakhiri segala yg telah ku mulai. Ya Allah engkau lindungilah aku. Bekalkanlah daku dengan limpahan iman agar tabah ku harungi dugaan, agar tidak ku berhenti di pertengahan. Kini, di sini aku berdiri bersama harapan yg tulus suci. Agar terbitlah kembali mentari pagi setelah malamku berkalut benci.
~ Kau tempatku meminta, Kau beriku bahagia, jadikan aku selamanya hambaMu yg selalu bertaubat. Ampuniku Ya Allah, yg sering melupakanMu, saat Kau limpahkan karuniaMu dlm sunyi aku bersujud..padaMu ~
Expect the Unexpected!
akak doakan mentari itu cepat terbit.iAllah mas, when the going gets tough, the tough gets going~
ReplyDeleteThanks kak, something tough gets going right now...makes me feel undefined! huhu...hanya Dia tahu yg terbaik =)
ReplyDeletealhmdllah..tahniah k.mas,sudh mnmpuh smuanya...ntah ana berjaya atau tak nk m'hadpi semua tue..
ReplyDeleteSomething start with nothing...never kill the desire of that 'spirit'. You know the best, just go for it!
ReplyDelete